Wednesday, April 23, 2014

Jadual Kehadiran Penulis PBAKL 2014

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

D' Rauna Gallery dengan sukacitanya ingin berkongsi informasi yang amat penting buat pencinta buku semua. Inilah dia jadual kehadiran penulis sepanjang PBAKL 2014. Jangan lepaskan peluang keemasan ini okay.












Jangan lupa temujanji kita tau. Pastikan ada memori yang tercipta antara kita dan mereka. Cewahh :) Okeylah, kita jumpa di sana.


~wit♥~

Bahang PBAKL 2014

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

Bahang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kali ke 33 semakin terasa. Hanya tinggal kurang dari 24 jam sahaja lagi sebelum bermulanya pesta buku yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pencinta buku seluruh negara. Kali ini seluruh penerbit buku akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur selama sebelas hari bermula 24 April - 4 Mei 2014. Lebih lama daripada biasa, ganti balik untuk tahun lepas yang terpaksa dipendekkan kerana pilihanraya. Pastinya pesta kali ini akan menjanjikan kemeriahan yang luar biasa.

Sebelum ke PWTC, saya pasti pembaca semua sudah pun membuat persiapan yang sewajarnya. Dah tengok jadual kehadiran penulis, senarai buku terbaru yang akan dilancarkan dan apakah program-program menarik yang bakal berlangsung sempena pesta buku kali ini. Dan yang paling penting sekali, pastinya kita sudah pun mendapat informasi tentang pakej-pakej diskaun yang menarik yang ditawarkan oleh semua penerbit buku yang terlibat.

Jadi sebelum kita bertemu di PWTC, saya ingin berkongsi serba sedikit informasi terkini yang saya perolehi daripada Facebook penerbit-penerbit buku dan juga fbians tersayang. Saya pasti ramai yang sudah mengetahuinya namun saya nak berkongsi juga, manalah tahu ada yang terlepas pandang. Ini cuma sebahagian sahaja. Diharap ianya dapat membantu pembaca semua;)

Di bawah ini sebahagian daripada buku terbaru yang akan dilancarkan sempena PBAKL dan juga pakej buku yang ditawarkan.
Pakej Novel Mac & April Alaf 21
Pakej Novel Mei & Jun Alaf 21
Pakej Novel Buku Prima
SR Publication RM38.90 - diskaun 10% + 5% (bawa akhbar BH m/s 4 ruangan sastera)







Ada banyak lagi pakej menarik daripada pelbagai penerbit buku. Anda boleh mendapatkan informasi terkini melalui Facebook, website dan media sosial yang lain.

Di bawah ini pula antara program-program menarik yang akan berlangsung sepanjang PBAKL 2014. Program 60 minit Happy Hour bersama Grup Majalah Impiana akan diadakan seperti berikut:
  • 26 April - Majalah Dapur & Apartmen (12 tenghari -1 petang)
  • 27 April - Majalah Impiana & Laman Impiana ( 1 - 2 Petang)
  • 1 Mei - Majalah Dapur & Apartmen (11Pagi -12 Tengahari)
  • 3 Mei - Majalah Impiana & Laman Impiana ( 1 - 2 Petang)

Ini pula program yang saya kira amat menarik untuk dikongsikan di sini. Program Santai Penulis dan Slot Kreatif yang akan dijalankan di Sudut Rehat & Baca, Tingkat 4, Ruang Legar PWTC.



Dan ini pula program-program yang akan dijalankan di Dewan Tun Dr Ismail dan Pentas Utama PWTC. Juga aktiviti menarik di Booth Pavilion PTS, Tingkat 4 Dewan Merdeka.



Okeylah, cukup sampai di sini. Semoga kita semua dapat bersama-sama memeriahkan PBAKL 2014 yang akan bermula 24 April - 4 Mei 2014.

~wit♥~

Tuesday, April 22, 2014

Jemputan Khas Siti Rosmizah

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

D' Rauna Gallery baru sahaja menerima kad jemputan khas ke Majlis Pelancaran Novel Terbaru Siti Rosmizah berjudul Cukup Derita Itu yang akan diadakan pada 26 April 2014 di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Majlis kali ini bertemakan Otai Terus Berbisa, memang sesuai sangat dengan SR yang tetap berbisa walaupun ribuan novelis baru menjelma.

Novel Cukup Derita Itu merupakan novel ke-7 Siti Rosmizah. Seperti novel-novel terdahulu, ia tetap mengekalkan genre cinta yang pastinya bisa mengundang air mata pembaca. Jom kita kongsi sedikit sinopsis novel ini.

Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi. 

“Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku sagat-sagat muka kau dengan berus dawai. Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!” hamun Mak Ngah Gayah.

Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap! 

