Thursday, March 20, 2014

#7 E-Book Rautan Takdir - Monalita Mansor

Teks: D' Rauna Gallery
Sumber: http://iammasitahsamsudin.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Saya sedang membaca e-book Rautan Takdir karya Monalita Mansor. Ia adalah sebuah kumpulan 15 cerpen yang bertemakan kasih sayang dan ketuhanan. Setiap cerpen yang dimuatkan adalah cerpen-cerpen terbaik yang memaksa saya untuk mengulangi pembacaan dua tiga kali, barulah saya dapat memahami sepenuhnya.

Tetapi makin lama saya membaca, dari satu cerpen ke satu cerpen, kerap kali saya berhenti dan berfikir; dari mana penulis ini mendapat idea yang begitu cantik pada pemikiran saya. Dari mana? Bagaimana? Hati saya terasa kagum sangat-sangat. Idea yang digarap pada saya amat berat dan hanya penulis yang baik mampu menggarap idea yang berat menjadi sebuah karya yang terbaik.

Mnm... luahan ini ditulis disaat saya membaca cerpen bertajuk Si Manis. Cerpen ke-sebelas dalam karya Rautan Takdir. Terlalu kagum sehingga terdetik untuk meluahkannya di sini.

Syabas buat penulis ini. Semoga terus maju dan menghasilkan karya-karya bermutu yang memberi manfaat buat pembaca semua. Nantikan ulasan saya untuk karya ini pada entri seterusnya.

#saya turut memasang impian untuk menjadi penulis sebegini.
#doakan saya.

~wit♥~


Tuesday, February 11, 2014

New Arrival May - Dec 2013

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hello pembaca semua....

D' Rauna Gallery nak share buku-buku baru yang dah lama berada di dalam koleksi sejak May tahun lepas. We all minta maaflah...sebab memang busy sgt sampaikan xsempat nak update. Tapi we all akan cuba untuk keep updated untuk tahun ni. Ok?

So, kepada sesiapa yang terlepas pandang tu....jom kita review ramai2. Hokeeh.... ;)

NOVEL KREATIF








Kepada yang berminat nak sewa tu, jangan malu-malu untuk ke D' Rauna Gallery. Kalau nak PM dulu pun boleh.

Facebook - D' Rauna Gallery
PM/Whatsapp/Viber - 018-4044132

Untuk maklumat lanjut, sila ke link di bawah.

http://draunagallery.blogspot.com/p/katalog.html

Okey daa....happy view ;)

~wit♥~

Monday, February 10, 2014

We Are Back!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hello pembaca semua...

Yes, we are back. Kami dah kembali beroperasi seperti biasa. So, kami nak ucapkan terima kasih banyak2 atas kesabaran anda. Kepada sesiapa yang dah rindu nak baca buku-buku koleksi D' Rauna Gallery...dijemputlah yer.

Untuk pengetahuan semua, D' Rauna Gallery terpaksa mengubah waktu operasi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Di bawah ini ialah waktu operasi baru:

Saturday : 6-7pm
Sunday : 10am-12pm & 6-7pm

Tapi jangan risau, we all juga akan support for any request during weekdays. Just name it! But of coz after work tao..hehe..Boleh call, PM, Whatsapp, Viber dan yang sewaktu dengannya ;)

Facebook: D' Rauna Gallery
Tel: 018-4044132
Okay..see u there.

~wit♥~

Friday, February 7, 2014

Kisah Alya Dan Nasi Ayamnya

Teks: D' Rauna Gallery
Sumber: www.iammasitahsamsudin.blogspot.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Just nak share denga uolls...Kisah Alya Dan Nasi Ayamnya. So adik2...mak2 adik...boleh baca lah yer :) Kisah ini sedikit sebanyak memberi teladan terutamanya buat adik2 yang suka bercakap kasar dengan mak dan ayah. Ingat...tak baik tau...berdosa tu...kita kena cakap elok2 dengan semua orang, apatah lagi mak ayah kita. Okey?

