Tuesday, June 3, 2014

Majlis Pelancaran Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

Pasti ramai kan yang sudah tak sabar-sabar menunggu entri tentang Majlis Pelancaran Novel Cukup Derita Itu yang diadakan pada 27 April yang lalu di Seri Pacific Ballroom, Kuala Lumpur. Ya, memang meriah sekali majlis tersebut. Ia dihadiri oleh ratusan peminat-peminat tegar Siti Rosmizah dari pelbagai pelosok tanah air. Suasana penuh bergemerlapan disinari cahaya neon dan panas berbisa, sesuai dengan tema Otai Terus Berbisa. Bukan sahaja SR yang dianggap Otai dalam dunia penulisan bahkan majlis ini turut diserikan dengan Otai-otai terkenal tanah air.

Seawal jam 8.30 pagi, peminat-peminat dah berpusu-pusu mendaftar. Masuk sahaja ke Grand Ballroom Seri Pacific Hotel tu, kita dihidangkan dengan barisan gadis-gadis comey & gojes menyambut dengan mesra. Semuanya tersenyum manis tatkala mata bertentang mata. Setelah selesai mendaftar, masing-masing mendapat sekotak kaset sebagai cenderahati. Kaset kosong you... saya pun sampai patah balik ke meja pendaftaran tanya pasal kaset tu. Kenapa kotak kosong jer dik..? Hehe... itulah unik namanya.

Sepanjang laluan ke Ballroom, saya amat terpesona dengan dekorasi yang dibuat khas untuk majlis ini. Wah, memang banyak port-port menarik. Ada tempat menunggu bas, ada gitar yang penuh gaya, ada motor besar yang setia memberikan pose terbaik dan yang paling best kita boleh bergambar dengan SR tanpa ragu-ragu. Nak peluk pun boleh, tak ada siapa yang akan marah. Pendek kata bukan setakat nak bergambar mesra, nak berselfie-selfie pun bolehlah. Melihat itu semua, hati dah terdetik nak mengabadikan kenangan di semua tempat yang telah dihiasi indah. Pandai sungguh SR and the team mencuit dan menggembirakan hati kami, peminat-peminatnya. Terasa diri sungguh dihargai. Ya, bak kata SR... "Kaulah bintang hatiku"!

Bukan itu sahaja, kami juga disajikan dengan pelbagai juadah minum pagi yang enak dan lazat. Pelbagai menu dari timur ke barat, dari sajian berat yang mengenyangkan sehinggalah ke dessert enak pencuci mulut yang menyegarkan. Memang terlalu istimewa, terasa nak mencuba kesemuanya :)

Sebelum masuk ke dewan, saya sempat mendapatkan senaskhah novel Cukup Derita Itu dan sehelai t-shirt rasmi sempena majlis pelancaran ini. Beli siap-siap takut nanti kehabisan stok. Hehe... Novel ini tebal sangat, 1, 170 muka surat, lebih kurang sama tebalnya dengan novel 7 Hari Mencintaiku. Tebal dan berat. Entah berapa hari baru boleh habis baca. (Wah, ayat nak beritahu yang saya belum baca lagi T__T) Masa beli novel tu minta dia orang cop siap-siap, bukan apa... senang nanti SR tulis nama dan tanda tangan sahaja.

Inilah dia kaset, t-shirt Otai Terus Berbisa & novel Cukup Derita Itu
Dan kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Kedengaran paluan kompang dan gemerincingan alat-alat muzik menandakan keberangkatan tiba novelis popular Siti Rosmizah. Semua hadirin terdiam, mata terpaku di pintu masuk utama. Tepukan bergemuruh tatkala bayang SR menjelma. Memang gojes berkemeja kelabu selari dengan tema 80-90an. Majlis dimulakan dengan bacaan doa memohon keberkatan dan kelancaran acara sehingga ke akhirnya.

Penyanyi otai, Nash menghangatkan majlis yang baru bermula. Terkejut saya, tetiba sahaja Nash muncul dari pintu masuk utama, dengan suaranya yang serak-serak merdu. Lupa pulak saya Nash nyanyi lagu apa tapi memang power sangat. Memang kami semua terhibur sangat.


