Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Friday, June 10, 2016

Salam Ramadan 1437H

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

SALAM RAMADAN AL MUBARAK
1437H


Hari ini dah 5 Ramadan kan, baru berkesempatan nak ucap Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada pengunjung-pengunjung setia blog dan juga fan-fan D' Rauna Gallery yang tersayang. Semoga kedatangan Ramadan kali ini membawa seribu rahmat buat kita semua.

Di kesempatan ini juga saya memohon jutaan kemaafan seandainya ada di antara entri-entri saya menyinggung mana-mana pihak. Segala kekurangan itu datangnya dari diri saya... jadi maafkanlah saya ya.

Semoga ukhwah yang terjalin antara kita semua diberkati-Nya.

InsyaAllah.

Teruskan menyokong kami dan teruskan membaca.

Salam Ramadan!

~wit♥~

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru 2016!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

16 Mei 2016
SELAMAT HARI GURU
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Hari ini seluruh Malaysia menyambut Hari Guru sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua yang bergelar guru tak kira ibu bapa, pengasuh, guru tadika, guru sekolah, guru besar, pengetua, pensyarah, tutor, guru kafa, ustaz & ustazah, guru mengaji, guru tusyen, mentor, boss, ketua dan sesiapa sahaja yang mendidik kita. Harapan dan doa semoga setiap usaha murni ini mendapat pahala yang berlipat ganda daripada Allah s.w.t.

Sebagai ibu, bila tiba Hari Guru akan lahir suatu perasaan sayu di hati. Rasa amat berterima kasih kepada mereka yang mendidik anak-anak saya. Jasa dan pengorbanan yang bukan sedikit nilainya. Biarpun mereka diberi hadiah, ia hanyalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Hakikatnya, pengorbanan mereka tidak dapat dibalas dengan apa jua pun.


Terima kasih tak terhingga buat mereka yang mendidik anak bangsa. Harapan dan doa semoga mereka ini dikurniakan rahmat daripada Allah s.w.t dan sentiasa di dalam peliharaan dan lindungan-Nya.

Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu!


~wit♥~

Tuesday, April 26, 2016

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
[25 April 2016]
[11:00 - 11:10AM]
[JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT]

 

Pada pukul 11 pagi hari Isnin lepas, program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah dilancarkan. Melalui program ini, kita dipohon untuk berhenti sebentar dari melakukan apa jua pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit.

Program ini bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit. Ia juga sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Untuk info lanjut boleh baca di link ini.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jom-baca-bersama-untuk-10-minit-1.511873

Okay, nak cerita apa yang saya baca. 10 minit saja kan jadi saya saya pilih untuk baca Kompilasi Cerpen Tiga Wanita Yang Aku Cinta karya Monalita Mansor.




Saya berjaya menghabiskan pembacaan cerpen Kekal yang pernah disiarkan di dalam Majalah Jelita tahun 1995. Cukup-cukup ja masa 10 minit baca cerpen tu. Nanti saya buat review ya. Apapun, saya happy sebab dapat join program ni:)


~wit♥~

Tuesday, January 5, 2016

Selamat Tahun Baru 2016.

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Selamat Tahun Baru 2016.


Dah lima hari di tahun baru. Macam mana hari anda semua? Dah berapa buah buku yang dah habis baca? Wah... tanya soalan macam saya dah habis baca banyak buku saja kan... hehe...

Tak adalah, saya pun belum start baca lagi. Kami di D' Rauna Gallery sedang sibuk mengemaskini buku-buku untuk memulakan operasi di tahun baru. Mula mengagihkan tugas sebab nak bergerak aktif untuk tahun ni. Macam azam di tahun baru pula kan... okay lah tu, at least ada juga azam dan tahu apa yang ingin dicapai seterusnya.

