Tuesday, July 8, 2014

Koleksi PBAKL 2014

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Inilah dia hasil pancingan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang lalu. Hanya beli apa yang perlu dan apa yang ingin dibaca. Tidak lebih dan tidak kurang, sesuai dengan budget yang ada. Seperti biasa novel kreatif tetap menjadi pilihan utama. Penulis-penulis seperti Anis Ayuni, RAM, Dhiya Zafira, Acik Lana, Fauziah Ashari, Hasrudi Jawawi dan Siti Rosmizah tetap menjadi pilihan. Selain itu, saya juga tidak melepaskan peluang untuk berkenalan dengan karya baru daripada penulis baru. Ada di antara mereka sudah mempunyai beberapa buah novel tetapi inilah kali pertama saya membeli hasil karya mereka. Kira baru hendak berkenalan. So selamat berkenalan kepada Nuroll Shazlinda Hairul, Emma Maizura, Murni Aqila, Rose Harissa dan ramai lagi.



Selain itu, novel remaja, novel kanak-kanak, buku umum, buku resepi dan majalah turut menjadi pilihan. Semuanya best-best belaka. Dan yang penting semuanya mengikut citarasa saya dan sudah pasti saya akan berkongsi dengan anda semua.




Bukan itu sahaja, saya turut mendapat buku percuma daripada penerbit-penerbit buku tertentu. Rasanya hadiah sebab saya beli banyak kot. Best juga kan... boleh tambah koleksi. Contohnya buku resepi ini daripada Grup Karangkraf.


Okeylah, buku-buku ini sedang menunggu giliran untuk disusun di rak buku D' Rauna Gallery. Ambil masa sikit sebab nak kena rekod dulu.

Anyway, teruskan menyokong D' Rauna Gallery.

~wit♥~

Friday, July 4, 2014

Kasih Yang Kudamba Bab 3 - As Samsudin

Sumber: http://iammasitahsamsudin.blogspot.com


[BAB 3]

Zakuan menarik nafas lega. Pembentangan laporan prestasi syarikat berjalan lancar. Tan Sri Hamley dan semua ahli lembaga pengarah memuji-muji kewibawaannya. Zakuan tersenyum senang. Matanya melilau mencari kelibat Emylia. Dia ingin berterima kasih kepada Emylia. Laporan yang disediakannya amat kemas dan terperinci. Padat dan tepat. Benar-benar di luar jangkaannya.

Zakuan melihat cube Emylia kosong tidak berpenghuni. Mejanya kemas dan teratur. “Dia cuti ke hari ni?” Zakuan hairan. Dia kembali menapak ke biliknya. Interkom ditekan. Suara lembut Azrin menerjah gegendang telinganya. “Emylia tak masuk kerja hari ini?” Zakuan terus menyoal. “Dia ambil cuti kecemasan setengah hari. Petang baru dia masuk. Encik Zakuan nak pesan apa-apa?” Azrin dedikasi dengan tugasnya . “Oh, tak apa Azrin. Terima kasih.”

Zakuan menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia merasa nyaman. Tiba-tiba matanya terpandangkan cahaya berkelip-kelip di skrin komputernya, isyarat dari Yahoo Messenger, menandakan ada mesej yang belum dibaca. Tangannya pantas menekan butang open. “Hanna!” Sebaris nama terpacul dari bibirnya. “Dihantar 10 minit yang lalu.” Zakuan menepuk dahi. Hanna menghantar mesej ketika dia sibuk mencari Emylia. Zakuan menaip sesuatu lalu menekan butang reply. Dia sabar menunggu, mengharap status Hanna akan bertukar menjadi online. Namun hampir 15 minit berlalu, Hanna tetap sepi.

Dengan hampa, dia menutup skrin komputer.Perutnya sudah mula berkeroncong lagu Justin Bieber. Telefon bimbitnya dicapai. Dia berkira-kira untuk makan tengahari di Restoran Inai yang terletak berhadapan dengan bangunan pejabatnya. Pasti hari ini ada Asam Pedas Ikan Pari. Zakuan tersenyum, memikirkan sahaja sudah cukup membuatkannya terliur. Langkahnya dipercepat.