Ini sedikit dari kisah Alya...

"Assalamualaikum, ibu,” laung Alya sambil menapak satu per satu anak tangga rumah.

“Alya dah balik ni,” kata Alya lagi.

“Waalaikumsalam. Amboi anak ibu ni, dari jauh dah terpekik-pekik. Malulah dekat jiran-jiran. Alya dah besar tau. Jaga tingkah laku tu sikit,” bebel Puan Aini sambil menarik hidung Alya.

Alya tersengih cuma. Begitulah dia. Memang sudah menjadi kebiasaannya untuk berteriak nama ibunya sebaik sahaja pulang dari sekolah. Alya adalah anak tunggal kepada Puan Aini dan Encik Azmi. Dahulu, Alya mempunyai seorang kakak namun kakaknya diserang demam panas dan meninggal dunia sewaktu usianya dua tahun. Semenjak hari itu, Alya ditatang bagaikan minyak yang penuh. Setiap kemahuannya dituruti. Dia dimanja dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga.

“Wah, sedapnya bau! Ibu masak apa hari ini?” tanya Alya.

Belum sempat Puan Aini menjawab Alya sudah pun meluru ke dapur. Tudung saji dibukanya dan matanya menjamah hidangan yang tersedia.

“Wow, nasi ayam!" Alya terus merasa sedikit nasi ayam itu. "Sedapnya. Ibu yang masak ke?"

“Bukan ibu yang masak. Abah yang belikan tadi. Dah, dah, pergi mandi dulu. Lepas tu solat. Nanti kita makan sama-sama.” Puan Aini menasihati anaknya. Alya ada kalanya begitu keanak-anakan walaupun umurnya sudah mencecah sebelas tahun. Kadang-kadang dia merasakan bahawa mereka suami isteri sudah terlebih memanjakan Alya namun apakan daya, Alyalah satu-satunya permata hati mereka yang tinggal. Dialah racun, dialah juga penawar.

Pon! Pon!  

Okey, cukup-cukup. Tak leh lebih-lebih. Nak tahu kisah selanjutnya boleh click link di bawah. Happy Reading semua!  

http://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2014/02/tugasan-berdasarkan-gambar.html  


~wit♥~

Friday, January 24, 2014

#6 E-Book Asas Blog Penulisan - Masayu Ahmad

Teks: D' Rauna Gallery
Sumber: http://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2014/01/ulasan-1-e-book-asas-blog-penulisan.html



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

E-Book Asas Blog Penulisan hasil nukilan Masayu Ahmad merupakan sebuah e-book yang memberi info tentang penghasilan sesebuah blog yang baik dan menarik. Mungkin ramai di antara kita yang tahu bagaimana untuk menghasilkan sebuah blog apatah lagi dengan teknologi masa kini yang memungkinkan segalanya di hujung jari namun, saya pasti tidak ramai yang mampu untuk menghasilkan sebuah blog yang berpengaruh dan dapat menarik ramai traffik untuk berkunjung. Justeru, e-book ini mengupas tentang penghasilan blog dari mula pemilihan nama dan tajuk blog sehinggalah ia mampu berdiri teguh dan menjadi rujukan khusus untuk pembaca.

Bab demi bab disusun secara sistematik untuk memberi panduan yang terbaik buat pembaca terutamanya bagi mereka yang baru mengenali dunia blog. Bukan sahaja info tertentu, bahkan setiap bab turut diselitkan dengan tip-tip penulisan berkaitan yang sudah pasti merupakan rahsia kejayaan penulis dalam bidang penulisan.

Jika melalui blog terdahulu, saya sering menulis secara santai menggunakan bahasa pasar dan bahasa yang bercampur aduk (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) tetapi kini saya memahami akan kepentingan menulis menggunakan gaya bahasa yang betul. Biarpun penulisan secara santai namun harus menggunakan tatabahasa yang betul.

