Wednesday, April 27, 2016

Bahang PBAKL 2016

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi!


Bahang PBAKL 2016 semakin terasa. Hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum bermulanya pesta buku kali ke-35 yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pencinta-pencinta buku seluruh negara. Kali ini, buat pertama kalinya PBAKL akan berkampung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang terletak tidak jauh dari UPM Serdang.



PBAKL 2016 ini akan bermula pada 29 April 2016 (Jumaat) hingga 9 Mei 2016 (Isnin). Pastinya kali ini ia memberikan pengalaman yang cukup berbeza. Maklumlah, selama ini buat kat PWTC dan kita pun dah biasa dengan suasana kat sana. Kali ini buat kat MAEPS pula, sudah tentu sedikit sebanyak ada perbezaan apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah berkunjung ke MAEPS.

Namun ini bukan satu halangan. Kata orang, `hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Walau apa jua halangan, kalau dah minat tu pasti sampai juga. Kan! Kan! Lagipun pihak PBAKL telah menyediakan pelbagai kemudahan yanag sudah tentu akan memberi keselesaan kepada pengunjung.



Bukan itu sahaja, perkhidmatan shuttle bas ulang-alik juga akan disediakan di empat laluan utama iaitu Komuter KTM Serdang, LRT Bukit Jalil, ERL Putrajaya Sentral dan IOI City Mall. Semua bas dari setiap laluan akan beroperasi dari pukul 9:30 pagi hingga 9:30 malam setiap hari semasa hujung minggu dan dari pukul 9:30 pagi hingga pukul 8 malam semasa hari bekerja. Kekerapan bas adalah 15 - 20 minit.

Tambang minimum RM1 akan dikenakan untuk laluan tersebut. Namun, pengunjung yang menggunakan KTM, LRT dan ERL akan menaiki shuttle bas secara Percuma bagi setiap pembelian pakej tiket ke MAEPS semasa Pesta Buku berlangsung di kaunter stesen KTM, LRT & ERL yang terlibat. Bagi saya ini adalah satu usaha yang baik dan sudah pasti akan memudahkan kita untuk berkunjung ke PBAKL MAEPS ini. So tak ada alasan lagi kan. Mesti pi!!




Sebelum kita ke Pesta Buku, saya pasti uolls semua sudah membuat persiapan yang sewajarnya. Dah tengok jadual kehadiran penulis, senarai buku terbaru yang akan dilancarkan dan apakah program-program menarik yang akan berlangsung di pentas utama sepanjang pesta buku kali ini. Dan yang paling penting sekali, pastinya kita sudah pun mendapat informasi tentang pakej-pakej diskaun yang menarik yang ditawarkan oleh semua penerbit buku yang terlibat.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ini. Okey, nantikan update seterusnya ya :)

~wit♥~

Tuesday, April 26, 2016

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
[25 April 2016]
[11:00 - 11:10AM]
[JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT]

 

Pada pukul 11 pagi hari Isnin lepas, program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah dilancarkan. Melalui program ini, kita dipohon untuk berhenti sebentar dari melakukan apa jua pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit.

Program ini bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit. Ia juga sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Untuk info lanjut boleh baca di link ini.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jom-baca-bersama-untuk-10-minit-1.511873

Okay, nak cerita apa yang saya baca. 10 minit saja kan jadi saya saya pilih untuk baca Kompilasi Cerpen Tiga Wanita Yang Aku Cinta karya Monalita Mansor.




Saya berjaya menghabiskan pembacaan cerpen Kekal yang pernah disiarkan di dalam Majalah Jelita tahun 1995. Cukup-cukup ja masa 10 minit baca cerpen tu. Nanti saya buat review ya. Apapun, saya happy sebab dapat join program ni:)


~wit♥~

Thursday, April 14, 2016

Misi Memburu Novel Sara Aisha [4] - Jodoh Itu Milik Kita, Cereka Cinta & Salju Kyoto

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...



