Monday, May 9, 2016

Shuttle Bas Dari Putrajaya Sentral Ke PBAKL Maeps

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook & Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Dah pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Maeps ke? Ha ni nak cerita kat sini, pihak PBAKL telah menyediakan kemudahan shuttle bas dari beberapa lokasi ke Maeps Serdang sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bakal melabuhkan tirainya hari ini. Lokasi-lokasi ni termasuklah LRT Bukit Jalil, Putrajaya Sentral, Komuter KTM Serdang, UPM dan IOI City Mall.


Sebab itulah saya dengan senang hatinya dapat berkunjung ke pbakl walaupun sebelum ni dengar macam-macam komen bila pbakl berpindah dari Pwtc ke Maeps. Walaupun saya tak pernah ke Maeps dan memang tak tahu jalan nak ke sana tapi dengan adanya kemudahan shuttle bas ni saya tahu yang saya akan sampai dan pulang dengan selamat.

Dari KLIA2 saya ambil ERL ke Putrajaya Sentral dan dari Putrajaya Sentral saya naik shuttle bas ni terus ke Maeps. Ha senang kan. Bas pun selesa. Begitu juga kalau dari lokasi lain, cari jer bas yang ada sticker Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Maeps. Kalau tak jumpa, tanya jer kat mana-mana kaunter tiket.


So saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pbakl kerana menyediakan kemudahan shuttle bas ni. Memang mendapat sambutan lebih-lebih lagi bas dari UPM, LRT Bukit Jalil dan Komuter KTM Serdang. Memang sentiasa penuh. Harapan saya semoga kemudahan ini akan diadakan lagi setiap tahun sepanjang pesta buku berlangsung.

~wit♥~

Friday, May 6, 2016

10 Buku Dan Novel Pilihan PBAKL 2016

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...

Hari ni saya nak berkongsi 10 novel dan buku umum pilihan saya untuk dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 yang diadakan di MAEPS. Pesta buku masih berlangsung ya sehingga 9 Mei nanti. So masih ada masa untuk berkunjung ke sana. Buku-buku dan novel yang saya nak kongsikan di sini adalah karya pilihan saya yang saya nak beli. 10 jer tau... yang lain tu kita beli di lain waktu. Hehe...



1. ANTOLOGI AKSI BUNUHAN - LYNN DAYANA, SYAIDA ILMUNA, LAILA KAMILIA & IZZA ARIPIN

Penerbit: Alaf21
Harga: RM27
2. RINDU AWAK SEPARUH NYAWA - SITI ROSMIZAH


Penerbit:SR Publication
Harga: RM40


3. IMPIAN JUTAWAN BUDAK SETINGGAN - ROSYAM NOR


Penerbit: Suhan Publication
Harga: RM24.90

4. IZINKAN AKU JADI SAYAPMU - LILY HASLINA NASIR


Penerbit: Karya Seni
Harga: RM29

5. KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - SURI RYANA


Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM30

6. RED VELVET - ACIK LANA


Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM23

7. HATIKU NOT FOR SALE - BATIAH HADI


Penerbit: Alaf21
Harga: RM26

8. DERITA CINTA - AISYA SOFEA


Penerbit: Alaf21
Harga: RM30

9. ASSALAMUALAIKUM CINTA - ZURA ASYFAR


Penerbit: Karya Seni
Harga: RM35


10. ANGIN CINTA - ALIESHA KIRANA


Penerbit: Karya Seni
Harga: RM25

Okay, alhamdulillah... lapan daripa sepuluh buku dan novel ni saya dah beli masa saya berkunjung ke PBAKL minggu lepas. Lagi dua belum beli sebab Derita Cinta belum keluar lagi masa tu dan buku Rosyam Nor tu cari tak jumpa. Hehe... dah tak larat nak pusing dah sebab beg berat. Wah, alasan!! Tapi takpe, nanti kita beli online jer.

Okay, selamat berbelanja yea.

~wit♥~

Friday, April 29, 2016

Promosi Menarik PBAKL 2016

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.

Hari ni mesti dah ramai yang berpesta buku kan! Syoknya.... tak sabar betul saya nak pi. Tapi tak pe, sebelum kita ke pesta buku apa kata kita tengok dulu promosi-promosi menarik yang ditawarkan untuk anda sepanjang pesta buku ini berlangsung. Ada banyak buku-buku dan novel terbaru yang bakal menemui anda di PBAKL MAEPS ini. Ada banyak promosi yang best-best tau. Semua booth pun ada diskaun dan pakej yang berbaloi-baloi.

Inilah promosi yang ditawarkan di booth Grup Buku Karangkraf; Alaf21, Buku Prima dan Karya Bestari. Diskaun istimewa sehingga 80% tu....


  

 






Ini pula pakej promosi dan buku terbaru daripada Karya Seni dan Penulisan2u. Banyak novel best-best ni. Beli jangan tak beli !!






Novel-novel dari Idea Kreatif pun nampak menarik ni. Nak beli tak? Hehe...






Penerbitan Fajar Fakeer pun ada banyak pomosi menarik. Kalau beli kat pesta buku kita boleh jimat banyak ni.... Bijak... bijak...!




Ini pula pakej promosi daripada pelbagai penerbit buku. Suhan Publication pun ada. Kalau nak jumpa Dato Rosyam Noor, jom lah kita ke MAEPS. Penerbitan Love Novel pun bagi diskaun menarik ni. Kalau tak beli memang rugi.



 





 


 
Okay, dah cukup banyak ni. Walau bagaimanapun, ini cuma sebahagian sahaja, ada banyak lagi pakej-pakej menarik daripada penerbit-penerbit lain. Kalau nak tahu lebih banyak lagi, jangan lupa singgah di Facebook mereka untuk mendapatkan info-info terkini.

So apa tunggu lagi. Meh la kita berpesta.

Selamat Berpesta Buku!

~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...