Jadi sebelum kita start update buku-buku yang baru masuk, ingin saya kongsikan sedikit tentang aktivi pihak D' Rauna Gallery sebagai penutup untuk tahun 2015 dan juga sebagai permulaan yang baik untuk tahun 2016. Jadi saya ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada fan-fan semua yang berurusan dengan pihak D' Rauna Gallery. Anda turut menyumbang kepada apa yang kami kongsikan dengan mereka. Semoga setiap rezeki yang kita terima mendapat barakah dari-Nya. Ameen.

Selamat Tahun Baru.

~wit♥~



Thursday, December 31, 2015

Terima Kasih 2015, Selamat Datang 2016!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Inilah entri terakhir di tahun 2015.

Terima kasih 2015... 
Terima kasih buat semua fan-fan yang ohsem... segala kenangan kita bersama akan terpahat kemas di ingatan. Semoga ukhwah kita akan sentiasa berpanjangan.

Teruskan bersama kami untuk sesuatu yang lebih lagi... pastinya lebih 'rare' daripada biasa...

Nanti kita update buku-buku yang amat 'rare' yang menjadi koleksi kami untuk tahun 2016.

Di kesempatan ini pihak D' Rauna Gallery memohon maaf atas segala kekurangan. Semoga 2016 yang datang membawa seribu rahmat buat kita semua.


Terima kasih semua. Teruskan membaca!

~wit♥~

Tuesday, October 27, 2015

Amalan Pembuka Rezeki

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hello pembaca semua...

Sebelum mulakan kerja apa kata kita amalkan amalan pembuka rezeki macam kat bawah ni. InsyaAllah.... semoga rezeki kita melimpah ruah...
Ameen......


~wit♥~

Thursday, October 15, 2015

Zurinah Hassan Dipilih Sasterawan Negara Ke-13.

Teks: D' Rauna Gallery
Sumber: www.bharian.com.my


Zurinah Hassan dipilih Sasterawan Negara ke-13


Sekalung Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr Zurinah Hassan diatas penerimaan Anugerah Sasterawan Negara Ke-13. Beliau merupakan Sasterawan Negara Wanita yang pertama.

TAHNIAH.


~wit♥~

Thursday, July 16, 2015

Koleksi Khas Edisi Syawal 2015

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook dan Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...

Okey, seperti yang dijanjikan inilah dia sebahagian daripada koleksi majalah edisi bumper raya tahun ini. Ini cuma sebahagian sahaja sebab saya cuma share majalah yang saya beli sahaja. Mungkin ada lagi edisi bumper untuk majalah lain yang saya tak beli, jadi korang yang suka majalah yang saya tak beli tu... korang wajib beli yer XD

Amboi.... saya punya intro berbelit-belit kan. Hehe... Okeylah, jom kita tengok majalah apa yang best dan menjadi pilihan saya untuk tahun ini. Haha... macam lah tahun lepas beli majalah lain. Rasanya setiap tahun sama saja eh. :P



Edisi Khas Syawal 2015 Majalah Mingguan Wanita


Edisi Khas Syawal Majalah Keluarga


Edisi Khas Ramadan & Aidilfitri Majalah Harmoni


Edisi Bumper Majalah Nur


Edisi Bumper Majalah Rasa


Edisi Eksklusif Syawal Majalah Media Hiburan


Edisi Khas Salam Eid Ul Fitr Majalah Hijab Fesyen


Edisi Salam Aidilfitri 2015 Majalah URTV


Okey, jadi macamana semua? Nampak menarik sangat majalah-majalah ni kan. Jangan lupa dapatkannya di pasaran sekarang. Di samping ketupat dan rendang, kuih-muih aneka rasa, koleksi majalah hari raya juga boleh dijadikan santapan senggang buat tetamu yang berkunjung.

Salam Lebaran. Raikan lebaran dengan senyuman.