Selesai Nash membuat persembahan, muncullah akak Sheera yang ditunggu-tunggu. Tepat seperti dijangka, Sharifah Shahira tetap menjadi pilihan SR untuk mengacarakan majlis yang penuh berbisa ini. Macam biasalah akak kita ni, penuh dengan gurau senda, lawak jenaka yang menggamatkan suasana. Memang tak kering gusi dibuatnya.


Berbalik kepada SR, dalam ucapannya beliau mengumumkan akan penubuhan SR One Sdn Bhd yang memfokuskan kepada penerbitan filem dan drama. Novel-novel popular beliau dan juga penulis di bawah SR Publication akan diadaptasi ke drama dan filem. Antaranya ialah novel Takdir Itu Milik Aku dan Rindu Tanpa Kata. Tak sabar rasanya nak menonton cerita ini. Pasti mengundang air mata.


Dalam majlis ini, SR telah merasmikan novel terbarunya yang bertajuk Cukup Derita Itu. Novel ketujuh ini tetap mengekalkan genre cinta yang memang sinonim dengan karya-karya SR. Yang bestnya, seorang daripada ratusan peminat yang hadir telah terpilih untuk sama-sama merasmikan novel ini. Memang cukup bertuah peminat tersebut. Satu dalam sejuta. Turut dilancarkan adalah novel Penghujung Cintaku oleh Admatiza, Kekasihku Popular oleh Phidot dan Ketika Takdir Menyapa oleh Jue Idzdihar.



Seperti biasa, pelbagai gimik dan juga kejutan sepanjang majlis ini berlangsung. Memang SR and the team telah merancang dengan sebaik-baiknya. Meriah memang meriah. Ditambah lagi dengan kemunculan Shima dan Mus May yang mendendangkan lagu-lagu berhantu mereka. Memang power lah suara mereka berdua. Tambahan pula saya memang sukakan lagu-lagu nyanyian mereka, jadi memang syok habis la. Siap menyanyi bagai... terbukti malam tu otai memang terus berbisa.


Kepada SR, tahniah di atas kelahiran karya yang ke-7 ini. Semoga terus diberi idea-idea yang mantap agar dapat menghasilkan karya-karya yang lebih menyayat hati. Terima kasih kerana sentiasa menghargai peminat-peminat anda, penggemar-penggemar karya anda. Semoga SR terus suksess di masa-masa akan datang. ♥Hug♥

 


~wit♥~

Friday, May 2, 2014

PYPAC Punya Isu.

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook Acik Lana: Luahan Otak Kecil & Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua.

Hari ini saya terpanggil untuk menulis di sini tentang novel limited edition kesayangan kita semua iaitu Perempuan Yang Paling Aku Cinta (PYPAC) karya Acik Lana. Kita semua pasti dah tahu yang Acik Lana tidak akan mencetak semula novel ini. Dah nama pun limited edition so memang tak semua akan memilikinya. Hanya mereka yang bertuah sahaja yang berjaya memeluknya. Cewahh...

Tapi sehingga ke hari ini, isu tentang PYPAC tak pernah habis. Dari satu isu ke satu isu. Ada yang jual dengan harga yang melambung tinggi, ada yang dah tolong bagi pinjam tapi tak tahu nak pulangkan, dan yang paling teruk sekali ada yang fotokopi karya ini. Eh, ada ke...? Anyway, apa-apa pun saya tak nak komen hal orang lain. Saya cuma nak cerita pasal pengalaman saya dengan PYPAC ni.

Sebenarnya, sehingga ke hari ini saya sering dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan cadangan melalui FB dan whatsapp. Jadi saya ingin mengambil kesempatan di sini, nak bagitau kat semua yang saya tidak akan sesekali menjual PYPAC kesayangan saya itu. Ya, memang betul saya ada dua copy tapi kedua-duanya saya dapat setelah bersusah-payah tau. Memang sayang sangat-sangat dengan PYPAC dan tak mungkin saya akan berpisah atau memisahkan mereka berdua. Ahaks, jiwang sikit.

