Showing posts with label Review Buku. Show all posts
Showing posts with label Review Buku. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

#12 Tundukkan Playboy Itu - Anjell

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Okay, mood tengah baik. Sebab tu sambung baca novel ni pula. Mentang-mentang enjin tengah panas, novel ni saya habiskan dalam masa sehari jer. Dalam beberapa jam sahaja. Hah, amik ko!

[TUNDUKKAN PLAYBOY ITU]

Novel ni beli masa PBAKL 2015 yang lalu tapi sehingga drama adaptasi novel ni ditayangkan dalam Slot Akasia TV3 saya masih belum ada masa nak baca. Tapi entah kenapa tengok drama ni kat TV rasa lembab semacam tu yang saya geram terus baca novel ni sampai habis. Hah, memang penangan Tundukkan Playboy Itu betul la!!


Bila dah baca novel ni memang saya akui ada part-part yang berbeza dengan drama. Ya, mungkin mengikut kesesuaian drama dan pelakon yang menjayakan watak. Biasa la tu, tukar sini sikit sana sikit yang penting tema dan jalan cerita tetap sama.

Novel ini mengisahkan tentang Harraz Naufal yang merupakan seorang `Playboy'. Kawan rapat dia iaitu Farhan merupakan sepupu dan seorang Playboy juga. Ha elok sangat la tu kan. Sebab tu boleh jadi kawan baik. Dan sejak kehadiran Nurin dalam hidup mereka, dua-dua pun jatuh cinta kat Nurin dan dua-dua pun dah jadi baik. Memang Nurin berjaya Tundukkan Playboy Itu!!

"Hanya dari panahan MATA, kisah CINTA pun bermula"

Kalau tengok dari tajuk novel ni rasanya ramai yang boleh meneka jalan ceritanya kan. Saya tertarik untuk beli novel ni sebab nak tahu bagaimana seorang Playboy boleh tertunduk dengan seorang Hijabista. Walaupun dah boleh agak jalan cerita tapi saya beli juga. Hehe... Ini adalah karya Anjell yang ketiga tetapi ini karya pertama beliau yang saya baca. Novel pertama beliau berjudul Eksperimen Cinta dan yang kedua ialah Suamiku Paling Sweet. Yang itu belum baca lagi. Anjell pun saya belum pernah jumpa. Mungkin suatu hari nanti...

Walaupun saya dah habis baca novel ni tapi kalau ada masa saya tetap tengok drama ni kat TV. Apapun, saya lebih suka versi novel. Cumanya jalan ceritanya ada unsur-unsur yang kurang sihat. So saya tak galakkan adik-adik kita baca novel ni. Kakak-kakak, makcik-makcik okay la kalau nak baca. Yang adik-adik tu tunggu besar sikit ya. Tapi kalau adik-adik nak tengok drama boleh kot cuma pastikan ditemani oleh orang dewasa. Part-part yang baik tu kita tak risau cuma part-part yang tak baik tu saja kita perlu berikan pencerahan agar mereka faham dan tak terikut.. Eh, eh tetiba concern pulak saya ni.. XD

Okay, jom kita tengok sinopsis novel ini.

[SINOPSIS]

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

[Sumber: goodreads.com]

Kalau baca sinopsis ni mesti ramai yang suka kan! Saya bagi 3.5/5* untuk novel ni. Kalau nak beli novel ni boleh pm saya di no 0184044132. InsyaAllah cepat dan selamat.

Tajuk: Tundukkan Playboy Itu
Penulis: Anjell
Penerbit: Karyaseni


~wit♥~

Tuesday, March 29, 2016

#11 Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu - Sara Aisha

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...


[CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU]

Yeay... finally saya dah baca novel ni! Ini adalah novel pertama Sara Aisha yang saya baca. Kenapa pilih novel ni dulu? Sebab... novel ni novel thriller... karya thriller memang mampu menarik saya sampai sanggup berjaga malam. Kalau novel cintan-cintun tu dia boleh hold lagi. Dan sebab yang paling utama adalah kerana novel Salju Kyoto. Khabarnya watak Karn-Dian muncul dalam Salju Kyoto. Jadi sebelum baca Salju Kyoto saya nak berkenalan dengan Karn-Dian ni dulu.

Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu merupakan karya kedua Sara Aisha yang terhasil pada tahun 2013. Saya habiskan pembacaan untuk novel ni dalam masa dua hari saja. Lebih tepat lagi dua malam sebab malam baru ada masa belek novel. Novel ini mengisahkan tentang Dian Damia yang terjerumus ke dalam situasi yang bahaya secara tidak sengaja yang akhirnya menyebabkan dia terikat dengan Karn Klaharn Ekoran itu macam-macam tragedi berlaku kepada Dian yang sudah pasti semuanya ada kaitan dengan Karn.

Siapa Karn Klaharn ni?

Karn Klaharn adalah pewaris kepada sebuah keluarga bangsawan dan bakal mewarisi segala harta milik keturunan Thanasukolwit. Okay chopp... masa baca novel ni saya memang tak tau sebut nama depa yang panjang dan tergeliat lidah tu. Yang pendek-pendek ja tau sebut. Dan yang paling kelakarnya saya tak mampu nak sebut nama penuh Karn dengan lancar. Haha...Okay sambung... Karn ni ada musuh iaitu Sakda. Kira segala musibah yang melanda Dian ni memang berpunca daripada Sakda ni la. Sebab dia memang nak hapuskan Karn. Dah takdir Dian bertemu Karn dan takdir juga yang mengheret Dian ke kancah musuh dalam selimut ni.

Latar novel ini semestinyalah di negara Thailand. Sebab tu gambar kat atas tu saya snap sekali dengan gelas dari Thailand. Konon nak ambik mood Siam. Heheh~ Tempat tinggal Karn diceritakan begitu indah, tenang dan damai sampai saya terfikir wujud ke tempat ni. Siripon Resort tu semua memang ada ke kat Thailand tu. Kalau ada jom kita pi! Hahah~ Lepas tu saya perasan penulis memberikan pemerian yang terperinci tentang latar sesuatu tempat tu. Kira cerita habis-habis sampai kita boleh bayangkan tempat tu macamana. Contohnya tentang bagaimana penulis memerikan tentang Hatyai. Senang cerita sape yang nak pi Hatyai boleh baca novel ni untuk dapat maklumat tentang Hatyai. Macam novel travelog pula. Betul... tak tipu!!

Secara keseluruhannya saya memang suka dengan novel ni. Plotnya mungkin bergerak sedikit perlahan pada mulanya tapi naluri ingin tahu kesudahan novel ini tetap kuat. So dia tetap menarik kita untuk terus membaca. Naluri saya berkata penulis juga menggunakan teknik ambil jalan selamat dalam menghasilkan karya ini. Ini teknik rekaan saya kot, sebab rasanya dalam sudut kesusasteraan kreatif tak ada teknik ni. Hehe... sebab apa saya kata macam tu? Saya rasa penulis seolah-olah menggambarkan sesuatu secara sederhana, malu-malu dan berhati-hati. Kadang-kadang saya rasa tak puas... nak lagi... kalau sakit biar sakit betul-betul... kalau jahat biar jahat habis tapi penulis baik hati sedikit dalam karya ini.

Namun ada babak-babak yang membuatkan saya tersenyum sendiri. Contohnya babak antara Karn dan Krissada. Dialog antara mereka tu buat saya senyum meleret.

" Siapa dia sebenarnya pada kamu, Karn?"
" Dan siapa pula Dian Damia pada Krissada?"

Biasa la selalu kalau baca novel thriller, saya nanti akan assume itu ini. Masuk bab 55 macam tu, saya mula meneka yang Sakda tu maybe Uncle Sukrit. Pastu dok rasa yang Krissada tu sebenarnya jahat, eh sat rasa dia tu baik pula. Ha macam-macamlah... Walaupun at last kita tau Sakda tu bukan Uncle Sukrit tapi seronok sebenarnya bila kita juga turut bermain dengan emosi. Sebab ia akan menarik kita untuk terus baca dan baca sampai habis.

Oleh sebab saya suka, saya bagi 4/5* untuk novel ni. Okay, jom kita baca sinopsis Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu.

[SINOPSIS]

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

[Sumber: http://watashinosara.blogspot.my/]

Okay uolls, jangan lupa dapatkan novel ini di kedai buku ya. Atau order terus daripada Cik SA kita. Kalau nak order daripada saya pun boleh, pm saya di no 0184044132. InsyaAllah cepat dan selamat. Lepas ni saya nak baca Salju Kyoto pula ♥♥♥

Tajuk: Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu
Penulis: Sara Aisha
Penerbit: Karya Seni

~wit♥~

Friday, March 11, 2016

#10 Fuiyooo...Senangnya Matematik

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Alaf21

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nak anak anda berjaya dalam Matematik?
Jom kita hadiahkan buku ini.

