Thursday, December 31, 2015

Terima Kasih 2015, Selamat Datang 2016!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Inilah entri terakhir di tahun 2015.

Terima kasih 2015... 
Terima kasih buat semua fan-fan yang ohsem... segala kenangan kita bersama akan terpahat kemas di ingatan. Semoga ukhwah kita akan sentiasa berpanjangan.

Teruskan bersama kami untuk sesuatu yang lebih lagi... pastinya lebih 'rare' daripada biasa...

Nanti kita update buku-buku yang amat 'rare' yang menjadi koleksi kami untuk tahun 2016.

Di kesempatan ini pihak D' Rauna Gallery memohon maaf atas segala kekurangan. Semoga 2016 yang datang membawa seribu rahmat buat kita semua.


Terima kasih semua. Teruskan membaca!

~wit♥~

Monday, November 9, 2015

Misi Memburu Novel Sara Aisha [2] Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....

[1] Pembuka Hati
[2] Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu



Okay, fan-fan tersayang. Novel kedua karya Sara Aisha yang menjadi penghuni rak putih D'Rauna Gallery dah pun selamat dalam genggaman. Inilah dia novel Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu. Novel ni dari hari tu kat PWTC lagi nak beli tapi tak terbeli. So sekarang ni saya serbu kedai buku Hasani Books, Kulim Landmark. Nasib baik ada... Memang rezeki uolls babe...

Spot the novel
Lokasi: Hasani Books, Kulim Landmark 
Novel ni nampak gayanya macam best jer sebab ada link-link dengan Thailand. Mesti best kan... dah tu pulak genre dia thriller kot... i like!! So tak yah cakap banyak, Kena cepat baca novel ni. Nanti bila saya dah baca baru saya review dan bagi sinopsis. Hokeeh. Uolls pun beli la novel ni tau. Terjah jer kedai buku yang berdekatan. InsyaAllah ada stok. Okay, sebelum apa-apa pun kena ambil mood dulu... jom kita snap pic novel ni dengan mug Thailand. Hehehe...


Okay, kita jumpa lagi dalam Misi Memburu Novel Sara Aisha [3].

Happy Reading :) 

~wit♥~

Wednesday, November 4, 2015

Giveaway CINTA By CN

Teks: D' Rauna Gallery
Sumber: cekgunorazimah.com/2015/10/giveaway-cinta-by-cn.html


Giveaway CINTA by CN


giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak? 


Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN : 


1. Follow blog CikguNorazimah

2. Add To Circle  G+CikguNorazimah


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"  

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


~wit♥~

Saturday, October 31, 2015

Misi Memburu Novel Sara Aisha [1] Pembuka Hati

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....

[1] Pembuka Hati


Ini novel pertama yang menjadi koleksi rak putih D' Rauna Gallery. Saya beli novel ni masa PBAKL 2015 yang lalu. Novel ni merupakan sambungan daripada novel Jodoh Itu Milik Kita. Oleh sebab saya belum beli novel Jodoh Itu Milik Kita jadi saya hold dulu untuk baca novel ni. Kena baca ikut sekuel baru boleh feeling terlebih :)

Saya tahu novel Jodoh Itu Milik Kita dah diadaptasikan ke drama, tapi masalahnya saya tak tengok drama tu. Sebab rumah saya tak ada Astro. Jadi nak tak nak kena beli juga la. Nama pun Misi Memburu Novel Sara Aisha kan... jadi tak boleh culas... kena buru semua kan... Hehe..

Ini kenangan saya semasa beli novel Pembuka Hati. Pertama kali bertentang mata dengan Sara Aisha yang kecil molek dan ada iras-iras kawan saya.



Nak sinopsis novel ni? Nanti lepas habis baca saya akan review dan bagi sinopsis hokeeh. Okaylah, sekian dulu... kita jumpa lagi dalam Misi Memburu Novel Sara Aisha [2].

~wit♥~

Friday, October 30, 2015

Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2015

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...



Yeay! Yeay! Jualan Gudang Karangkraf kembali lagi. Bermula hari ini, 30 Oktober 2015 hingga 8 November 2015 bertempat di perkarangan Kumpulan Media Karangkraf Seksyan 15 Shah Alam. Jom semua kita pakat-pakat serbu. Ada bermacam-macam diskaun yang menarik menanti anda semua. Memang berbaloi-baloi... Memang rugi tau siapa yang tak pergi.... 