Zarul Zafran lelaki tampan yang berkerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya. 

Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah di anggap seperti ibu. Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui. 

Dendam yang berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani diseksa. Jiwanya merana. 
“Ellani Binti Rashdan, aku Zarul Zafran Bin Dato’ Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau.” 

Hebat lelaki ini! Hanya melalui SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya. 

“Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali! Apa salah Lani mak? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah! Kuatkan imanku menghadapi dugaan-Mu ini! Raungnya. 

Ellani…cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yang dijerit dalam hatinya.

Ha, macamana? Best tak? Terasa tak sabar nak baca kan? Jadi jangan lupa dapatkan novel ini di PBAKL 2014, PWTC.

Dan sebelum kita merasai kemeriahan majlis pelancaran novel Cukup Derita itu, apa kata kita imbas kembali Majlis Pelancaran Novel Curi-Curi Cinta yang diadakan pada tahun lepas.

Boleh juga baca link di bawah.

http://draunagallery.blogspot.com/2013/07/majlis-pelancaran-novel-terbaru-siti.html

Okeylah, D' Rauna Gallery akan berkongsi kemeriahan majlis itu pada entry seterusnya.

Stay Tuned.

~wit♥~

Monday, April 21, 2014

Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekarang ini, rata-rata penulis, pembaca mahupun pihak Grup Buku Karangkraf itu sendiri sedang hangat memperkatakan tentang Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 (agbk 2013) yang dijangka akan berlangsung Jun ini.

Anugerah yang julung-julung kalinya ini diadakan oleh pihak Grup Buku Karangkraf untuk memberi pengiktirafan kepada penulis-penulis di bawah syarikat penerbitan mereka. Agbk 2013 mempertandingkan sebanyak 30 kategori yang dibahagikan kepada lima bahagian. Antaranya ialah Anugerah Novel Terbaik, Anugerah Novelis Popular, Anugerah Kelab Peminat dan Anugerah Buku Terbaik.

Fasa pertama pengundian telah pun berakhir dan kini pengundian untuk finalis TOP 5 telah pun bermula. Peminat-peminat novel boleh mendapatkan borang undian agbk 2013 di akhbar Sinar Harian bermula 16 April - 11 Mei 2014. Inilah masanya untuk kita mengundi novelis kesayangan kita.

Di samping memberi pengiktirafan kepada penulis novel, anugerah ini juga dilihat sebagai satu bentuk penghargaan kepada para peminat novel-novel keluaran Grup Buku Karangkraf dan juga pembaca setia Sinar Harian. Mereka yang mengundi dengan undian tertinggi dan dapat meneka dengan tepat atau hampir tepat, berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM5, 000. Suatu hadiah yang cukup besar dan menarik. Jadi, apa tunggu lagi. Dapatkan akhbar Sinar Harian sekarang.

Di bawah ini adalah finalis TOP 5 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.


Selamat mengundi.

~wit♥~

Friday, April 4, 2014

Koleksi Terbaru Novel Kreatif NK149 - NK188

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hello pembaca semua....

Apa khabar? Harap semuanya sihat sejahtera. D' Rauna Gallery dah update novel-novel baru untuk koleksi Novel Kreatif (NK149 - NK188).

Jom kita pakat-pakat review.

http://www.draunagallery.blogspot.com/p/katalog.html

Kepada yang berminat nak sewa tu, jangan malu-malu untuk ke D' Rauna Gallery. Kalau nak PM dulu pun boleh.

Facebook - D' Rauna Gallery
PM/Whatsapp/Viber - 018-4044132

Okey...happy view ;)

~wit♥~

New Arrival Jan - Mar 2014

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hello pembaca semua....

Jom kita review buku baru untuk Jan - Mar 2014. Hopefully, buku-buku ini menepati citarasa anda semua. Ini baru koleksi Novel Kreatif. Actually, kita ada banyak lagi buku-buku baru untuk koleksi novel kanak-kanak dan remaja, buku umum, resepi, komik dan majalah. Tapi untuk kali ini kita share novel kreatif dulu.

Jom kita review....

NOVEL KREATIF

Kalau ada yang perasan, novel Projek 238 dan PYPAC dah ada sebelum ni kan. So FYI, ini adalah buku kedua yang ada dalam simpanan kami. Yang mana best and limited edition, we all suka beli lebih dari satu. Special untuk anda ;)

Kepada yang berminat nak sewa tu, jangan malu-malu untuk ke D' Rauna Gallery. Kalau nak PM dulu pun boleh.

Facebook - D' Rauna Gallery
PM/Whatsapp/Viber - 018-4044132

Untuk maklumat lanjut, sila ke link di bawah.

http://draunagallery.blogspot.com/p/katalog.html

Okey daa....happy view ;)

~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...