Friday, January 24, 2014

#6 E-Book Asas Blog Penulisan - Masayu Ahmad

Teks: D' Rauna Gallery
Sumber: http://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2014/01/ulasan-1-e-book-asas-blog-penulisan.html



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

E-Book Asas Blog Penulisan hasil nukilan Masayu Ahmad merupakan sebuah e-book yang memberi info tentang penghasilan sesebuah blog yang baik dan menarik. Mungkin ramai di antara kita yang tahu bagaimana untuk menghasilkan sebuah blog apatah lagi dengan teknologi masa kini yang memungkinkan segalanya di hujung jari namun, saya pasti tidak ramai yang mampu untuk menghasilkan sebuah blog yang berpengaruh dan dapat menarik ramai traffik untuk berkunjung. Justeru, e-book ini mengupas tentang penghasilan blog dari mula pemilihan nama dan tajuk blog sehinggalah ia mampu berdiri teguh dan menjadi rujukan khusus untuk pembaca.

Bab demi bab disusun secara sistematik untuk memberi panduan yang terbaik buat pembaca terutamanya bagi mereka yang baru mengenali dunia blog. Bukan sahaja info tertentu, bahkan setiap bab turut diselitkan dengan tip-tip penulisan berkaitan yang sudah pasti merupakan rahsia kejayaan penulis dalam bidang penulisan.

Jika melalui blog terdahulu, saya sering menulis secara santai menggunakan bahasa pasar dan bahasa yang bercampur aduk (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) tetapi kini saya memahami akan kepentingan menulis menggunakan gaya bahasa yang betul. Biarpun penulisan secara santai namun harus menggunakan tatabahasa yang betul.

Bukan itu sahaja, e-book ini turut memuatkan panduan untuk menjana idea agar kita dapat menulis setiap hari. Menulis secara konsisten amat penting untuk menarik keghairahan dan kesetiaan pembaca. Memahami dengan mendalam apa yang ingin ditulis juga membantu kita fokus dan sentiasa teruja untuk menulis sesuatu yang segar dan mengandungi idea-idea baru.

Salah satu tip yang amat saya suka ialah menulislah secara spontan yakni catat apa sahaja yang terlintas di kepala. Dari catatan tersebut, pindahkan pula ke dalam blog dan terus publish. Abaikan dahulu seandainya penulisan tersebut salah dari segi tatabahasa atau susun aturnya. Namun, apabila minda kita sudah kembali tenang, lihat kembali entri tersebut, sunting dan tambah baikkan agar ia menjadi sebuah entri yang sempurna.

 

Selain itu, e-book ini turut memuatkan tentang ciri-ciri blog yang berpengaruh. 10 ciri yang dimuatkan amat berguna untuk kita dan menjadi rujukan terbaik dalam menghasilkan blog yang akhirnya boleh membawa kepada penjanaan wang. Salah satunya, blog yang berpengaruh ialah blog yang mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang melampau sehingga melambatkan proses `loading' dan mengganggu pembaca.

Apa yang penting ialah pemikiran untuk berjaya. Kesan peluang melalui matlamat samada matlamat jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Gunakan dan rebut setiap peluang yang muncul di depan mata mahupun di sekeliling kita. Jangan biarkan halangan minda negatif terus mempengaruhi dan merosakkan pemikiran kita sehingga kita gagal mencapai target yang telah ditetapkan.

Melalui e-book ini juga, kita disogok dengan pemikiran bahawa pembaca adalah pelanggan, pelanggan adalah wang dan wang adalah motivasi. Jadi kita harus mengekalkan kesetiaan pelanggan dengan memberi informasi bertepatan dengan kehendak pembaca dan menjadi agen penyelesai masalah mereka.

PEMBACA = PELANGGAN = WANG = MOTIVASI

Sememangnya, e-book ini banyak manfaatnya kepada saya. Justeru saya amat berterima kasih kepada Masayu Ahmad di atas perkongsian ilmu yang amat berharga ini. Kepada semua blogger di luar sana, anda perlu mendapatkan e-book ini seandainya anda mahu blog anda menjadi blog yang berpengaruh dan disukai ramai. E-book ini boleh dibeli di sini.

Selamat Maju Jaya dan Selamat Berblogger.