“Assalamualaikum Zakuan. Awal kamu hari ini.” Puan Suraya pemilik Restoran Inai menyapanya. Wanita pertengahan abad yang ayu berbaju kurung pahang sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Hubungan mereka amat rapat, persis ibu dan anak. Manakan tidak, boleh dikatakan hampir setiap hari Zakuan menikmati makan tengaharinya di situ. Masakan Puan Suraya amat menepati seleranya. Sesedap masakan ibunya.

“Waalaikumsalam. Macamana tak awal Umi. Bau asam pedas Umi sampai kat atas tu.” Balas Zakuan sambil memuncungkan mulutnya. Puan Suraya tergelak kecil. “Ada-ada ajelah kamu ni Zakuan. Ha, tu dia asam pedas kesukaan kamu tu. Kamu makanlah dulu. Umi ada kerja nak buat ni.” Zakuan menghantar Puan Suraya dengan senyuman mesra.

Sedang asyik menikmati hidangan tengahari, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Azrin di wall i-phone miliknya. “Yes Azrin. Anything?” Zakuan menghentikan suapannya. “Maafkan saya mengganggu. Ada barang untuk Encik Zakuan dari Flower Jewellery. Katanya, barang ini perlu diterima oleh Encik Zakuan sendiri.” Zakuan berfikir sejenak, cuba mengingati kembali kalau-kalau dia ada memesan sesuatu. “Oh ya Azrin, biar saya bercakap dengannya.” Pinta Zakuan setelah mindanya mengimbas sesuatu.

Setelah memberi kebenaran kepada Azrin untuk menerima bagi pihaknya, Zakuan pantas menghabiskan hidangan tengaharinya. Dia tersenyum sendiri mengenangkan hadiah yang telah ditempah khas buat ibunya sempena hari lahir yang ke lima puluh lima. Esok adalah hari lahir Puan Zakiah. Dia telah berpakat dengan adiknya untuk mengadakan satu majlis buat ibu mereka. Pastinya hadiah itu akan menjadi kejutan yang amat bermakna. Zakuan tersenyum bahagia. Tak sabar untuk melihat reaksi ibunya esok.

Usai makan tengahari, Zakuan terus menuju ke pejabatnya. Dia tercari-cari bungkusan hadiah ibunya di atas meja Azrin namun hampa. Dia menapak ke biliknya dan melihat ada sebuah bungkusan di situ. “Pasti itu hadiahnya,” desis Zakuan. Zakuan lantas membuka kotak tersebut. Demi terpandangkan sahaja kilauannya yang memukau mata, dia tersenyum kecil. Sedang dia cuba untuk menyimpan bungkusan tersebut ke dalam beg, pintu biliknya diketuk. Terjengul kepala Azrin menghentikan gerak tangannya. “Dah lewat sepuluh minit untuk mesyuarat ni, semua orang dah tunggu.” Zakuan pantas melihat jamnya. “Alamak, saya langsung tak sedar.” Zakuan meletakkan kembali bungkusan hadiah tersebut di atas meja. Dia mencapai diari dan bergegas mengekori Azrin.

Ketika itu juga, Emylia berjalan lenggang-lenggok memasuki ruang pejabatnya. Ketika melintasi bilik Zakuan, hatinya bagaikan terpanggil untuk mengintai bilik ketuanya itu. Sedang dia mengintai-intai, tiba-tiba matanya tertancap pada bungkusan beg kecil yang indah dihiasi reben yang terletak di hujung meja Zakuan. Hadiah apa pula tu? Perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam dadanya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan, setelah memastikan tidak ada sesiapa yang melihatnya, Emylia pantas menyelinap ke dalam bilik sederhana besar itu.

Beg kecil itu dibuka,. Dilihatnya sebuah kotak comel dihiasi reben merah. Emylia tersenyum sumbing. Akal jahatnya menguasai minda. “Ya, inilah masanya yang aku tunggu-tunggu, saat untuk membalas dendam. Padan muka kau Zakuan. Pasti hadiah ini untuk orang yang begitu istimewa. Nasib kaulah, kan aku dah kata, ada ubi ada batas hari ini aku pasti balas.” Emylia tersengih gembira.



BERSAMBUNG...

