Saturday, October 31, 2015

Misi Memburu Novel Sara Aisha [1] Pembuka Hati

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....

[1] Pembuka Hati


Ini novel pertama yang menjadi koleksi rak putih D' Rauna Gallery. Saya beli novel ni masa PBAKL 2015 yang lalu. Novel ni merupakan sambungan daripada novel Jodoh Itu Milik Kita. Oleh sebab saya belum beli novel Jodoh Itu Milik Kita jadi saya hold dulu untuk baca novel ni. Kena baca ikut sekuel baru boleh feeling terlebih :)

Saya tahu novel Jodoh Itu Milik Kita dah diadaptasikan ke drama, tapi masalahnya saya tak tengok drama tu. Sebab rumah saya tak ada Astro. Jadi nak tak nak kena beli juga la. Nama pun Misi Memburu Novel Sara Aisha kan... jadi tak boleh culas... kena buru semua kan... Hehe..

Ini kenangan saya semasa beli novel Pembuka Hati. Pertama kali bertentang mata dengan Sara Aisha yang kecil molek dan ada iras-iras kawan saya.



Nak sinopsis novel ni? Nanti lepas habis baca saya akan review dan bagi sinopsis hokeeh. Okaylah, sekian dulu... kita jumpa lagi dalam Misi Memburu Novel Sara Aisha [2].

~wit♥~

Friday, October 30, 2015

Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf 2015

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...



Yeay! Yeay! Jualan Gudang Karangkraf kembali lagi. Bermula hari ini, 30 Oktober 2015 hingga 8 November 2015 bertempat di perkarangan Kumpulan Media Karangkraf Seksyan 15 Shah Alam. Jom semua kita pakat-pakat serbu. Ada bermacam-macam diskaun yang menarik menanti anda semua. Memang berbaloi-baloi... Memang rugi tau siapa yang tak pergi.... 

Saya? Memang sedih sekali sebab saya tak dapat pergi kali ini. Masa tak begitu mengizinkan. Sebab tu saya nak war-warkan kat sini... sebab saya nak awak-awak semua pergi... cewahh!! Eh, betul la... awak-awak semua pergi tau... Bukan sahaja dapat beli buku, majalah dan novel dengan harga yang amat murah bahkan juga dapat bertemu dan beramah mesra dengan penulis-penulis kesayangan. Best kan.


Okay, kat sini saya nak berkongsi info tentang diskaun-diskaun yang menarik yang menanti anda pada Jualan Gudang Akhir Tahun kali ini. Jangan lupa sediakan senarai buku yang hendak dibeli berpandukan info-info ini. Nanti sampai sana boleh terus terjah sahaja. :)














Ini cuma sebahagian sahaja pakej diskaun yang sempat saya cari untuk anda semua. Untuk info lanjut bolehlah layari facebook Alaf21, Buku Prima, Kumpulan Media Karangkraf dan juga facebook penulis-penulis Grup Buku Karangkraf sebab kat sana ada banyak info yang diwar-warkan.

Enjoy yea dan selamat berbelanja.


~wit♥~

Thursday, October 29, 2015

Drama Adaptasi Kau, Aku, Kita

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello Pembaca semua...



KAU, AKU, KITA

Mulai 28 Oktober 2015
Rabu & Khamis
9pm Slot Lestari TV3

Barisan Pelakon:
Syarul Ridzwan - Aus
Janna Nick - Iman
Isey Fazlisham - Mus
Adeline Tsen - Dr Aireenie

Sape tengok Episod 1 drama adaptasi Kau, Aku, Kita? Okay, saya dah tengok semalam... memang best. Sebenarnya saya memang selalu follow update pasal drama ni melalui akaun FB Puan Sheila Rusly. Jadi memang tunggu sangat lah drama ni disiarkan.

Kalau nak diikutkan sebelum ni saya tak tahu drama ni adaptasi novel karya Orkid Edyliyne. Yang buatkan saya follow cerita pasal drama ni... sudah tentulah Puan Sheila Rusly punya pasal. Saya suka sangat drama yang ada kaitan dengan beliau atau Jinggo atau JS Pictures. Sebab setakat ni drama-drama beliau memang tak pernah mengecewakan.

Jadi, nampak gayanya lepas ni kena pi beli novel ni lah. Hasil karya yang baik harus dijadikan koleksi. Betul tak?!