~wit♥~

Thursday, December 12, 2013

We Are Temporary Closed!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Jangan terkejut dengan tajuk entry kita kali ini yer...calm down..calm down...hehe. Ni nak bagitau ni...D' Rauna Gallery ditutup buat sementara waktu yer, bermula 15 Disember 2013. Kita memberi laluan untuk aktiviti penyusunan semula bahan bacaan....ada banyak buku+majalah yang perlu menjalani sesi terapi...ha...sesi terapi tao....dahsyat tu...dan...sesi audit mengaudit juga akan dijalankan..cewahhh...jangan main-main tao...kita pun ada audit jugak..hehe...

So...seperti yang dimaklumkan...ditutup buat sementara waktu sahaja yer...jangan risau, kita akan maklumkan kemudian bila kita sudah bersedia untuk beroperasi semula...hokeeh...

Okeylah....stay tune for next announcement. Lap U!!


~wit♥~

Wednesday, December 4, 2013

Fenomena Novel Ke Drama

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi dan Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Kali ini saya nak cerita tentang fenomena novel ke drama. Memang dah jadi satu trend kat Malaysia, novel popular diadaptasi ke drama atau filem. Tapi saya nak cerita pasal novel ke drama sahaja sebab lately ada banyak sangat drama2 adaptasi ni ditayangkan di semua stesen televisyen kita. Actually, ia suatu perkembangan yang bagus seandainya plot tidak diubah dan 100% mengikut plot novel. Kalau nak ubah pun bersesuaian dan tidak lari dari cerita asal. Tapi kalau dah ubah 100% sehinggakan pembaca dan peminat tegar sesebuah novel itu merasa kecewa...ini akan memberikan satu imej yang tidak baik untuk pembaca yang belum membaca novel tersebut. Iya kan..? Nanti tak pasal-pasal pembaca lain tak nak baca novel tu sebab diaorang dah tengok edisi drama yang tak best..padahal novel tu sebenarnya best. Eh, berbelit2 pulak...u all faham ke tidak..? hehehe....kira faham la kan...kuang kuang..

Dah banyak novel yang diadaptasikan ke drama. Ada yang menepati plot asal dan ada juga yang lari dari cerita asal. So yang mana sejibik macam kat lam novel kira memang best la.....tambah2 kalau pelakon dia best...memang melekat kat depan tv le kita semua kan. Tapi kalau citer tah hapa-hapa and pelakon lak xbest...memang teruk kena kritik la. Ingat....pembaca novel adalah pengkritik yang paling baik...sebab diaorang dh baca novel tu..so diaorang memang tahu jalan cerita...

Dari pemerhatian saya, pelakon popular, lama atau baharu tak penting...yang penting mereka dapat membawakan watak tu dengan baik. Kalau pelakon baru pun tapi lakonannya berkesan memang menjadilah. Cer tengok drama Love You Mr. Arrogant...Zara Zya tu walaupun dah lama berlakon tapi orang tak kenal dia..since dia bawa watak Zara lam citer ni....semua orang suka and puji....gaya bersahaja dia tu memang best...

Tapi walau apa pun...kita pembaca tegar ni perlu terus memberi sokongan yang padu buat novelis-novelis kesayangan kita...jangan sebab drama yang tak bagus, penulis pulak yang teruk kena hentam. Kadangkala ia bukan salah penulis sebab penulis tidak mempunyai kuasa mutlak dalam pembikinan sesebuah drama walaupun ianya adaptasi dari novel penulis itu sendiri. Cuma lepas ni maybe kena review balik la terms and condition kalau nak amik novel buat drama. Penulis pun kena tahu hak dia ler....

Pendapat saya...dalam banyak2 drama adaptasi, drama Teduhan Kasih, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Sehangat Asmara, Setia Hujung Nyawa, Nora Elena (Kasih Yang Suci) dan Jodoh Itu Milik Kita dan Love You Mr. Arrogant memberi impak yang amat besar dalam industri seni kita. Rata-rata memuji drama ni...kira memang mendapat rating yang amat tinggilah. Drama Playboy Itu Suami Aku pula sedang hangat suam-suam kuku ditayangkan...oppss..hehe.. PISA versi novel memang best sangat tapi versi drama tu memang kesian la...tak berapa nak best la...

Ada banyak lagi novel popular yang diadaptasi ke drama. Banyak yang tengah menunggu tarikh tayangannya. Saya pun dah tak sabar nak tengok...antaranya drama Suami Aku Ustaz, Projek Memikat Suami, Bukan kerana Aku Tak Cinta, drama Ariana Rose dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose, Cucur Bawang Kopi O, Aku Isterinya dari novel Aku Bukan Mistress dan banyak lagi lah...so..stay tune :)

Dan sementara tunggu drama ni nak release...apa kata kita baca novel dia dulu.....u all boleh sewa dari D' Rauna Gallery...hehe...dan lagi promote....tapi jangan risau sebab semua novel popular ni ada dijual di kedai-kedai buku...