FUIYOOO...SENANGNYA MATEMATIK

PM saya kalau nak beli yea.


ITEM DETAILS:
PRICE: RM25.00
POSTAGE: RM7.50
MANUFACTURER: ALAF21
AUTHOR: KIPAS HIKMAT

PM FOR ORDER:
FB: AS SAMSUDIN
FB: D’ RAUNA GALLERY
WHATSAPP: 0184044132



~wit♥~

Tuesday, January 26, 2016

#9 Jangan Percaya - Syaida Ilmuna

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Novel Jangan Percaya merupakan karya ketiga novelis muda Syaida Ilmuna. Actually ini adalah novel pertama karya Syaida yang ada dalam koleksi D' Rauna Gallery. Hasil karya bergenre thriller dan aksi memang saya suka. Sebab tu tak perlu baca sinopsis... terus beli jer.

Sebelum ni memang ada baca bab-bab awal di portal Ilham Karangkraf tapi baca sikit saja. Saya punya pattern, kalau novel tu best saya tak suka baca lebih-lebih secara online, biar terus baca novel tu dari mula sampai habis. Baru feel tu lebih ummpphhh!! Hehe...

Okaylah, ini review saya!

[Jangan Percaya - Syaida Ilmuna]

Novel ini memang best, dari awal bab lagi saya memang fokus baca. Makin lama baca hati semakin berdebar-debar. Perasaan takut tu dah muncul... apa taknya, saya start baca pun lebih kurang pukul 10pm...kira nak tengah malam dah tu kan. Sorang-sorang pulak tu... memang berdebar-debar sangat la...Tapi tetap teruskan baca juga. Makin lama makin best... walaupun mata tu tengok kiri-kanan. Haha...Tapi dah lewat sangat saya stop jugalah. Esoknya baru sambung sampai habis. Dah habis baca memang rasa puas hati. Saya ingat lagi, baru baca sampai bab 5... kira awal bab lagi tu tapi saya punya perasaan tu tak tau nak kata. Jantung tu kira berdegup laju saja... macam terserempak dengan admire pulak debarannya... haha...

Teknik Pemerian yang digunakan pada saya amatlah baik. Penceritaan tentang sesuatu perkara tu amatlah terperinci. Kira memang sampai ke lubuk hati. Contohnya masa Kay jilat sisa hancuran belalang tu... automatik mulut saya kata "Eeeee....". Ha, sampai macam tu sekalilah!

Padat? Memang teramat padat. Sedar-sedar jer dah sampai Bab 17... tersedar lagi dah sampai Bab 35...hehe.. Kalau dalam bidang lakonan juri selalu cakap, "Punch line kena jaga". Ha ni saya dah habaq mai... dalam novel ni punch line memang tepat. Sebab tu baca terus menonong jer... tak ada masa nak relax-relax sat ka minum ayaq... ni yang orang kata terbaik sebab penulis tak biarkan kita dihimpit keboringan.

Saya terjumpa satu caption yang menarik dalam novel ni. Memang saya suka la...

"Dia datang macam bayu, tetapi pergi macam ribut."

Tabik spring untuk Syaida Ilmuna sebab dapat hasilkan karya thriller yang baik. So admire. Sambil baca tu saya sebenarnya terfikir juga... "dari mana idea itu datang". Kira memang dahsyat juga lah sebab boleh tulis cerita macam ni. Ha, jangan pandang Syaida sebelah mata tau!!

PERTEMUAN pertama Bella Amira dan Kaylina sudah cukup membuatkan hatinya diasak seribu macam rasa. Saat tangan mereka bertaut, imbasan hitam putih mula menerjah ke minda Bella. Senyuman seorang wanita berbibir nipis hadir dan kelihatan sebilah pisau tajam bergerigi di tangannya. Pisau itu berlumuran darah!

“Bella Amira!” Rizqi cuba membawanya ke alam nyata.

Semenjak itu, kehidupan Bella tidak lagi serupa. Isteri baru bekas suaminya itu menyimpan seribu satu macam ulah dan suka bermuka-muka. Bermula dengan kematian anak sulungnya, Bella tahu Kaylina ada perkaitannya.

