Friday, February 7, 2014

Kisah Alya Dan Nasi Ayamnya

Teks: D' Rauna Gallery
Sumber: www.iammasitahsamsudin.blogspot.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Just nak share denga uolls...Kisah Alya Dan Nasi Ayamnya. So adik2...mak2 adik...boleh baca lah yer :) Kisah ini sedikit sebanyak memberi teladan terutamanya buat adik2 yang suka bercakap kasar dengan mak dan ayah. Ingat...tak baik tau...berdosa tu...kita kena cakap elok2 dengan semua orang, apatah lagi mak ayah kita. Okey?

Ini sedikit dari kisah Alya...

"Assalamualaikum, ibu,” laung Alya sambil menapak satu per satu anak tangga rumah.

“Alya dah balik ni,” kata Alya lagi.

“Waalaikumsalam. Amboi anak ibu ni, dari jauh dah terpekik-pekik. Malulah dekat jiran-jiran. Alya dah besar tau. Jaga tingkah laku tu sikit,” bebel Puan Aini sambil menarik hidung Alya.

Alya tersengih cuma. Begitulah dia. Memang sudah menjadi kebiasaannya untuk berteriak nama ibunya sebaik sahaja pulang dari sekolah. Alya adalah anak tunggal kepada Puan Aini dan Encik Azmi. Dahulu, Alya mempunyai seorang kakak namun kakaknya diserang demam panas dan meninggal dunia sewaktu usianya dua tahun. Semenjak hari itu, Alya ditatang bagaikan minyak yang penuh. Setiap kemahuannya dituruti. Dia dimanja dan disayangi oleh seluruh ahli keluarga.

“Wah, sedapnya bau! Ibu masak apa hari ini?” tanya Alya.

Belum sempat Puan Aini menjawab Alya sudah pun meluru ke dapur. Tudung saji dibukanya dan matanya menjamah hidangan yang tersedia.

“Wow, nasi ayam!" Alya terus merasa sedikit nasi ayam itu. "Sedapnya. Ibu yang masak ke?"

“Bukan ibu yang masak. Abah yang belikan tadi. Dah, dah, pergi mandi dulu. Lepas tu solat. Nanti kita makan sama-sama.” Puan Aini menasihati anaknya. Alya ada kalanya begitu keanak-anakan walaupun umurnya sudah mencecah sebelas tahun. Kadang-kadang dia merasakan bahawa mereka suami isteri sudah terlebih memanjakan Alya namun apakan daya, Alyalah satu-satunya permata hati mereka yang tinggal. Dialah racun, dialah juga penawar.

Pon! Pon!  

Okey, cukup-cukup. Tak leh lebih-lebih. Nak tahu kisah selanjutnya boleh click link di bawah. Happy Reading semua!  

http://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2014/02/tugasan-berdasarkan-gambar.html  


~wit♥~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...