Okeylah...dah panjang berjela la pulak post kali ni....kita jumpa lagi di lain waktu...Daa...

~wit♥~

Reject Copies PYPAC

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Hello pembaca semua...

PENGUMUMAN yer...PENGUMUMAN...

Acik Lana akan buka order REJECT COPIES PYPAC minggu depan...diulang yer...REJECT COPIES...so sape2 yg nak order jangan lupa duduk depan pc laptop mobile phone atau ape ape jer yang sewaktu dengannya minggu depan tao...probably on Monday...

Ingat...walaupun reject copies tapi yang pastinya tetap macam pisang goreng panas hokeeh...
So...gud luck everyone. D' Rauna Gallery pun akan grab lagi satu copy..special for my likers. Sebab we all ada satu jer...tak cukup hokeeh ;)

Oh..lupa pulak...reject copies ni cuma cover lama saja tao...so tak yah berangan nak cover baru perempuan melayu terakhir tu..hehe...tapi takpe..yang penting isi dia tetap sama hokeeh...

Okey...gud luck everyone...



~wit♥~


Friday, November 1, 2013

Koleksi Terbaru Novel Kreatif.

Teks: D' Rauna Gallery

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....


Ni hao ma? Harap semuanya sihat sejahtera. D' Rauna Gallery dah update novel-novel baru untuk koleksi Novel Kreatif (NK93 - NK148).

Jom kita pakat-pakat review.


http://www.draunagallery.blogspot.com/p/katalog.html


~wit♥~


Monday, August 26, 2013

Panas dari PBAKL 2013

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Just nak share novel-novel yang sempat digrab kat PBAKL 2013. Semua best-best dan terhangat di pasaran tau....♥

Check it out!!
Koleksi dari Alaf21
Koleksi dari Buku Prima
Koleksi dari SR Publication
Koleksi dari Karya Seni
Koleksi dari Kaki Novel
Koleksi dari FIXI & Lejen Press

~wit♥~


Monday, July 15, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Tentu ramai yang ternanti-nantikan entry tentang PBAKL 2013 yang diadakan pada 26 April 2013 - 05 Mei 2013 di Putra World Trade Center Kuala Lumpur. Hehe...kalau tengok date tu kan...mesti uolls heran kan...awat la D' Rauna Gallery ni malaih sangat nak update awal-awal...Sorry la ek...ceq busy sangat sampai xdan nak update...hehe...busy la sangat kan...ahaks..

Okeylah...seperti tahun-tahun yang lepas....we all join PBAKL pada minggu pertama....means weekend pertama start pesta bukulah...bukan apa...saja pilih minggu pertama sebab time tu stok buku mesti banyak...pastu...sape datang awal memang ada chance la nak dapat free gift...best tau...macam-macam ada..kalau lambat sure habisss....sebab tulah we all suka join awal-awal...kalau nak pk tentang crowded tu memang bila-bila masa pun crowded...tak macam dolu-dolu...dulu crowded time weekend jer...weekdays lengang..tp sekarang everyday ramai orang...memang sesak...satu fenomena yang baik....hehe...oh ya..lupa nak habaq...we all bukan pi weekend jer tau tapi dari weekend ke weekdays...means...start sabtu sampai selasa we all berkampung kat PWTC...lama kan...syok tau..sebab pagi pi sana..tengahari balik hotel...petang pi pulak...so memang relax jer....tak terkejar-kejar...

Kat sana we all stay kat Hotel Anum....memang dekat la nak p PWTC...lam 5 minit jer jalan kaki...every year pi pesta buku we all stay kat lain-lain hotel...kan ada banyak hotel kat situ...kadang-kadang we all stay kat hotel kat Chowkit...hehe...brani kan...tp sekarang xmo dah stay kat sana...cam bahaya la area tu..lain la kalau pi ramai-ramai....kira selamat jugak la kan...