~wit♥~

Friday, July 3, 2015

Saya Suka Sangat Edisi Bumper Raya!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Salam Ramadan ya... hari ini dah 16 hari kita berpuasa. Alhamdulillah.... cepat juga ya...tup tup dah pun 16 hari. Dah ada yang sibuk-sibuk buat persiapan untuk berhari raya? Baju raya... kuih raya... hehe... mesti dah ada yang sibuk membeli-belah kan. Bagus juga prepare awal-awal... kalau lambat-lambat takut nanti kelam-kabut pula. Yang paling sedih kalau nak beli baju dan kasut tengok-tengok saiz dah habis...kan...kan...

Okaylah, nak cerita ni.... ada satu benda yang saya suka sangat kalau time nak raya. Ha... siapa tahu apa dia yang saya suka sangat tu...? Apa dia...? Apa dia...? Hehe... ya betul....

SAYA SUKA SANGAT KUMPUL MAJALAH EDISI BUMPER RAYA

Ini koleksi Edisi Raya 2014
Menarik kan statement saya tu! Setiap tahun saya mesti beli Edisi Bumper Majalah Seri Dewi & Keluarga, Majalah Harmoni, Majalah Hijabista, Majalah Nur, Majalah Mingguan Wanita, Majalah Nona, Majalah Rasa, dan yang paling saya suka time nak raya ni ialah Majalah Media Hiburan. Hehe... Kalau nak diikutkan memang la saya kureng sikit majalah cerita artis-artis ni... tapi kalau Edisi Bumper Raya punya saya mesti beli. Sebab.... saya suka tengok dan baca cerita artis-artis berhari raya, tengok foto keluarga....tengok anak-anak diorang... tengok baju kasut yang macam-macam fesyen tu... eh pendek kata memang saya sukalah!

Kalau uolls nak tahu...best tau Edisi Bumper Raya ni... dah la tebal, ada macam-macam cerita... paling saya suka tengok pelbagai jenis koleksi fesyen hari raya daripada jenama-jenama fesyen yang semua orang tahu memang meletup-letup sekarang ni. Bukan nak beli baju tu pun, just suka belek-belek dan cari idea untuk buat baju sendiri. Yang mana rasa berkenan dan mampu milik tu, boleh la beli kan... yang mahal tahap retis tahap jutawan tu kita cuci mata sajalah. Tapi tak salah kalau kita ambil idea untuk fesyen diri sendiri. Kan...kan...kan... 

Bukan itu saja, koleksi resepi pun banyak. Semua majalah ada segmen resepi. Bukan Majalah Rasa saja tau... jadi banyak lah koleksi resepi yang boleh kita cuba. Tapi saya tak cuba pun lagi la... hehe... simpan dulu... mana tahu nanti bila dah jadi Super Suri bekerja dari rumah mesti ada banyak masa untuk mencuba pelbagai resepi kan... Masa tu memang berguna sangatlah koleksi resepi-resepi ni ;)

Okay, nanti saya akan update koleksi majalah-majalah Edisi Bumper Raya 2015 yang saya dah beli. Dah ada yang beli dah pun, tapi ada juga yang belum beli.

Stay tune yea...

Selamat Berpuasa.

Kurangkan Juadah Lebihkan Ibadah.

~wit♥~



Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadan Al Mubarak 1436H

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Marhaban Ya Ramadan :)

Alhamdulillah... Ramadan datang lagi. Esok seluruh umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia. Pastinya Ramadan yang ditunggu-tunggu ini disambut dengan penuh kesyukuran dan dipenuhi dengan segala bentuk amalan yang pastinya akan memberi ganjaran pahala yang besar.


Jadi di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap. Segala kekurangan itu datangnya daripada diri saya sendiri.

Di sini saya kongsikan doa niat puasa dan doa berbuka puasa. Boleh niat sebulan juga kalau mahu... Memang mudah sahaja kan :D


Okeylah, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan ini mendapat barakah dari-Nya. Ameen...

Selamat Berpuasa.

 ~wit♥~

Thursday, May 14, 2015

#8 Terima Kasih Cikgu - Norhayati Berahim

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...