Kali ni saya beli terus daripada Sara Aisha. Beli kombo tiga buah novel iaitu Jodoh Itu Milik KitaCereka Cinta dan novel terbaru iaitu Salju Kyoto. Macam tulah bila dah addict dengan sesuatu x-factor, terus grab semua karya penulis tu tanpa perlu check sana sini nak tau best ka dak.


Yang pastinya semua ini disebabkan oleh penangan AK dalam Salju Kyoto. Ah, AK... entah bila boleh dating dengan dia. Memang hati dah tak tahan tapi sabar sat noo.... Bila dah betul-betul free sure dating ngan AK dulu! Dok target AK saja.

Apa? Alasan banyak? Hahah~ Sorry la weyy... ceq memang busy tak hingat. Tak dak masa nak belek novel lagi. Tengok movie boleh la sebab baring sambil tengok jaa... tangan dok diam tak buat apa. Kira tu consider berehat. Kalau baca novel nak kena pegang novel tu, ceq dah penat... malam nak rest saja tak mau buat apa dah. Ekekeke....

Whatever!

Okaylah, misi dah berakhir dengan jayanya. Hope dapat juga cari ruang untuk khatam semuanya. Kepada fan-fan semua, kalau nak nikmati hasil karya Sara Aisha silalah ke D' Rauna Gallery tau.

Okay, semoga bertemu lagi.

~wit♥~

Tuesday, April 12, 2016

Segmen Jom Singgah #jmbelog

[Sumber: jmbelog.blogspot.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...


Syarat-syarat segmen: 

1) Follow blog #jmbelog
2) Buat entri yang bertajuk " SEGMEN Jom Singgah #jmbelog "
3) Letak gambar di atas dalam entri dan linkkan ke entri ini
4) Dah siap?? Hantarkan link di ruangan komen entri ini

*kalau ada masa tu, singgahlah ke blog peserta lain

Tarikh tutup: 30 April 2016 jam 2359

#boleh tambah kenalan @ ikatan siratulrahim blogger baru dan lama
#boleh tingkatkan traffic

~wit♥~

Monday, April 11, 2016

Misi Memburu Novel Sara Aisha [3] Encik Sayang Dan Miss Sweetheart

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

[1] Pembuka Hati
[2] Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu
[3] Encik Sayang Dan Miss Sweetheart


Okay, inilah dia novel ketiga karya Sara Aisha yang saya beli. Novel yang berjudul Encik Sayang dan Miss Sweetheart yang merupakan hasil karya ketiga beliau selepas novel Jodoh Itu Milik Kita dan Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu. Novel ni pun saya beli kat Kedai Buku Landmark Kulim. Masa saya beli tu ada beberapa buah sahaja.


Novel ni nampak gayanya memang novel cinta. Entah bila saya nak bersayang-sayang dengan En Sayang dan Miss Sweetheart ni. Tak pe, beli dulu... nanti baru baca. Kalau kalut-kalut baca tak best, dia kena cari masa yang betul-betul free. Sebab saya kalau baca novel kena fokus. Tak suka orang kacau. Yang penting baca sambil baring. Hahah~


Okay, kita jumpa lagi dalam Misi Memburu Novel Sara Aisha [4].

Happy Reading :) 


~wit♥~

Thursday, March 31, 2016

#12 Tundukkan Playboy Itu - Anjell

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Okay, mood tengah baik. Sebab tu sambung baca novel ni pula. Mentang-mentang enjin tengah panas, novel ni saya habiskan dalam masa sehari jer. Dalam beberapa jam sahaja. Hah, amik ko!

[TUNDUKKAN PLAYBOY ITU]

Novel ni beli masa PBAKL 2015 yang lalu tapi sehingga drama adaptasi novel ni ditayangkan dalam Slot Akasia TV3 saya masih belum ada masa nak baca. Tapi entah kenapa tengok drama ni kat TV rasa lembab semacam tu yang saya geram terus baca novel ni sampai habis. Hah, memang penangan Tundukkan Playboy Itu betul la!!


