Wednesday, April 23, 2014

Bahang PBAKL 2014

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

Bahang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kali ke 33 semakin terasa. Hanya tinggal kurang dari 24 jam sahaja lagi sebelum bermulanya pesta buku yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pencinta buku seluruh negara. Kali ini seluruh penerbit buku akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur selama sebelas hari bermula 24 April - 4 Mei 2014. Lebih lama daripada biasa, ganti balik untuk tahun lepas yang terpaksa dipendekkan kerana pilihanraya. Pastinya pesta kali ini akan menjanjikan kemeriahan yang luar biasa.

Sebelum ke PWTC, saya pasti pembaca semua sudah pun membuat persiapan yang sewajarnya. Dah tengok jadual kehadiran penulis, senarai buku terbaru yang akan dilancarkan dan apakah program-program menarik yang bakal berlangsung sempena pesta buku kali ini. Dan yang paling penting sekali, pastinya kita sudah pun mendapat informasi tentang pakej-pakej diskaun yang menarik yang ditawarkan oleh semua penerbit buku yang terlibat.

Jadi sebelum kita bertemu di PWTC, saya ingin berkongsi serba sedikit informasi terkini yang saya perolehi daripada Facebook penerbit-penerbit buku dan juga fbians tersayang. Saya pasti ramai yang sudah mengetahuinya namun saya nak berkongsi juga, manalah tahu ada yang terlepas pandang. Ini cuma sebahagian sahaja. Diharap ianya dapat membantu pembaca semua;)

Di bawah ini sebahagian daripada buku terbaru yang akan dilancarkan sempena PBAKL dan juga pakej buku yang ditawarkan.
Pakej Novel Mac & April Alaf 21
Pakej Novel Mei & Jun Alaf 21
Pakej Novel Buku Prima
SR Publication RM38.90 - diskaun 10% + 5% (bawa akhbar BH m/s 4 ruangan sastera)







Ada banyak lagi pakej menarik daripada pelbagai penerbit buku. Anda boleh mendapatkan informasi terkini melalui Facebook, website dan media sosial yang lain.

Di bawah ini pula antara program-program menarik yang akan berlangsung sepanjang PBAKL 2014. Program 60 minit Happy Hour bersama Grup Majalah Impiana akan diadakan seperti berikut:
  • 26 April - Majalah Dapur & Apartmen (12 tenghari -1 petang)
  • 27 April - Majalah Impiana & Laman Impiana ( 1 - 2 Petang)
  • 1 Mei - Majalah Dapur & Apartmen (11Pagi -12 Tengahari)
  • 3 Mei - Majalah Impiana & Laman Impiana ( 1 - 2 Petang)

Ini pula program yang saya kira amat menarik untuk dikongsikan di sini. Program Santai Penulis dan Slot Kreatif yang akan dijalankan di Sudut Rehat & Baca, Tingkat 4, Ruang Legar PWTC.



Dan ini pula program-program yang akan dijalankan di Dewan Tun Dr Ismail dan Pentas Utama PWTC. Juga aktiviti menarik di Booth Pavilion PTS, Tingkat 4 Dewan Merdeka.



Okeylah, cukup sampai di sini. Semoga kita semua dapat bersama-sama memeriahkan PBAKL 2014 yang akan bermula 24 April - 4 Mei 2014.

~wit♥~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...