Menjelang Hari Guru yang bakal disambut pada 16 Mei ini, pasti ramai di antara kita yang tercari-cari hadiah untuk diberikan kepada guru-guru. Jadi saya nak cadangkan kepada semua, apa kata kita hadiahkan buku/novel Terima Kasih Cikgu karya penulis terkenal Norhayati Berahim.



Buku ini amat sesuai dibaca bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga ibu bapa dan guru-guru. Kira buku ni perlu dibaca dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Saya kongsi sedikit sedutan daripada buku ini.


Semua yang mendengar ketawa. Begitu juga Rusdi yang tersipu-sipu malu mengetahui yang lelaki duduk di sebelah kirinya sebentar tadi adalah cikgu.
“Maaf, cikgu.”
“Hesy, tak payahlah panggil cikgu. Panggil pak cik. Kamu tak perlu ikut cakap Si Jimmy tu, sesuka hati dia saja nak panggil. Kadangkala panggil pak cik, kadang cikgu, kadang Mat, kadangkala Yatim. Pernah dia panggil pak cik, abang. Bila masa pak cik kahwin dengan adik dia, entah.”
Sekali lagi, semua yang mendengar guruan Cikgu Mat Yatim itu ketawa besar. Jimmy yang sedang menyuap bihun hampir tersedak mendengarnya.
“Hormatlah, Yatim. Aku panggil kau abang walau aku lebih tua daripada kau sebab aku tahu kau banyak ilmu daripada aku.”
“Ilmu apa yang aku ada?”
Tanya Cikgu Mat Yatim. Lebih separuh surau itu sudah dicat oleh mereka. Dia sangat puas hati. Bahkan kerja-kerja itu dilakukan dengan sangat berjaya sekali.
Kata Hasna, lepas cat kering nanti dia mahu menggantung langsir baharu. Langsir yang berbunga ros itu walau orang lain tidak pernah menggantungnya di surau, tetapi cantik dan kena dengan cat hijau surau itu.
“Banyak ilmu kau ada, ilmu dapat anak ramai. Aku anak dua orang saja, kau sampai tujuh.”
Kelakar Jimmy separuh mengusik. Riuh surau itu dengan suara-suara ceria dan gelak ketawa.
“Itu ilmu tak perlu dituntut. Itu bantai saja.”

Ha, best kan. Walaupun sedikit sahaja, tapi saya suka dengan gaya bahasa yang digunakan. Setiap ayat yang digunakan adalah ayat yang baik-baik dan penuh dengan ilmu. Bak kata penulis buku ini,


Seorang guru bukan kerjanya menghias kelas sahaja..
Tetapi seorang guru cuba membantu anak anak muridnya menjadi baik..
Seorang guru sentiasa memberi makanan dijiwa anak anak muridnya..
Seorang guru tidak pernah berkata "asyik asyik nak suruh cikgu.."
Bahkan Cikgu Mat Yatim guru yang sentiasa menerima apa sahaja masalah murid untuk dibantu kerana dia menganggap itu pahala buatnya..
(sumber: Facebook NB Kara)

Jadi, kepada sesiapa yang ingin memiliki buku ini bolehlah beli terus daripada pihak NB Kara. Hadiahkan Guru anak-anak anda untuk menghargai segala jasa dan penat lelah mereka mendidik anak-anak kita.

PM di NB Kara Sdn. Bhd.
RM23/26 postage percuma.
Bayaran boleh dibuat melalui Maybank Norhayati Berahim 164267408855.

Sekian dahulu untuk kali ini. Jumpa lagi.


~wit♥~

Saturday, May 9, 2015

POPULAR - BH Anugerah Pilihan Pembaca 2015

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...



Baca untuk Undi,
Undi untuk Menang!

Anugerah Pilihan Pembaca 2015 kembali lagi. Siapa yang akan memenanginya? Pilihan adalah di tangan anda. Jika anda mahu penulis kesayangan anda dan buku kesukaan anda menang, apa tunggu lagi. Jom lah kita undi.

Mudah sahaja!