Namun begitu, siapa yang percayakan kata-katanya? Kaylina yang lebih manja digelar Kay itu seorang wanita yang lemah lembut, pandai memasak dan sayangkan kanak-kanak. Di hadapan Rizqi, pijak semut pun tak mati. Di belakangnya, anak-anak Bella menggelar dia raksasa maha jahat!

Bella pula sering ditimpa mimpi buruk semenjak mengenali wanita itu. Siapa Kaylina sebenarnya? Mampukah Bella membuatkant mereka percaya yang Kay bukanlah seperti yang mereka sangkakan? Jangan sampai nanti mereka semua mati dalam keadaan tidak percaya, sudahlah!

Okay, sebab saya suka saya bagi 4.5/5* untuk novel ini. Buat pembaca tegar novel-novel Malaysia, jangan lupa dapatkan novel Jangan Percaya di kedai-kedai buku berhampiran anda. Kalau nak order daripada saya pun boleh. PM saya di nombor 0184044132. InsyaAllah cepat dan selamat.

Tajuk: Jangan Percaya
Penulis: Syaida Ilmuna

Penerbit: Alaf21

~wit♥~

Thursday, May 14, 2015

#8 Terima Kasih Cikgu - Norhayati Berahim

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...

Menjelang Hari Guru yang bakal disambut pada 16 Mei ini, pasti ramai di antara kita yang tercari-cari hadiah untuk diberikan kepada guru-guru. Jadi saya nak cadangkan kepada semua, apa kata kita hadiahkan buku/novel Terima Kasih Cikgu karya penulis terkenal Norhayati Berahim.



Buku ini amat sesuai dibaca bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga ibu bapa dan guru-guru. Kira buku ni perlu dibaca dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Saya kongsi sedikit sedutan daripada buku ini.


Semua yang mendengar ketawa. Begitu juga Rusdi yang tersipu-sipu malu mengetahui yang lelaki duduk di sebelah kirinya sebentar tadi adalah cikgu.
“Maaf, cikgu.”
“Hesy, tak payahlah panggil cikgu. Panggil pak cik. Kamu tak perlu ikut cakap Si Jimmy tu, sesuka hati dia saja nak panggil. Kadangkala panggil pak cik, kadang cikgu, kadang Mat, kadangkala Yatim. Pernah dia panggil pak cik, abang. Bila masa pak cik kahwin dengan adik dia, entah.”
Sekali lagi, semua yang mendengar guruan Cikgu Mat Yatim itu ketawa besar. Jimmy yang sedang menyuap bihun hampir tersedak mendengarnya.
“Hormatlah, Yatim. Aku panggil kau abang walau aku lebih tua daripada kau sebab aku tahu kau banyak ilmu daripada aku.”
“Ilmu apa yang aku ada?”
Tanya Cikgu Mat Yatim. Lebih separuh surau itu sudah dicat oleh mereka. Dia sangat puas hati. Bahkan kerja-kerja itu dilakukan dengan sangat berjaya sekali.
Kata Hasna, lepas cat kering nanti dia mahu menggantung langsir baharu. Langsir yang berbunga ros itu walau orang lain tidak pernah menggantungnya di surau, tetapi cantik dan kena dengan cat hijau surau itu.
“Banyak ilmu kau ada, ilmu dapat anak ramai. Aku anak dua orang saja, kau sampai tujuh.”
Kelakar Jimmy separuh mengusik. Riuh surau itu dengan suara-suara ceria dan gelak ketawa.
“Itu ilmu tak perlu dituntut. Itu bantai saja.”

Ha, best kan. Walaupun sedikit sahaja, tapi saya suka dengan gaya bahasa yang digunakan. Setiap ayat yang digunakan adalah ayat yang baik-baik dan penuh dengan ilmu. Bak kata penulis buku ini,


Seorang guru bukan kerjanya menghias kelas sahaja..
Tetapi seorang guru cuba membantu anak anak muridnya menjadi baik..
Seorang guru sentiasa memberi makanan dijiwa anak anak muridnya..
Seorang guru tidak pernah berkata "asyik asyik nak suruh cikgu.."
Bahkan Cikgu Mat Yatim guru yang sentiasa menerima apa sahaja masalah murid untuk dibantu kerana dia menganggap itu pahala buatnya..
(sumber: Facebook NB Kara)

Jadi, kepada sesiapa yang ingin memiliki buku ini bolehlah beli terus daripada pihak NB Kara. Hadiahkan Guru anak-anak anda untuk menghargai segala jasa dan penat lelah mereka mendidik anak-anak kita.