First Day kat PBAKL ari Sabtu 27 April...pagi tu we all ada kat Sunway Putra Hotel untuk majlis pelancaran novel terbaru Siti Rosmizah...so lepas abis jer majlis tu ingat nak bergegas ke PWTC sebab nak jumpa Adi Putra & Nora Danish kat booth Karya Seni...tapi tengok time macam xdan dah nak pi serbu diaorang so we all balik hotel dululah...lepas wat apa yang patut baru we all ke PWTC...sampai jer kat PWTC we all terus serbu booth Kumpulan Media Karangkraf....bukan kalut nak pi pilih buku+novel atau nak jumpa penulis tapi...we all pi kat meja langganan dulu...tu benda pertama yang wajib buat...renew langganan..every year renew kat pesta buku sebab leh terus dapat free gift...hehehe...sibuk nak free gift kan...hok alohhh...
Free gift oh free gift;)
We all langgan majalah SDK, Impiana & E-Baca dari Karangkraf...then pi booth Berita Publishing lak...renew langgan majalah Anjung Seri...pastu pi booth Ana Muslim...renew langgan untuk majalah Adik Muslim & Ana Muslim...oleh sebab every year free gift untuk langganan berat and penuh tangan ngan beg plastik...so we all terus balik hotel dulu....kena simpan hadiah dulu...kalau tak macamana we all nak shopping buku kan...betul tak...ingat senang ke nak usung semua tu...dah la berat...kan..kan..kan..
Hadiah langganan...cer tengok tu..kan dah kata berat...kan..kan..kan..
Lepas selesai suma...we all pi sana balik...kali ni pengembaraan pun bermula....dari satu booth ke satu booth kami menjelajah...meneroka...mencuci mata...dan yang paling penting menyopping dan menghabiskan uang...hehehe...syok tau....bila penat we all duduk bersila kat mana-mana jer lah yang sesuai....sambil tengok gelagat orang....kira time ni memang fun abis lah sebab macam-macam gelagat orang kita boleh tengok...kelakar pun ada....relax jer lepak sana sini sambil baca buku...dan sebelum balik we all tapaw food siap-siap sebab malaih nak kuar dah...penat beb...
Booth Berita Publishing....cer tengok free gift dia...menarik kan...
Booth Popular.....kalau nak beli novel PISA & Biarlah YM Terus Berbicara...kan sini jer ada juai..kat booth Kaki Novel xde....
Macam tu jugaklah esoknya...dan esok lagi...hehehe...sambung balik meneroka dari satu booth ke satu booth....actually sebelum pi sana we all dh siap wat plan...lepas ni nak pi sana...lepas ni nak pi sini...siap susun sebab xnak ketinggalan join contest/aktiviti kat sana....sebab program-program dah diatur ikut jadual..kalau lambat takut x dan la...sebab program dia macam sejam-sejam camtu...ada yang kat pentas utama..ada yang kat booth masing-masing...so kalau rasa nak join atau nak jumpa penulis memang kena ligan masa gak la...penulis ni lak bukannya ada tiap-tuap ari...so pandai2 korang la adjust masa...tapi syokkk habaq ang....hahaha...

Momen yang paling best bila dapat jumpa novelis kesayangan...ada yang selalu dah jumpa dan ada yang baru pertama kali jumpa...tapi dia orang suma best2...sporting dan sangat menghargai peminat-peminatnya. Kalau dah jumpa tu memang tak sah la kalau tak berposing sakan kan...pose...amik autograf...signature kat novel...tu memang wajib sangat-sangat....kenangan terindah tu...yang syoknya bila dapat gift dari novelist...kalau dapat cookies or candy tu rasa cam xnak makan...nak simpan jer wat kenangan...sampai camtu skali la...heheh...
Novelist Acik Lana....cer tengok cookies tu..ha..yg tu la free gift fr Acik...sweet kan;)
Kali ni we all jumpa novelis-novelis dari Alaf21, Buku Prima, SR Publication, Kaki Novel, Karya Seni, NB Kara.....Ada Sri Diah, Siti Rosmizah, Fauziah Ashaari, Dyza Ainun, Ainul Hazrah, A.Darwisy, my favourite Ramlee Awang Murshid, Norhayati Berahim, Acik Lana, Suri Ryana, Hanni Ramsul, Zura Asyfar, Aireen Erina, tak lupa juga Ain Maisarah..blink-blink...hehe...
A. Darwisy & Aireen Erina (Buku Prima)
Rin Ahmad (Kaki Novel), Siti Rosmizah (SR Publication) & Zura Asyfar (Karya Seni)
Hanni Ramsul & Suri Ryana (Kaki Novel)
Okeylah...rasanya dh panjang berjela kan...nanti uolls boring plak...jom kita cuci mata tengok photo-photo sempena PBAKL....semoga kita berjumpa lagi pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014. 

Enjoy!!!


~wit♥~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...