Log masuk ke http://bookfest.popular.com.my/anugerahpilihanpembaca dan undi tiga buku kegemaran anda dalam kategori fiksyen dan bukan fiksyen untuk mereka memenangi POPULAR - BH Anugerah Pilihan Pembaca 2015.

Undi anda akan membantu mereka menang!


Hadiah yang menarik turut menanti anda. 100 pengundi yang bertuah akan membawa pulang RM50 POPULAR voucher dan kad keahlian POPULAR selama satu tahun. Best kan!


Jadi jangan lupa undi tau!! 


 ~wit♥~

Monday, April 20, 2015

Jemputan Ke Majlis Pelancaran Novel AIT2

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Yeay...kad jemputan ke Majlis Pelancaran Novel Andai Itu Takdirnya 2 karya Siti Rosmizah dah pun sampai. Excited sangat-sangat nih.... memang suka sangat attend majlis yang dianjurkan oleh SR sebab majlis diorang memang sempoi, memang happening.

Seperti yang tertera di kad, majlis ini akan diadakan pada 25 April. Berapa hari jer lagi tu...pejam celik pejam celik dah pun hari sabtu. So kita jumpa di sana tau...

Pada sesiapa yang order novel AIT2, pihak D' Rauna Gallery akan cuba untuk mendapatkan tanda tangan SR. Kita akan cuba sehabis baik... sebab dah check jadual SR... memang jenuh la nak kejar sebab clash dengan penulis-penulis di booth lain. Tapi tak apa, tak dapat kejar hari ni saya kejar esok pulak. Hehe...yang penting cuba yang terbaik untuk fan-fan tersayang. Cewahh!!

Okey, sebelum kita peluk AIT2 apa kata kita belek cover novel ni dulu puas-puas.



~wit♥~

Wednesday, April 15, 2015

PBAKL 2015

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Pesta Buku PWTC 09 hari lagi!

Jangan lupa datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 yang akan bermula pada 24 April 2015 hingga 03 Mei 2015 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur. Datang beramai-ramai memeriahkannya kerana terdapat beratus-ratus booth dari pelbagai penerbit dalam dan luar negara serta terdapat pelbagai aktiviti yang amat menarik disediakan oleh pihak penganjur untuk semua pengunjung.

Sekiranya anda tersesat atau tidak dapat mencari booth, bolehlah rujuk kepada pelan yang biasanya dipaparkan pada setiap level. Anda boleh juga bertanya kepada Duta Buku yang telah dilantik oleh pihak penganjur untuk membantu memberi tunjuk arah ke lokasi booth yang ingin ditujui. Yang penting, jangan malu bertanya kerana yang pastinya anda akan dilayan dengan senyuman mesra.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang pihak D' Rauna Gallery juga tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke PBAKL kali ini. Nantikan update daripada kami ya :)

Okey, jumpa di sana ^_^

~wit♥~

Monday, November 17, 2014

Bengkel Penulisan Novel Fiksyen

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ya...berita baik untuk semua. Nak tahu tak...? Akhirnya setelah sekian lama, satu Bengkel Penulisan Novel Fiksyen akan diadakan di Kulim Kedah. Tempat tinggal saya la tu ^_^

Jadi, saya dengan suka citanya nak war-warkan kat sini. Maklumlah, selama ni saya pasti ramai yang bertanya bila nak buat bengkel penulisan kat Kulim ni. Asyik buat kat KL/Selangor nun saja. Jauh la pulak kalau nak join pun... betul tak..?

Bengkel ini akan dikendalikan oleh Cikpuan Nor Liana Omar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penerbitan. Bukan itu sahaja, Web Sutera, seorang penulis novel fiksyen sejarah dan buku motivasi juga akan berkongsi ilmu nanti. Jadi, bila dah ada peluang ni apa kata kita serbu ramai-ramai. Tempat hanya terhad untuk 30 orang peserta sahaja. Kena rebut cepat la.