PM di NB Kara Sdn. Bhd.
RM23/26 postage percuma.
Bayaran boleh dibuat melalui Maybank Norhayati Berahim 164267408855.

Sekian dahulu untuk kali ini. Jumpa lagi.


~wit♥~

Thursday, March 20, 2014

#7 E-Book Rautan Takdir - Monalita Mansor

Teks: D' Rauna Gallery
Sumber: http://iammasitahsamsudin.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Saya sedang membaca e-book Rautan Takdir karya Monalita Mansor. Ia adalah sebuah kumpulan 15 cerpen yang bertemakan kasih sayang dan ketuhanan. Setiap cerpen yang dimuatkan adalah cerpen-cerpen terbaik yang memaksa saya untuk mengulangi pembacaan dua tiga kali, barulah saya dapat memahami sepenuhnya.

Tetapi makin lama saya membaca, dari satu cerpen ke satu cerpen, kerap kali saya berhenti dan berfikir; dari mana penulis ini mendapat idea yang begitu cantik pada pemikiran saya. Dari mana? Bagaimana? Hati saya terasa kagum sangat-sangat. Idea yang digarap pada saya amat berat dan hanya penulis yang baik mampu menggarap idea yang berat menjadi sebuah karya yang terbaik.

Mnm... luahan ini ditulis disaat saya membaca cerpen bertajuk Si Manis. Cerpen ke-sebelas dalam karya Rautan Takdir. Terlalu kagum sehingga terdetik untuk meluahkannya di sini.

Syabas buat penulis ini. Semoga terus maju dan menghasilkan karya-karya bermutu yang memberi manfaat buat pembaca semua. Nantikan ulasan saya untuk karya ini pada entri seterusnya.

#saya turut memasang impian untuk menjadi penulis sebegini.
#doakan saya.

~wit♥~


Friday, January 24, 2014

#6 E-Book Asas Blog Penulisan - Masayu Ahmad

Teks: D' Rauna Gallery
Sumber: http://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2014/01/ulasan-1-e-book-asas-blog-penulisan.html



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

E-Book Asas Blog Penulisan hasil nukilan Masayu Ahmad merupakan sebuah e-book yang memberi info tentang penghasilan sesebuah blog yang baik dan menarik. Mungkin ramai di antara kita yang tahu bagaimana untuk menghasilkan sebuah blog apatah lagi dengan teknologi masa kini yang memungkinkan segalanya di hujung jari namun, saya pasti tidak ramai yang mampu untuk menghasilkan sebuah blog yang berpengaruh dan dapat menarik ramai traffik untuk berkunjung. Justeru, e-book ini mengupas tentang penghasilan blog dari mula pemilihan nama dan tajuk blog sehinggalah ia mampu berdiri teguh dan menjadi rujukan khusus untuk pembaca.

Bab demi bab disusun secara sistematik untuk memberi panduan yang terbaik buat pembaca terutamanya bagi mereka yang baru mengenali dunia blog. Bukan sahaja info tertentu, bahkan setiap bab turut diselitkan dengan tip-tip penulisan berkaitan yang sudah pasti merupakan rahsia kejayaan penulis dalam bidang penulisan.

Jika melalui blog terdahulu, saya sering menulis secara santai menggunakan bahasa pasar dan bahasa yang bercampur aduk (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) tetapi kini saya memahami akan kepentingan menulis menggunakan gaya bahasa yang betul. Biarpun penulisan secara santai namun harus menggunakan tatabahasa yang betul.

Bukan itu sahaja, e-book ini turut memuatkan panduan untuk menjana idea agar kita dapat menulis setiap hari. Menulis secara konsisten amat penting untuk menarik keghairahan dan kesetiaan pembaca. Memahami dengan mendalam apa yang ingin ditulis juga membantu kita fokus dan sentiasa teruja untuk menulis sesuatu yang segar dan mengandungi idea-idea baru.

Salah satu tip yang amat saya suka ialah menulislah secara spontan yakni catat apa sahaja yang terlintas di kepala. Dari catatan tersebut, pindahkan pula ke dalam blog dan terus publish. Abaikan dahulu seandainya penulisan tersebut salah dari segi tatabahasa atau susun aturnya. Namun, apabila minda kita sudah kembali tenang, lihat kembali entri tersebut, sunting dan tambah baikkan agar ia menjadi sebuah entri yang sempurna.