Bukan itu sahaja, e-book ini turut memuatkan panduan untuk menjana idea agar kita dapat menulis setiap hari. Menulis secara konsisten amat penting untuk menarik keghairahan dan kesetiaan pembaca. Memahami dengan mendalam apa yang ingin ditulis juga membantu kita fokus dan sentiasa teruja untuk menulis sesuatu yang segar dan mengandungi idea-idea baru.

Salah satu tip yang amat saya suka ialah menulislah secara spontan yakni catat apa sahaja yang terlintas di kepala. Dari catatan tersebut, pindahkan pula ke dalam blog dan terus publish. Abaikan dahulu seandainya penulisan tersebut salah dari segi tatabahasa atau susun aturnya. Namun, apabila minda kita sudah kembali tenang, lihat kembali entri tersebut, sunting dan tambah baikkan agar ia menjadi sebuah entri yang sempurna.

 

Selain itu, e-book ini turut memuatkan tentang ciri-ciri blog yang berpengaruh. 10 ciri yang dimuatkan amat berguna untuk kita dan menjadi rujukan terbaik dalam menghasilkan blog yang akhirnya boleh membawa kepada penjanaan wang. Salah satunya, blog yang berpengaruh ialah blog yang mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang melampau sehingga melambatkan proses `loading' dan mengganggu pembaca.

Apa yang penting ialah pemikiran untuk berjaya. Kesan peluang melalui matlamat samada matlamat jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Gunakan dan rebut setiap peluang yang muncul di depan mata mahupun di sekeliling kita. Jangan biarkan halangan minda negatif terus mempengaruhi dan merosakkan pemikiran kita sehingga kita gagal mencapai target yang telah ditetapkan.

Melalui e-book ini juga, kita disogok dengan pemikiran bahawa pembaca adalah pelanggan, pelanggan adalah wang dan wang adalah motivasi. Jadi kita harus mengekalkan kesetiaan pelanggan dengan memberi informasi bertepatan dengan kehendak pembaca dan menjadi agen penyelesai masalah mereka.

PEMBACA = PELANGGAN = WANG = MOTIVASI

Sememangnya, e-book ini banyak manfaatnya kepada saya. Justeru saya amat berterima kasih kepada Masayu Ahmad di atas perkongsian ilmu yang amat berharga ini. Kepada semua blogger di luar sana, anda perlu mendapatkan e-book ini seandainya anda mahu blog anda menjadi blog yang berpengaruh dan disukai ramai. E-book ini boleh dibeli di sini.

Selamat Maju Jaya dan Selamat Berblogger.

~wit♥~

Thursday, December 12, 2013

We Are Temporary Closed!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Jangan terkejut dengan tajuk entry kita kali ini yer...calm down..calm down...hehe. Ni nak bagitau ni...D' Rauna Gallery ditutup buat sementara waktu yer, bermula 15 Disember 2013. Kita memberi laluan untuk aktiviti penyusunan semula bahan bacaan....ada banyak buku+majalah yang perlu menjalani sesi terapi...ha...sesi terapi tao....dahsyat tu...dan...sesi audit mengaudit juga akan dijalankan..cewahhh...jangan main-main tao...kita pun ada audit jugak..hehe...

So...seperti yang dimaklumkan...ditutup buat sementara waktu sahaja yer...jangan risau, kita akan maklumkan kemudian bila kita sudah bersedia untuk beroperasi semula...hokeeh...

Okeylah....stay tune for next announcement. Lap U!!