Saya bukan apa, kesian sangat dengan uolls yang memujuk rayu. Kalau saya boleh tolong saya tolong, ni masalahnya memang tak leh nak tolong. So harap-harap lepas ni janganlah pujuk saya jual PYPAC saya tu lagi yer. Kesianlah kat saya yang kesian kat awak tu :P

Dan pasal sewa pun saya nak minta pengertian sangat-sangat dari uolls semua. Memanglah D' Rauna Gallery buat sewa novel tapi we all sewa untuk kawan-kawan dan masyarakat setempat sahaja. Walk in basis jer. Memang kita tak buat sewa secara online atau courier-mengcourier ni. Yang mana jauh-jauh tu, saya ucapkan berbanyak terima kasih sebab sudi jenguk page saya, blog saya dan sudi berkawan dengan saya. Dan maafkan saya sebab terpaksa menghampakan uolls semua. Harap semua faham yer...

Last but not least pasal isu fotokopi. Pada yang minta saya fotokopi tu pun minta maaf sangat-sangat sebab saya ni jenis lurus bendul sikit. Kalau benda tu salah saya tak akan buat dan yang minta nak pinjam sekejap and terberterus-terang dengan saya dia nak fotokopi pun saya tak boleh nak tunaikan. Harap fahamlah yer... Dan kita kena percaya, kalau ada rezeki kita insyaAllah kita akan dapat baca juga PYPAC suatu hari nanti. Mungkin kita boleh minta tolong Acik Lana usahakan sesuatu. Contohnya bagi sumbangan senaskah dua PYPAC ke tempat-tempat terpilih pilihan ramai seperti Kota Buku dan perpustakaan awam terpilih seluruh Malaysia. So pembaca boleh dapatkan di sana. Ya, ini cuma cadangan yang boleh kita sama-sama fikirkan.

Ini copy dari FB Acik Lana: Luahan Otak Kecil. So lalings-lalings semua, dengar nasihat Acik tao ;)
Okeylah pembaca semua. Diharap dengan penjelasan yang panjang lebar ni kita sama-sama akan menerima hakikat pasal PYPAC ni dengan hati yang terbuka. Teruskan menyokong karya Acik Lana dan jangan lupa dapatkan novel terbaru beliau yang berjudul Akad Ku Yang Terakhir.

Sampai bertemu lagi ^__^

~wit♥~

Wednesday, April 23, 2014

Jadual Kehadiran Penulis PBAKL 2014

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

D' Rauna Gallery dengan sukacitanya ingin berkongsi informasi yang amat penting buat pencinta buku semua. Inilah dia jadual kehadiran penulis sepanjang PBAKL 2014. Jangan lepaskan peluang keemasan ini okay.












Jangan lupa temujanji kita tau. Pastikan ada memori yang tercipta antara kita dan mereka. Cewahh :) Okeylah, kita jumpa di sana.


~wit♥~

Bahang PBAKL 2014

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

Bahang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 kali ke 33 semakin terasa. Hanya tinggal kurang dari 24 jam sahaja lagi sebelum bermulanya pesta buku yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pencinta buku seluruh negara. Kali ini seluruh penerbit buku akan berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur selama sebelas hari bermula 24 April - 4 Mei 2014. Lebih lama daripada biasa, ganti balik untuk tahun lepas yang terpaksa dipendekkan kerana pilihanraya. Pastinya pesta kali ini akan menjanjikan kemeriahan yang luar biasa.

Sebelum ke PWTC, saya pasti pembaca semua sudah pun membuat persiapan yang sewajarnya. Dah tengok jadual kehadiran penulis, senarai buku terbaru yang akan dilancarkan dan apakah program-program menarik yang bakal berlangsung sempena pesta buku kali ini. Dan yang paling penting sekali, pastinya kita sudah pun mendapat informasi tentang pakej-pakej diskaun yang menarik yang ditawarkan oleh semua penerbit buku yang terlibat.