 

Selain itu, e-book ini turut memuatkan tentang ciri-ciri blog yang berpengaruh. 10 ciri yang dimuatkan amat berguna untuk kita dan menjadi rujukan terbaik dalam menghasilkan blog yang akhirnya boleh membawa kepada penjanaan wang. Salah satunya, blog yang berpengaruh ialah blog yang mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang melampau sehingga melambatkan proses `loading' dan mengganggu pembaca.

Apa yang penting ialah pemikiran untuk berjaya. Kesan peluang melalui matlamat samada matlamat jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Gunakan dan rebut setiap peluang yang muncul di depan mata mahupun di sekeliling kita. Jangan biarkan halangan minda negatif terus mempengaruhi dan merosakkan pemikiran kita sehingga kita gagal mencapai target yang telah ditetapkan.

Melalui e-book ini juga, kita disogok dengan pemikiran bahawa pembaca adalah pelanggan, pelanggan adalah wang dan wang adalah motivasi. Jadi kita harus mengekalkan kesetiaan pelanggan dengan memberi informasi bertepatan dengan kehendak pembaca dan menjadi agen penyelesai masalah mereka.

PEMBACA = PELANGGAN = WANG = MOTIVASI

Sememangnya, e-book ini banyak manfaatnya kepada saya. Justeru saya amat berterima kasih kepada Masayu Ahmad di atas perkongsian ilmu yang amat berharga ini. Kepada semua blogger di luar sana, anda perlu mendapatkan e-book ini seandainya anda mahu blog anda menjadi blog yang berpengaruh dan disukai ramai. E-book ini boleh dibeli di sini.

Selamat Maju Jaya dan Selamat Berblogger.

~wit♥~

Thursday, April 18, 2013

#5 Review Novel-Novel Siti Rosmizah

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....

Kali ini saya nak bercerita tentang novelis kesayangan saya....Siti Rosmizah...bukan apa...tetiba rasa teruja bila sampai kad jemputan untuk ke Majlis Perlancaran Novel Terbaru beliau pada 27 April ini di Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel The Mall.....terasa macam tak sabar nak dapatkan novel beliau yang ke-6 ni....tajuk pun masih menjadi teka-teki...sampai macam tu sekali la...dats why debarannya lain macam...hahaha....


Dulu...beliau bekerjasama dengan Buku Prima...ada dua novel ngan Buku prima tapi sekarang ni dah ada syarikat penerbitan sendiri...SR Publication....bukan sahaja terbitkan novel sendiri malah turut menerbitkan novel penulis2 lain.....hebat  kan..

Novel pertama beliau berjudul `Andai Itu Takdirnya' telah menjadi bestseller di seluruh kedai buku...telah diulang cetak berkali-kali....memang novel hit yang mengundang air mata...sedih sangat citer tu. Saya masih ingat lagi...novel ni sy beli masa pesta buku kat usm...bukan beli sebab tahu novel ni best tapi direkomenkan oleh adik yang jaga booth tu....lepas baca jer novel ni..memang tertunggu-tunggulah novel beliau yang seterusnya.....


Novel kedua beliau berjudul `Cinta Kau dan Aku'....novel ni memang best...citer tentang si gadis tomboy yang menjadi driver pada lelaki yang handsome....Novel ni juga dah pun kuar kat TV1...dibintangi oleh Sara Ali dan Fizz Fairus...kat tv tu ok lah tapi best lagi kalau baca versi novel...

Novel ke-3 ialah `Lafazkan Kalimah Cintamu'....novel ni pun best sangat...memang meruntun emosi pembaca...kira boleh tangkap leleh lah...Novel ke-4 pulak pada saya amat istimewa.....`7 hari Mencintaiku' suatu novel yang tebal tapi memang respek lah kat SR sebab menurut beliau, novel ni ditulis dalam masa yang singkat sahaja...kalau tak silap saya dalam masa 3 bulan...(**kalau x silap saya lah...sori eh kalau salah...SR tolong betulkan yer...hehe) Citer dia pun memang best...jodoh datang secara tiba-tiba dan akhirnya jodoh itulah yang sememangnya terbaik buat mereka....