~wit♥~

Wednesday, December 4, 2013

Fenomena Novel Ke Drama

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi dan Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Kali ini saya nak cerita tentang fenomena novel ke drama. Memang dah jadi satu trend kat Malaysia, novel popular diadaptasi ke drama atau filem. Tapi saya nak cerita pasal novel ke drama sahaja sebab lately ada banyak sangat drama2 adaptasi ni ditayangkan di semua stesen televisyen kita. Actually, ia suatu perkembangan yang bagus seandainya plot tidak diubah dan 100% mengikut plot novel. Kalau nak ubah pun bersesuaian dan tidak lari dari cerita asal. Tapi kalau dah ubah 100% sehinggakan pembaca dan peminat tegar sesebuah novel itu merasa kecewa...ini akan memberikan satu imej yang tidak baik untuk pembaca yang belum membaca novel tersebut. Iya kan..? Nanti tak pasal-pasal pembaca lain tak nak baca novel tu sebab diaorang dah tengok edisi drama yang tak best..padahal novel tu sebenarnya best. Eh, berbelit2 pulak...u all faham ke tidak..? hehehe....kira faham la kan...kuang kuang..

Dah banyak novel yang diadaptasikan ke drama. Ada yang menepati plot asal dan ada juga yang lari dari cerita asal. So yang mana sejibik macam kat lam novel kira memang best la.....tambah2 kalau pelakon dia best...memang melekat kat depan tv le kita semua kan. Tapi kalau citer tah hapa-hapa and pelakon lak xbest...memang teruk kena kritik la. Ingat....pembaca novel adalah pengkritik yang paling baik...sebab diaorang dh baca novel tu..so diaorang memang tahu jalan cerita...

Dari pemerhatian saya, pelakon popular, lama atau baharu tak penting...yang penting mereka dapat membawakan watak tu dengan baik. Kalau pelakon baru pun tapi lakonannya berkesan memang menjadilah. Cer tengok drama Love You Mr. Arrogant...Zara Zya tu walaupun dah lama berlakon tapi orang tak kenal dia..since dia bawa watak Zara lam citer ni....semua orang suka and puji....gaya bersahaja dia tu memang best...

Tapi walau apa pun...kita pembaca tegar ni perlu terus memberi sokongan yang padu buat novelis-novelis kesayangan kita...jangan sebab drama yang tak bagus, penulis pulak yang teruk kena hentam. Kadangkala ia bukan salah penulis sebab penulis tidak mempunyai kuasa mutlak dalam pembikinan sesebuah drama walaupun ianya adaptasi dari novel penulis itu sendiri. Cuma lepas ni maybe kena review balik la terms and condition kalau nak amik novel buat drama. Penulis pun kena tahu hak dia ler....

Pendapat saya...dalam banyak2 drama adaptasi, drama Teduhan Kasih, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Sehangat Asmara, Setia Hujung Nyawa, Nora Elena (Kasih Yang Suci) dan Jodoh Itu Milik Kita dan Love You Mr. Arrogant memberi impak yang amat besar dalam industri seni kita. Rata-rata memuji drama ni...kira memang mendapat rating yang amat tinggilah. Drama Playboy Itu Suami Aku pula sedang hangat suam-suam kuku ditayangkan...oppss..hehe.. PISA versi novel memang best sangat tapi versi drama tu memang kesian la...tak berapa nak best la...

Ada banyak lagi novel popular yang diadaptasi ke drama. Banyak yang tengah menunggu tarikh tayangannya. Saya pun dah tak sabar nak tengok...antaranya drama Suami Aku Ustaz, Projek Memikat Suami, Bukan kerana Aku Tak Cinta, drama Ariana Rose dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose, Cucur Bawang Kopi O, Aku Isterinya dari novel Aku Bukan Mistress dan banyak lagi lah...so..stay tune :)

Dan sementara tunggu drama ni nak release...apa kata kita baca novel dia dulu.....u all boleh sewa dari D' Rauna Gallery...hehe...dan lagi promote....tapi jangan risau sebab semua novel popular ni ada dijual di kedai-kedai buku...

Okeylah...dah panjang berjela la pulak post kali ni....kita jumpa lagi di lain waktu...Daa...

~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...