Boleh refer info di bawah untuk maklumat lanjut tentang bengkel ini

Bengkel Penulisan Novel Fiksyen

Tarikh : 14 Disember 2014
Hari : Ahad
Masa : 8:30am - 5pm
Lokasi : Hotel Seri Malaysia Kulim Kedah

Daftar segera! Hubungi Cik Adeelia - 0195054973


Kita jumpa di sana.


~wit♥~

Friday, October 17, 2014

10 Tips Penjagaan Buku

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hello pembaca semua...

Okay, hari ini saya ingin berkongsi tentang tips penjagaan buku. Tips ini memang menjadi amalan saya, yelah... kan buku saya banyak... dah tu pula saya kan buat sewa buku/pinjaman... jadi memang kena jaga betul-betul la. Baru boleh tahan lama... betul tak..? ;)

Mungkin tips yang saya nak kongsikan ini memang dah pun menjadi amalan pencinta-pencinta buku. Tapi saya tetap nak share juga... kalau ada yang lain nanti bolehlah kita berkongsi pandangan;)

Okay, jom kita tengok cara saya jaga buku saya.


1. BALUT BUKU - balut buku dengan kemas menggunakan plastik buku. Membalut buku dapat memelihara kulit buku daripada rosak terutamanya di bahagian tepi-tepinya. Ia juga dapat mengelakkan buku kita terutamanya bahagian muka buku daripada terkena debu dan apa sahaja kekotoran. Pemilihan plastik juga amat penting. Pilihlah plastik yang berkualiti dan tahan lama. Plastik yang nipis dan berkualiti rendah mudah koyak dan cepat bertindak balas terhadap haba. Jadi, pilihlah plastik yang tahan lama untuk menjimatkan kos dan masa. Tak perlulah nanti asyik kena tukar plastik saja.

2. ELAKKAN BUKU TERDEDAH KEPADA HABA PANAS - Elakkan daripada meletak buku di tepi tingkap atau tempat panas. Ini kerana ia boleh menyebabkan buku melengkung dan permukaannya tidak rata. Kadang-kala permukaan buku juga boleh kelihatan mengelembung dan plastiknya terkeluar. Bukan itu sahaja, buku yang terdedah lama kepada kepanasan juga boleh menyebabkan kertas menjadi kekuningan. Macam buku lama pula.

3. SIMPAN BUKU DI RAK BUKU - Sediakan rak buku untuk menyimpan semua buku-buku anda. Jangan biasakan dengan meletak buku di merata-rata kerana ia boleh menyebabkan buku terlipat dan rosak sekiranya anda lambat menyusunnya. Dengan adanya rak, kita boleh terus menyimpan buku yang baru dibeli. Rak buku bercermin lebih elok kerana ia boleh mengelakkan buku daripada cepat berhabuk dan berdebu. Tapi kalau kurang budget tu, macam saya la... guna rak biasa pun tak apa asalkan kita rajin mengelapnya.

4. ATUR BUKU SECARA MENEGAK - Buku seelok-eloknya disusun secara menegak atau dalam erti kata lain secara berdiri. Ini akan memudahkan kita mengambilnya. Kalau ada buku yang terlebih tinggi dan tak muat rak buku kalau nak susun secara berdiri, barulah disusun secara baring. tapi kalau boleh elakkanlah.

5. LETAK PENGHADANG BUKU - Jangan lupa letak penghadang buku tau sekiranya buku yang disusun belum penuh di rak. Ini sebenarnya untuk mengelakkan buku kita rosak sebab tanpa penghadang ia tidak dapat berdiri dengan baik. Lama-kelamaan buku kita boleh menjadi senget. Kan dah tak elok. Penghadang buku ni ada dijual di kedai buku, ada yang kecil dan ada yang besar. Pilihlah mengikut kesesuaian.