SINOPSIS NOVEL KAU, AKU, KITA
Mengisahkan dua insan yang mempunyai nama yang sama namun berlainan jantina, Iman Firdaus. Mereka bertemu secara tidak disengajakan apabila berlaku peristiwa yang agak lucu di mana salah seorang dari mereka diserang mafia. Iman Firdaus atau Aus (Lelaki) melarikan diri dari mafia tersebut kerana menyangka mafia itu mengejar dirinya, padahal Mafia itu sedang mengejar Iman Firdaus atau Iman (perempuan) sambil menjerit ‘Iman Firdaus’.

Aus dipaksa untuk berkahwin dengan calon pilihan bapanya, namun Aus tidak mahu mengahwini perempuan pilihan bapanya itu dan Aus mendapat idea dimana beliau mahu Iman mengahwininya. Kehidupan Iman tidak seperti Firdaus, Iman seorang yatim piatu dan melalui kehidupan yang susah sedangkan pelajarannya pula entah ke mana.

Maka satu perjanjian perkahwinan telah dimeterai oleh mereka. Namun ia hanyalah perjanjian yang sekadar di mulut.

Menarik kan? Bagaimana kesudahan kisah dua Iman ini? Jangan lupa janji temu kita setiap Rabu dan Khamis di Slot Lestari TV3.

Selamat Menonton.

~wit♥~

Ena Mencari 10 Blogger Bertuah!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: www.aeinnamusa.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...



KLIK BANNER UNTUK JOIN


~wit♥~

Tuesday, October 27, 2015

Amalan Pembuka Rezeki

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hello pembaca semua...

Sebelum mulakan kerja apa kata kita amalkan amalan pembuka rezeki macam kat bawah ni. InsyaAllah.... semoga rezeki kita melimpah ruah...
Ameen......


~wit♥~

Monday, October 26, 2015

PRE Order Online Milik Engkau Saja Kini Dibuka!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: aciklananovel.blogspot.my/2015/10/pre-order-online-milik-engkau-saja-kini.html?m=1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...

BERITA BAIK! BERITA BAIK!

LAI...LAI...


PRE Order Online untuk novel Milik Engkau Saja karya Acik Lana kini telah dibuka. Cepat-cepat order yer kengkawan...

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk link berikut:






~wit♥~

Friday, October 23, 2015

Segmen: Saya Sayang Blog Saya

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: www.ayuinsyirah.my/

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ya, saya sayang blog saya!

:)


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam Sayang:)

~wit♥~

Friday, October 16, 2015

Misi Memburu Novel Sara Aisha

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...


Siapa peminat novelis Sara Aisha?? Wah... terujanya!

Untuk makluman semua, pihak D' Rauna Gallery sudah mula menjalankan satu misi khas buat fans tersayang iaitu..

Misi Memburu Novel Sara Aisha

Okey, kenapa saya menjalankan misi ini?
Sebab... saya dah mula jatuh cinta dengan karya Cik SA kita ni sejak follow Salju Kyoto. 

Sebenanrnya, memang saya dah kenal dengan Cik SA tapi belum kenal baik dengan karya-karya beliau. Novel pertama beliau yang saya beli ialah novel Pembuka Hati iaitu sambungan kepada novel Jodoh itu Milik Kita. Tapi masalahnya sampai sekarang saya belum baca lagi. Hehe..

Tapi sejak saya follow karya beliau yang berjudul Salju Kyoto kat blog dan wattpad, terus saya jatuh cinta. Bukan sahaja kat AK tapi juga kat Cik SA;) Sebab itulah misi ni muncul.

Okey, stay tune untuk berita selanjutnya ><


~wit♥~

Thursday, October 15, 2015

Zurinah Hassan Dipilih Sasterawan Negara Ke-13.

Teks: D' Rauna Gallery
Sumber: www.bharian.com.my


Zurinah Hassan dipilih Sasterawan Negara ke-13


Sekalung Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr Zurinah Hassan diatas penerimaan Anugerah Sasterawan Negara Ke-13. Beliau merupakan Sasterawan Negara Wanita yang pertama.

TAHNIAH.


~wit♥~

Segmen: Jom Tambah Follower

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: jmbelog.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya nak join segmen Jom Tambah Follower. Hope lepas ni dapat kenal ramai kawan baru :)


KLIK BANNER UNTUK JOIN

~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...