Kasih Yang Kudamba Bab 2 - As Samsudin

Sumber: http://iammasitahsamsudin.blogspot.com


[BAB 2]


Zakuan melihat jam di dinding. Sudah pukul 6:30 minit petang. Dia teringatkan janjinya untuk makan malam bersama ibu kesayangannya di rumah. Zakuan pantas mengemas meja kerjanya. Dia harus segera beredar. Tiba-tiba dia rasa rindu dengan masakan ibunya. Sedang dia berjalan melintasi ruang pejabatnya, dia terdengar bunyi ketukan papan kekunci. Dia cuba mengintai, dilihatnya Emylia sedang kusyuk menaip sesuatu. Matanya terpandangkan fail-fail yang setia di sisi. Zakuan tersenyum panjang, tercuit dengan kepatuhan Emylia. Dia meneruskan langkahnya dengan senyap. Tidak mahu Emylia sedar akan kehadirannya.

Kurang dari 30minit, Zakuan sudah pun memasuki pagar biru rumah ibunya. Aroma Ikan Patin Masak Tempoyak kegemarannya menerobos memasuki rongga hidungnya. “Assalamualaikum, Ibu.” Zakuan terus ke dapur mencari ibunya. Matanya tertancap pada periuk yang setia di atas dapur. Zakuan membuka tudung. Dia berkira-kira untuk menyudu sedikit masakan tersebut.

“Zakuan.” Panggilan lembut Puan Zakiah membantutkan hasratnya. Zakuan berpaling. Dia menyalami tangan ibunya sambil tunduk mengucup penuh kasih. “Buat apa tu?“ Soal ibunya penuh curiga. “Mana ada apa-apa ibu. Zakuan cuma nak tengok, dah siap ke belum masakan ibu ni.” Zakuan tersengih memandang ibunya. Puan Zakiah cuma menggeleng-gelengkan kepala. Masak benar dia dengan perangai anak terunanya itu. “Sudahlah tu. Pergi mandi dulu. Lepas solat baru kita makan sama-sama.”

Zakuan beredar ke biliknya. Dia merebahkan badannya sebentar, melonggarkan urat-urat yang seharian bekerja keras. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekeping potret yang indah menghiasi ruang kamarnya. Zakuan lantas mencapai potret tersebut. Dia merenung indah mata bundar itu. Mata yang menyimpan seribu satu duka lara. Pandangannya bertukar menjadi sayu. Dia membawa potret itu ke dadanya.

“Zakuan.” Panggilan Puan Zakiah mengejutkannya. Cepat-cepat dia menyorok potret tersebut di bawah bantal. “Sekejap ibu. Nanti Zakuan turun.” Zakuan terus berlari ke bilik air. Selesai solat, dia terus turun ke bawah. Kelihatan Puan Zakiah sabar menantinya di meja makan.

“Maaflah ibu. Zakuan berdoa panjang tadi.” Helah Zakuan. “Oh, berdoa panjang rupanya. Ibu ingat anak ibu ni dah kenyang merenung gambar buah hati.” Zakuan terbatuk-batuk kecil. “Ibu dah tahu?” Dia pantas bertanya. Puan Zakiah tidak menjawab soalan Zakuan. Dia menyendukkan nasi ke dalam pinggan mereka berdua. “ Ibu...” Zakuan kaget dengan kedinginan ibunya.

“Doa cepat. Ibu dah lapar ni.” Balas Puan Zakiah. Sengaja membiarkan Zakuan dengan teka-tekinya. Bukan dia tidak tahu akan kehadiran gadis manis yang telah mencuri hati anaknya namun dia tidak mahu terlalu mendesak. Lambat laun Zakuan pasti akan bercerita. Biarlah. Masanya pasti tiba.

Usai makan malam, Zakuan terus naik ke bilik. Dia harus tidur secukupnya memandangkan ada mesyuarat penting esok pagi. Tiba-tiba dia teringatkan Emylia. “Mudah-mudahan siaplah laporan yang aku minta tu.” Zakuan berdoa dalam hati. Minda separa sedarnya mula mengambil alih. Bayangan wajah Emylia semakin lama semakin kabur. Akhirnya Zakuan terlena.

BERSAMBUNG...