Dan Novel ke-5 lak berjudul `Takdir Itu Milik Aku'.....novel ni ok la...boleh la...hehehe...cane nak komen eh...best tu memang la best tapi macam terlampau naif sangat la si Dian tu...then siksaan Si Zarif Adha tu macam tak berperikemanusiaan la...melampau sangat...dah terlangkau akal fikiran yang waras...hehehehe...pendapat saya ler...;)


Apa-apa pun tetap tak sabar nak dapatkan novel terbaru SR....27 April ni jer...dah x lama dah...hope novel kali ini mampu mengundang air mata....macam AIT or maybe lebih baik dari AIT.....sebab pada saya novel AIT is the best among the best...:)

Anyway, well done to Siti Rosmizah...will see you at Sunway Putra Hotel 27 April ni...InsyaAllah....

~wit♥~


Tuesday, March 26, 2013

#4 Perempuan Yang Paling Aku Cinta - Acik Lana

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Hari ni saya nak review novel PYPAC karya Acik Lana. Novel ni adalah novel ke-4 Acik Lana. Memang very exclusive and limited edition. Tak ada jual kat mana-mana kedai buku. Kalau nak, memang kena order direct kat Acik Lana.

Saya pun order masa diorang buka order yang second wave punya. Masa first buka order tu dah tau dah tapi sengaja tak nak order sebab ingat novel ni terbitan Kaki Novel. So boleh la beli kat mana-mana kedai buku. Rupa-rupanya tak...ha...nasib baik lagi....:)

Novel ni baru jer smpai...belum baca lagi...so x leh nak komen panjang-panjang. Tapi xpe, saya tak risau sangat sebab so far semua karya Acik Lana memang tak pernah menghampakan. Then kalau tengok kat facebook group Acik Lana : Luahan Otak Kecil...memang rata-ratanya memuji karya ni. So, xyah cakap banyaklah...memang best lah!


Ha...nak tau sinopsis...? Ok, saya dengan murah hatinya nak bagi sikit kat you all....sikit jer tau..kalau nak lelebih kena beli sendiri...itupun kalau masih ada stok :P  or boleh juga dapatkannya di D' Rauna Gallery;-)

SINOPSIS:

Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.

Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.

Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.

“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga

“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi

Ha...amacam...? Best tak...? Best kan...kan...kan...;)  


 Thank you Abang PosLaju...
 Aha...jeng..jeng..jeng....
Syoknya...dapat peluk K-Kim ketat-ketat...;-)
 
 
~wit♥~


Thursday, March 7, 2013

#3 Cinta 24 Jam - Andrei Aksana

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....


Mari kita review novel dari seberang...Cinta 24 Jam oleh Andrei Aksana. D' Rauna Gallery baru sahaja habis baca novel ni...aduhhh...memang menarik. Gaya bahasanya amat puitis, pemeriannya sampai menusuk ke kalbu. Walaupun tidak setebal mana namun kita mendapat kepuasan apabila selesai membacanya. Tahniah Andrei Aksana.

Ceritanya romantis, tapi jujur. Bisa buat introspeksi yang bagus untuk para pekerja seni. --Irgi Fahrezi

Andrei paling tahu dan paling jago mengaduk perasaan orang dengan kalimat-kalimat puitis yang simpel tapi nggak cengeng. Bikin penasar...an karena ceritanya nggak pasaran, jadi nggak pengin berhenti ngebacanya. --Krisna Mukti

Beda tapi realistis. Ada yang bisa kita pelajari in a diferent way. Penyelipan puisi-puisinya indah sekali.
--Wulan GuritnoSee More

Jom dapatkannya di D' Rauna Gallery. Koleksi Novel Kreatif - NK148 (RM2).

~wit♥~

Wednesday, February 1, 2012

#2 Sepi Tanpa Cinta - Damya Hanna

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Foto: Hello pembaca semua...

Buku Pilihan Minggu Ini menampilkan novel Sepi Tanpa Cinta karya Damya Hanna.

NO SIRI : NK40
TAJUK : SEPI TANPA CINTA
PENULIS : Damya Hanna
HARGA : RM2
HALAMAN : 496

SINOPSIS: Haziqah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!



~wit♥~

Thursday, January 26, 2012

#1 Jauh - Aisya Sofea

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Buku Pilihan Minggu Ini menampilkan novel Jauh karya Aisya Sofea.

NO SIRI : NK54
TAJUK : JAUH
PENULIS : Aisya Sofea
HARGA : RM2
HALAMAN : 254

SINOPSIS: Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.



~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...