Bila dah baca novel ni memang saya akui ada part-part yang berbeza dengan drama. Ya, mungkin mengikut kesesuaian drama dan pelakon yang menjayakan watak. Biasa la tu, tukar sini sikit sana sikit yang penting tema dan jalan cerita tetap sama.

Novel ini mengisahkan tentang Harraz Naufal yang merupakan seorang `Playboy'. Kawan rapat dia iaitu Farhan merupakan sepupu dan seorang Playboy juga. Ha elok sangat la tu kan. Sebab tu boleh jadi kawan baik. Dan sejak kehadiran Nurin dalam hidup mereka, dua-dua pun jatuh cinta kat Nurin dan dua-dua pun dah jadi baik. Memang Nurin berjaya Tundukkan Playboy Itu!!

"Hanya dari panahan MATA, kisah CINTA pun bermula"

Kalau tengok dari tajuk novel ni rasanya ramai yang boleh meneka jalan ceritanya kan. Saya tertarik untuk beli novel ni sebab nak tahu bagaimana seorang Playboy boleh tertunduk dengan seorang Hijabista. Walaupun dah boleh agak jalan cerita tapi saya beli juga. Hehe... Ini adalah karya Anjell yang ketiga tetapi ini karya pertama beliau yang saya baca. Novel pertama beliau berjudul Eksperimen Cinta dan yang kedua ialah Suamiku Paling Sweet. Yang itu belum baca lagi. Anjell pun saya belum pernah jumpa. Mungkin suatu hari nanti...

Walaupun saya dah habis baca novel ni tapi kalau ada masa saya tetap tengok drama ni kat TV. Apapun, saya lebih suka versi novel. Cumanya jalan ceritanya ada unsur-unsur yang kurang sihat. So saya tak galakkan adik-adik kita baca novel ni. Kakak-kakak, makcik-makcik okay la kalau nak baca. Yang adik-adik tu tunggu besar sikit ya. Tapi kalau adik-adik nak tengok drama boleh kot cuma pastikan ditemani oleh orang dewasa. Part-part yang baik tu kita tak risau cuma part-part yang tak baik tu saja kita perlu berikan pencerahan agar mereka faham dan tak terikut.. Eh, eh tetiba concern pulak saya ni.. XD

Okay, jom kita tengok sinopsis novel ini.

[SINOPSIS]

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

[Sumber: goodreads.com]

Kalau baca sinopsis ni mesti ramai yang suka kan! Saya bagi 3.5/5* untuk novel ni. Kalau nak beli novel ni boleh pm saya di no 0184044132. InsyaAllah cepat dan selamat.

Tajuk: Tundukkan Playboy Itu
Penulis: Anjell
Penerbit: Karyaseni


~wit♥~

Tuesday, March 29, 2016

#11 Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu - Sara Aisha

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...


[CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU]

Yeay... finally saya dah baca novel ni! Ini adalah novel pertama Sara Aisha yang saya baca. Kenapa pilih novel ni dulu? Sebab... novel ni novel thriller... karya thriller memang mampu menarik saya sampai sanggup berjaga malam. Kalau novel cintan-cintun tu dia boleh hold lagi. Dan sebab yang paling utama adalah kerana novel Salju Kyoto. Khabarnya watak Karn-Dian muncul dalam Salju Kyoto. Jadi sebelum baca Salju Kyoto saya nak berkenalan dengan Karn-Dian ni dulu.

Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu merupakan karya kedua Sara Aisha yang terhasil pada tahun 2013. Saya habiskan pembacaan untuk novel ni dalam masa dua hari saja. Lebih tepat lagi dua malam sebab malam baru ada masa belek novel. Novel ini mengisahkan tentang Dian Damia yang terjerumus ke dalam situasi yang bahaya secara tidak sengaja yang akhirnya menyebabkan dia terikat dengan Karn Klaharn Ekoran itu macam-macam tragedi berlaku kepada Dian yang sudah pasti semuanya ada kaitan dengan Karn.