6. SUSUN BUKU MENGIKUT KATEGORI - Sebaik-baiknya, susun buku mengikut kategori masing-masing supaya mudah untuk mencarinya pada masa hadapan. Kalau bilangan buku kita sedikit mungkin ia tak menjadi masalah tapi bayangkan kalau buku kita banyak, pasti susah nak cari satu-satu buku tu kan. Jadi, susunlah sebelum kita kena susun dua tiga kali ;) Kalau nak susun pun boleh ikut kreativiti kita. Macam saya, saya susun buku mengikut kategori. Ada novel kreatif, novel remaja, novel kanak-kanak, bacaan umum, resepi, majalah dan lain-lain lagi. Jadi bila nak cari buku resepi ke, terus pergi ke rak buku resepi saja. Memang mudah kan!

7. LETAK LABEL PADA BUKU - Label ni maksud saya letak nombor siri pada buku. Ini juga bertujuan untuk memudahkan kita mencari sesuatu buku itu. Bila dah letak nombor siri tu, buatlah satu senarai buku-buku tersebut menggunakan Ms. Excel dengan memuatkan segala maklumat berkaitan buku tersebut. Contohnya, nombor siri, judul buku, pengarang, penerbit dan sebagainya. Bila nak cari buku, cuma check no siri dan terus pergi ambil di rak yang sepatutnya. Namun harus diingat, bila dah letak label tu... susun pun kena ikut label lah. Then only it will works. Okay.

8. JANGAN LIPAT BUKU KETIKA MEMBACA - Sesetengah orang suka melipat buku ketika membaca. Ini adalah amalan yang tidak baik untuk buku. Kalau nak baca buku, bukalah betul-betul permukaannya tu. Lagi satu bila berhenti membaca, gunalah penanda buku. Jangan suka lipat mukasurat buku untuk menandanya ataupun meletak sebentar buku dengan membiarkannya terbuka menghadap lantai. Ini juga boleh menyebabkan binding buku menjadi rosak. Silap-silap boleh lekang pula.

9. AWASI SERANGGA PEROSAK - Pastikan rumah sentiasa bersih dan bebas daripada serangga perosak seperti tikus, lipas, cicak dan anai-anai. Sekiranya rumah kita ada serangga tersebut, pastikan kita sentiasa menjaga rak buku kita dengan mengelapnya setiap hari. Kalau terlebih rajin, lap buku-buku kita satu-persatu.

10. SAYANGI BUKU KITA - Ini adalah tips yang amat penting. Sayangi buku anda... bila dah sayang pasti kita akan menjaganya dengan sebaik-baiknya ^_^


~wit♥~

Wednesday, July 30, 2014

Salam Eid Mubarak Syawal 1435H.

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
Salam Eid Mubarak Minal Aidin Wal Faizin
Salam Lebaran
Selamat beraya...○♥○

Kami di D' Rauna Gallery mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh umat Islam yang menyambut hari raya, teristimewa sekali kepada fans D' Rauna Gallery. Jangan lupa bermaaf-maafan sesama kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang jauh kita dekatkan, yang renggang kita rapatkan. Semoga kita semua bergembira di hari raya.

Dalam kita bergembira, D' Rauna Gallery tidak lupa menyediakan bahan bacaan untuk para tetamu. Majalah edisi khas Syawal penyeri hari raya. Bacalah walau di mana sahaja kita berada.





Salam Eid Mubarak Syawal 1435H.

~wit♥~

Thursday, July 3, 2014

Salam Ramadan Al-Mubarak 1435H

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

Hari ini genap 5 Ramadan kita berpuasa. Terasa masa begitu cepat berlalu. Namun rasanya masih belum terlewat untuk D' Rauna Gallery mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya fans D' Rauna Gallery. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, bahkan juga daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Jadi, jaga mata, jaga mulut dan jaga telinga. Dan jagalah semuanya. Yang paling penting sekali jangan culas solat kerana solat itu tiang agama. Jika tiada tiang bagaimana pahala puasa hendak berpaut. Pasti jatuh berderai dan akhirnya tiada apa yang tinggal untuk kita hitung di alam sana. Wallahualam.

Selamat berbuka dan selamat bersahur ^__^

 ~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...