Jadi sebelum kita bertemu di PWTC, saya ingin berkongsi serba sedikit informasi terkini yang saya perolehi daripada Facebook penerbit-penerbit buku dan juga fbians tersayang. Saya pasti ramai yang sudah mengetahuinya namun saya nak berkongsi juga, manalah tahu ada yang terlepas pandang. Ini cuma sebahagian sahaja. Diharap ianya dapat membantu pembaca semua;)

Di bawah ini sebahagian daripada buku terbaru yang akan dilancarkan sempena PBAKL dan juga pakej buku yang ditawarkan.
Pakej Novel Mac & April Alaf 21
Pakej Novel Mei & Jun Alaf 21
Pakej Novel Buku Prima
SR Publication RM38.90 - diskaun 10% + 5% (bawa akhbar BH m/s 4 ruangan sastera)







Ada banyak lagi pakej menarik daripada pelbagai penerbit buku. Anda boleh mendapatkan informasi terkini melalui Facebook, website dan media sosial yang lain.

Di bawah ini pula antara program-program menarik yang akan berlangsung sepanjang PBAKL 2014. Program 60 minit Happy Hour bersama Grup Majalah Impiana akan diadakan seperti berikut:
  • 26 April - Majalah Dapur & Apartmen (12 tenghari -1 petang)
  • 27 April - Majalah Impiana & Laman Impiana ( 1 - 2 Petang)
  • 1 Mei - Majalah Dapur & Apartmen (11Pagi -12 Tengahari)
  • 3 Mei - Majalah Impiana & Laman Impiana ( 1 - 2 Petang)

Ini pula program yang saya kira amat menarik untuk dikongsikan di sini. Program Santai Penulis dan Slot Kreatif yang akan dijalankan di Sudut Rehat & Baca, Tingkat 4, Ruang Legar PWTC.



Dan ini pula program-program yang akan dijalankan di Dewan Tun Dr Ismail dan Pentas Utama PWTC. Juga aktiviti menarik di Booth Pavilion PTS, Tingkat 4 Dewan Merdeka.



Okeylah, cukup sampai di sini. Semoga kita semua dapat bersama-sama memeriahkan PBAKL 2014 yang akan bermula 24 April - 4 Mei 2014.

~wit♥~

Tuesday, April 22, 2014

Jemputan Khas Siti Rosmizah

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...

D' Rauna Gallery baru sahaja menerima kad jemputan khas ke Majlis Pelancaran Novel Terbaru Siti Rosmizah berjudul Cukup Derita Itu yang akan diadakan pada 26 April 2014 di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur. Majlis kali ini bertemakan Otai Terus Berbisa, memang sesuai sangat dengan SR yang tetap berbisa walaupun ribuan novelis baru menjelma.

Novel Cukup Derita Itu merupakan novel ke-7 Siti Rosmizah. Seperti novel-novel terdahulu, ia tetap mengekalkan genre cinta yang pastinya bisa mengundang air mata pembaca. Jom kita kongsi sedikit sinopsis novel ini.

Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi. 

“Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku sagat-sagat muka kau dengan berus dawai. Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!” hamun Mak Ngah Gayah.

Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap! 

Zarul Zafran lelaki tampan yang berkerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya. 

Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!

Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah di anggap seperti ibu. Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui. 

Dendam yang berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani diseksa. Jiwanya merana. 
“Ellani Binti Rashdan, aku Zarul Zafran Bin Dato’ Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau.” 

Hebat lelaki ini! Hanya melalui SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya. 

“Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali! Apa salah Lani mak? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah! Kuatkan imanku menghadapi dugaan-Mu ini! Raungnya. 

Ellani…cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yang dijerit dalam hatinya.

Ha, macamana? Best tak? Terasa tak sabar nak baca kan? Jadi jangan lupa dapatkan novel ini di PBAKL 2014, PWTC.

Dan sebelum kita merasai kemeriahan majlis pelancaran novel Cukup Derita itu, apa kata kita imbas kembali Majlis Pelancaran Novel Curi-Curi Cinta yang diadakan pada tahun lepas.

Boleh juga baca link di bawah.

http://draunagallery.blogspot.com/2013/07/majlis-pelancaran-novel-terbaru-siti.html

Okeylah, D' Rauna Gallery akan berkongsi kemeriahan majlis itu pada entry seterusnya.

Stay Tuned.

~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...