Thursday, July 3, 2014

Kasih Yang Kudamba Bab 1 - As Samsudin

Sumber: http://iammasitahsamsudin.blogspot.com


[BAB 1]

“Siapa awak nak arah-arah saya?” Jerit Emylia sambil menghempaskan fail-fail ke meja Zakuan. Habis jatuh berterabur semua fail-fail itu. Malah kertas kerja yang sedang elok dibelek oleh Zakuan terpelanting ke lantai. Zakuan mengurut dada. Terkejut dengan reaksi di luar kawalan Emylia. “Hmm, nampaknya angin puting beliung dah melanda.” Zakuan bermonolog sendiri. Dia melihat Emylia bagaikan singa yang ingin menerkam mangsanya. Matanya bulat memandang Zakuan.

“Hey, you tak dengar ke apa I cakap? Atau you sememangnya dah pekak?” Jerkah Emylia. Dia menjadi bebal melihat tingkah Zakuan yang acuh tak acuh itu. Darah panas menyerbu ke mukanya yang putih melepak bagaikan anak dara tionghua. Emylia semakin bebal apabila Zakuan tidak mengendahkannya. Tangannya pantas mengambil sebatang pen dan melontarkannya tepat ke dahi Zakuan.

“Ouch,” Zakuan memegang dahinya. Fikirannya serta-merta kembali ke alam nyata. Retina matanya bertaut dengan sorotan mata Emylia. Panah menikam terus ke lubuk hatinya. Zakuan mendapat kekuatan, dia bangun menghampiri Emylia. Semakin lama, semakin dekat.

Emylia terkasima. Haruman Dunhill Blue mengingatkannya pada seseorang. Ah, tak mungkin dia! Emylia mengusir andaian yang bertandang. Dia lantas menjauh. Zakuan berdehem beberapa kali, membetulkan urat kerongkongnya.

“Emylia Hanna Tan Sri Ahmad Hamley.” Zakuan menyebut yakin nama penuh Emylia. Sebaris nama yang sering menghiasi mimpi-mimpinya. Emylia gugup. Terasa indah sekali di pendengarannya. Namun dia tidak membiarkan dirinya tewas dengan mainan Zakuan. Dia yakin, Zakuan pasti ingin memanipulasinya.

“Awak sedar tak awak sedang bercakap dengan siapa? Saya ketua awak. Dan sekarang saya arahkan awak untuk siapkan laporan yang saya minta. Saya tak mahu tahu bagaimana, apa yang saya mahu laporan itu siap di atas meja saya esok tepat pukul 9 pagi.” Emylia terkejut. Dia tidak menyangka Zakuan berani memarahinya. Dia melihat Zakuan memulas tombol pintu lantas bayangnya menjauh.

Emylia menahan rasa. Geram apabila lidahnya kelu untuk membalas kata-kata Zakuan. “Dan lagi satu...” Emylia mengurut dada. Terkejut dengan kemunculan semula Zakuan. “Kutip semua fail-fail itu. Dan kemas balik meja saya!” Zakuan bersuara tegas.

Emylia semakin berang. Hey, dia ingat aku ni makcik cleaner ke apa. Tak boleh jadi ni. Emylia terus menghadang laluan Zakuan. Dia menolak tubuh Zakuan ke tepi. “Encik Zakuan, awak dengar sini baik-baik. Ya, awak ketua saya. Tapi awak jangan ingat awak ketua, awak boleh senang-senang nak arah saya. Ingat sikit, awak cuma makan gaji jer kat sini. Gaji awak pun papa saya yang bayar tau. Dan... rasanya awak tak lupa... nama saya Emylia Hanna Tan Sri Ahmad Hamley!”

Emylia berjalan keluar penuh gaya. Dia merasa puas. Hah, ambik kau Zakuan. Jangan ingat senang-senang kau nak buli aku. Emylia melabuhkan duduk. Cubicle kecil yang menempatkan dirinya dipandang sepi. Apalah malangnya nasib dia, sudahlah hanya diberi jawatan ciput di syarikat papanya, duduk pula di ruang pejabat yang jauh tersorok ke belakang sebaris dengan kerani bawahan, dan sekarang... dilonggokkan pula dengan kertas kerja yang memeningkan kepala. Ada ke patut Zakuan suruh aku menelaah semua fail-fail tu. Dia ingat aku nak ambik periksa ke apa. Emylia menggerutu dalam hati.

