Tuesday, March 26, 2013

#4 Perempuan Yang Paling Aku Cinta - Acik Lana

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Hari ni saya nak review novel PYPAC karya Acik Lana. Novel ni adalah novel ke-4 Acik Lana. Memang very exclusive and limited edition. Tak ada jual kat mana-mana kedai buku. Kalau nak, memang kena order direct kat Acik Lana.

Saya pun order masa diorang buka order yang second wave punya. Masa first buka order tu dah tau dah tapi sengaja tak nak order sebab ingat novel ni terbitan Kaki Novel. So boleh la beli kat mana-mana kedai buku. Rupa-rupanya tak...ha...nasib baik lagi....:)

Novel ni baru jer smpai...belum baca lagi...so x leh nak komen panjang-panjang. Tapi xpe, saya tak risau sangat sebab so far semua karya Acik Lana memang tak pernah menghampakan. Then kalau tengok kat facebook group Acik Lana : Luahan Otak Kecil...memang rata-ratanya memuji karya ni. So, xyah cakap banyaklah...memang best lah!


Ha...nak tau sinopsis...? Ok, saya dengan murah hatinya nak bagi sikit kat you all....sikit jer tau..kalau nak lelebih kena beli sendiri...itupun kalau masih ada stok :P  or boleh juga dapatkannya di D' Rauna Gallery;-)

SINOPSIS:

Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.

Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.

Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.

“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga

“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi

Ha...amacam...? Best tak...? Best kan...kan...kan...;)  


 Thank you Abang PosLaju...
 Aha...jeng..jeng..jeng....
Syoknya...dapat peluk K-Kim ketat-ketat...;-)
 
 
~wit♥~


17 comments:

  1. cam best ja novel ni as..sinopsis pun dah best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best Eka...karya Acik Lana selalunya tak menghampakan..ni novel dia yang ke-4, yang ke-5 pun dah kuar tau..

      Delete
  2. Novel ni dah tak boleh order lagi kee? Nak pinjam boleh? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel ni mmg limited edition....so far mmg xada news kata nak restock...tapi xtahulah bulan2 dpn ke...thn2 depan ke kan...kna follow ngan acik lana closely la...baru tak ketinggalan any news...

      hehehe...sewa novel hanya untuk mereka yang tinggal berdekatan sahaja. Awak tinggal kat mana...?

      Tq sudi jenguk blog saya...jgn lupa like FB page kami tau...;)

      Delete
  3. ada tak PYPAC yang hendak dijual..sy nak beli

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kalau nak sewa jemputlah ke D' Rauna Gallery...kita xbuat sewa melalui pos.

      Delete
  5. Post nie memang betul2 bermanafaat... mungkin tidak pada yg lain...
    tapi amat pada saya... terima kasih admin...

    My web blog Arlette

    ReplyDelete
  6. shad sempat baca dekat blog acik lana aja.. tak sempat nak beli pypac.. limited edition, mmg orang let go mahal giler skrg, sampai rm200 pun ada.. hehe.. sobsob, teringin nak baca endingnyeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...beratus2 drg jual....
      Shad try la tanya sape2 yg boleh bagi pinjam/sewa...yg dkt2 ngan area umah shad...rsanya ramai yg buat sewa/pinjam tu...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...