Saya? Memang sedih sekali sebab saya tak dapat pergi kali ini. Masa tak begitu mengizinkan. Sebab tu saya nak war-warkan kat sini... sebab saya nak awak-awak semua pergi... cewahh!! Eh, betul la... awak-awak semua pergi tau... Bukan sahaja dapat beli buku, majalah dan novel dengan harga yang amat murah bahkan juga dapat bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis kesayangan. Best kan.


Okay, kat sini saya nak berkongsi info tentang diskaun-diskaun yang menarik yang menanti anda pada Jualan Gudang Akhir Tahun kali ini. Jangan lupa sediakan senarai buku yang hendak dibeli berpandukan info-info ini. Nanti sampai sana boleh terus terjah sahaja. :)














Ini cuma sebahagian sahaja pakej diskaun yang sempat saya cari untuk anda semua. Untuk info lanjut bolehlah layari facebook Alaf21, Buku Prima, Kumpulan Media Karangkraf dan juga facebook penulis-penulis Grup Buku Karangkraf sebab kat sana ada banyak info yang diwar-warkan.

Enjoy yea dan selamat berbelanja.


~wit♥~

Thursday, October 29, 2015

Drama Adaptasi Kau, Aku, Kita

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello Pembaca semua...



KAU, AKU, KITA

Mulai 28 Oktober 2015
Rabu & Khamis
9pm Slot Lestari TV3

Barisan Pelakon:
Syarul Ridzwan - Aus
Janna Nick - Iman
Isey Fazlisham - Mus
Adeline Tsen - Dr Aireenie

Sape tengok Episod 1 drama adaptasi Kau, Aku, Kita? Okay, saya dah tengok semalam... memang best. Sebenarnya saya memang selalu follow update pasal drama ni melalui akaun FB Puan Sheila Rusly. Jadi memang tunggu sangat lah drama ni disiarkan.

Kalau nak diikutkan sebelum ni saya tak tahu drama ni adaptasi novel karya Orkid Edyliyne. Yang buatkan saya follow cerita pasal drama ni... sudah tentulah Puan Sheila Rusly punya pasal. Saya suka sangat drama yang ada kaitan dengan beliau atau Jinggo atau JS Pictures. Sebab setakat ni drama-drama beliau memang tak pernah mengecewakan.

Jadi, nampak gayanya lepas ni kena pi beli novel ni lah. Hasil karya yang baik harus dijadikan koleksi. Betul tak?!




SINOPSIS NOVEL KAU, AKU, KITA
Mengisahkan dua insan yang mempunyai nama yang sama namun berlainan jantina, Iman Firdaus. Mereka bertemu secara tidak disengajakan apabila berlaku peristiwa yang agak lucu di mana salah seorang dari mereka diserang mafia. Iman Firdaus atau Aus (Lelaki) melarikan diri dari mafia tersebut kerana menyangka mafia itu mengejar dirinya, padahal Mafia itu sedang mengejar Iman Firdaus atau Iman (perempuan) sambil menjerit ‘Iman Firdaus’.

Aus dipaksa untuk berkahwin dengan calon pilihan bapanya, namun Aus tidak mahu mengahwini perempuan pilihan bapanya itu dan Aus mendapat idea dimana beliau mahu Iman mengahwininya. Kehidupan Iman tidak seperti Firdaus, Iman seorang yatim piatu dan melalui kehidupan yang susah sedangkan pelajarannya pula entah ke mana.

Maka satu perjanjian perkahwinan telah dimeterai oleh mereka. Namun ia hanyalah perjanjian yang sekadar di mulut.

Menarik kan? Bagaimana kesudahan kisah dua Iman ini? Jangan lupa janji temu kita setiap Rabu dan Khamis di Slot Lestari TV3.

Selamat Menonton.

~wit♥~

Ena Mencari 10 Blogger Bertuah!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: www.aeinnamusa.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...



KLIK BANNER UNTUK JOIN


~wit♥~

Tuesday, October 27, 2015

Amalan Pembuka Rezeki

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hello pembaca semua...

Sebelum mulakan kerja apa kata kita amalkan amalan pembuka rezeki macam kat bawah ni. InsyaAllah.... semoga rezeki kita melimpah ruah...
Ameen......


~wit♥~

Monday, October 26, 2015

PRE Order Online Milik Engkau Saja Kini Dibuka!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: aciklananovel.blogspot.my/2015/10/pre-order-online-milik-engkau-saja-kini.html?m=1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...

BERITA BAIK! BERITA BAIK!

LAI...LAI...


PRE Order Online untuk novel Milik Engkau Saja karya Acik Lana kini telah dibuka. Cepat-cepat order yer kengkawan...

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk link berikut:






~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...