Emylia merupakan anak tunggal Tan Sri Hamley, pewaris Hamley Holding. Namun entah di mana silapnya, dia hanya diberikan jawatan sebagai pembantu. Papanya mahu dia belajar dari bawah, kenali semua pekerja dan kuasai selok belok perniagaan dahulu. Satu alasan yang tidak boleh diterima akal warasnya. Apa gunanya belajar sampai luar negara jika hanya nak jadi pembantu. Setakat SPM pun dah cukup. Emylia mendengus keras.

“Maaf Cik Emylia, Encik Zakuan minta saya serahkan semua fail-fail ini kepada Cik Emylia.” Azrin, setiausaha Encik Zakuan melemparkan senyum manis menampakkan lesung pipitnya. Emylia membulatkan mata. “Ini fail-failnya. Encik Zakuan pesan nakkan laporan itu esok pagi.” Belum sempat Emylia berkata, Azrin sudah pun menghilangkan diri. Ah, bos dan setiausaha sama sahaja. Dua-dua pun tak sedar diri. Emylia menahan hiba. Dia mencapai fail yang tertulis perkataan SULIT. Dia menyelak-nyelak halaman, meneroka isi kandungan, lantas menghidupkan komputer ribanya. Tangannya laju menaip. “Jaga kau Zakuan, ada ubi ada batas, esok juga aku balas!”

BERSAMBUNG...


Salam Ramadan Al-Mubarak 1435H

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

Hari ini genap 5 Ramadan kita berpuasa. Terasa masa begitu cepat berlalu. Namun rasanya masih belum terlewat untuk D' Rauna Gallery mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya fans D' Rauna Gallery. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, bahkan juga daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Jadi, jaga mata, jaga mulut dan jaga telinga. Dan jagalah semuanya. Yang paling penting sekali jangan culas solat kerana solat itu tiang agama. Jika tiada tiang bagaimana pahala puasa hendak berpaut. Pasti jatuh berderai dan akhirnya tiada apa yang tinggal untuk kita hitung di alam sana. Wallahualam.

Selamat berbuka dan selamat bersahur ^__^

 ~wit♥~

Wednesday, June 25, 2014

Memoir PBAKL 2014 - Part 1

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

Apa khabar? Nak baca tak tentang PBAKL 2014 yang lalu? Mesti nak kan...? Hehe... post ni sepatutnya dah lama dibuat tapi as usual, masa selalu mencemburui saya. Cewahh... tapi saya tetap nak post juga kat sini sebab ada banyak benda yang menarik untuk dikongsi.

PBAKL 2014 macam biasa diadakan di PWTC, pada 24 April hingga 4 Mei yang lalu. Seperti biasa, saya akan join pada minggu pertama. Kali ni saya pergi sekejap sahaja, 2 hari saja. First day tu, sebelah paginya saya menghadiri Majlis Pelancaran Novel Terbaru Siti Rosmizah iaitu novel Cukup Derita Itu. Habis sahaja majlis tersebut, we all pun bergegas ke PWTC dan persinggahan pertama sudah tentulah booth Kumpulan Media Karangkraf.

Oleh sebab kami dah prepare awal2 iltinerary (jangan tak tahu, pi pesta buku pun ada iltinerary tau;) so kami mmg dah tahu nak jumpa penulis yang mana satu. Yes, kak Anis Ayuni. Oleh sebab sesi bertemu penulis hampir tamat (sampai 2.30pm jer) so kami pun mesej kak Anis siap2 minta tunggu. Hehe... kelas kan Jah... Sampai jer terus cari novel terbaru beliau bertajuk Pandora Buat Insyirah. Terus bayar dan terus amik tandatangan k.Anis. Siap dapat gift comel lagi dari Guilin. Thanks k.Anis...


Lepas tu we all pun terus menuju ke bahagian langganan. Ni aktiviti wajib pada setiap tahun. Setiap langganan majalah akan direnew di pesta buku. Memang tarikh akhir langganan jatuh pada setiap kali pesta buku pun.... tu yang tiap kali pesta buku tiap kali tu lah juga pi renew. Best tau renew kat pesta buku sebab kita boleh pilih hadiah apa yang kita nak. Kali ni bukan sahaja renew majalah sedia ada tapi siap tambah langganan untuk majalah baru. We all langgan majalah SDK, Majalah Nur, Hijabista dan e-baca. Best sangat hadiah yang we all dapat. Yang paling best hadiah daripada SDK iaitu periuk ajaib. Memang tiap2 hari masak guna periuk tu. Kelas... hehe. Tak caya cer tengok kat bawah ;)



Selesai urusan langganan, we all pun mulakan operasi membelek buku+novel+majalah daripada Karangkraf, Alaf21, Buku Prima dan Karya Bestari. Pelbagai jenis buku disambar, buku baru, buku lama, set buku resepi harga runtuh pun ada tau. memang best sangat.

Selesai urusan hari pertama di booth Karangkraf, we all pergi makan dulu. Memang lapar sangat, tak sempat lunch lagi. Semestinya cafe kat PWTC jer. Kalau u all nak tahu, kat PWTC ni suma ada. Kemudahan surau juga sangat selesa. So tak perlu keluar jauh-jauh. Saya makan nasi lemak dan mee goreng bersama milo ais... cukup mengenyangkan. Nasi lemak dia sedap sangat dan pedas. Sebungkus tak cukup. Saya makan 2 bungkus :)


Perjalanan diteruskan dari satu booth ke satu booth. Memandangkan masa amat terhad (sebab ceq Miza kita nak kna balik Penang malam tu juga) so we all tak singgah satu2 booth tu lama2 sangat. Cepat2 pilih dan terus bayar. Booth favourite ke-2 yang wajib singgah adalah booth Berita Publishing. Kat sini pun we all renew langganan untuk majalah Anjung Seri. Hadiah pun boleh pilih dan setiap tahun we all akan pilih hadiah barang2 dari Luminarc. Set periuk dan pinggan mangkuk daripada Luminarc memang best.

Masa ronda2 tu, we all sempat singgah booth Lejen Press dan bergambar dengan novelis Nami Cob Nobbler. Ni first time jumpa dia. Antara novel beliau yang saya dah beli ialah Awek Chuck Taylor dan Lelaki Eksistensial. Sempat juga chat ngan beliau dan tanya macamana dia dapat idea untuk menulis novel. Sebab bila tengok dia macam tak caya dia dah tulis beberapa buah novel. Hehe... ha... jangan pandang sebelah mata tao...


Sebelum balik ke hotel, we all singgah balik kat Karangkraf sebab ceq Miza tetiba nak langgan majalah lain pula. So sementara tunggu dia, saya pun ronda2 lah kat booth karangkraf tu. Tiba-tiba ternampak kelibat novelis Murni Aqila yang sedang berjalan keluar. Apa lagi, saya pun stop kan dia. Ingat senang ke nak jumpa novelis ni kan... Novel terbaru beliau berjudul Awak Jangan Nakal saya dah beli. So terus minta tandatangan dan posing sakan. Dia baik sangat tau dan friendly. Bila berbual tu rasa macam dah kenal lama.


Okay, time is up. So berakhirlah sudah perjalanan kami ke pesta buku pada hari itu. Dah cukup letih, dari pagi sehingga lewat petang. Balik bilik dan bersihkan diri, pastu terus amik LRT antar ceq Miza kita balik Penang. Saya tak balik lagi sebab flight saya hari Isnin. So saya akan terus mengembara, nantikan cerita pengembaraan saya Part 2 di PBAKL 2014.

Adios.

~wit♥~

Tuesday, June 24, 2014

Terima Kasih Daun Keladi

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

Di sini pihak D' Rauna Gallery ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua fans di atas sokongan anda kepada kami. FB Page D' Rauna Gallery telah pun mencecah 333 like. So, thanks a lot for all the likers. Appreciate it!

Dan setiap minggu kami menerima pendaftaran untuk ahli baru. Selamat datang kami ucapkan. Kami amat berbesar hati dapat sama-sama menelusuri dunia pembacaan bersama anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.

Untuk makluman semua, D' Rauna Gallery tetap beroperasi seperti biasa. Kami telah pun menambah buku-buku dan majalah baru. Koleksi novel dan majalah terbaru akan dikemaskini dalam sedikit masa lagi. So harap bersabar yea...

Di bawah ini adalah waktu operasi kami.

Saturday : 6-7pm
Sunday : 10am-12pm & 6-7pm

Okey, see u there.

~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...