Siapa Karn Klaharn ni?

Karn Klaharn adalah pewaris kepada sebuah keluarga bangsawan dan bakal mewarisi segala harta milik keturunan Thanasukolwit. Okay chopp... masa baca novel ni saya memang tak tau sebut nama depa yang panjang dan tergeliat lidah tu. Yang pendek-pendek ja tau sebut. Dan yang paling kelakarnya saya tak mampu nak sebut nama penuh Karn dengan lancar. Haha...Okay sambung... Karn ni ada musuh iaitu Sakda. Kira segala musibah yang melanda Dian ni memang berpunca daripada Sakda ni la. Sebab dia memang nak hapuskan Karn. Dah takdir Dian bertemu Karn dan takdir juga yang mengheret Dian ke kancah musuh dalam selimut ni.

Latar novel ini semestinyalah di negara Thailand. Sebab tu gambar kat atas tu saya snap sekali dengan gelas dari Thailand. Konon nak ambik mood Siam. Heheh~ Tempat tinggal Karn diceritakan begitu indah, tenang dan damai sampai saya terfikir wujud ke tempat ni. Siripon Resort tu semua memang ada ke kat Thailand tu. Kalau ada jom kita pi! Hahah~ Lepas tu saya perasan penulis memberikan pemerian yang terperinci tentang latar sesuatu tempat tu. Kira cerita habis-habis sampai kita boleh bayangkan tempat tu macamana. Contohnya tentang bagaimana penulis memerikan tentang Hatyai. Senang cerita sape yang nak pi Hatyai boleh baca novel ni untuk dapat maklumat tentang Hatyai. Macam novel travelog pula. Betul... tak tipu!!

Secara keseluruhannya saya memang suka dengan novel ni. Plotnya mungkin bergerak sedikit perlahan pada mulanya tapi naluri ingin tahu kesudahan novel ini tetap kuat. So dia tetap menarik kita untuk terus membaca. Naluri saya berkata penulis juga menggunakan teknik ambil jalan selamat dalam menghasilkan karya ini. Ini teknik rekaan saya kot, sebab rasanya dalam sudut kesusasteraan kreatif tak ada teknik ni. Hehe... sebab apa saya kata macam tu? Saya rasa penulis seolah-olah menggambarkan sesuatu secara sederhana, malu-malu dan berhati-hati. Kadang-kadang saya rasa tak puas... nak lagi... kalau sakit biar sakit betul-betul... kalau jahat biar jahat habis tapi penulis baik hati sedikit dalam karya ini.

Namun ada babak-babak yang membuatkan saya tersenyum sendiri. Contohnya babak antara Karn dan Krissada. Dialog antara mereka tu buat saya senyum meleret.

" Siapa dia sebenarnya pada kamu, Karn?"
" Dan siapa pula Dian Damia pada Krissada?"

Biasa la selalu kalau baca novel thriller, saya nanti akan assume itu ini. Masuk bab 55 macam tu, saya mula meneka yang Sakda tu maybe Uncle Sukrit. Pastu dok rasa yang Krissada tu sebenarnya jahat, eh sat rasa dia tu baik pula. Ha macam-macamlah... Walaupun at last kita tau Sakda tu bukan Uncle Sukrit tapi seronok sebenarnya bila kita juga turut bermain dengan emosi. Sebab ia akan menarik kita untuk terus baca dan baca sampai habis.

Oleh sebab saya suka, saya bagi 4/5* untuk novel ni. Okay, jom kita baca sinopsis Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu.

[SINOPSIS]

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

[Sumber: http://watashinosara.blogspot.my/]

Okay uolls, jangan lupa dapatkan novel ini di kedai buku ya. Atau order terus daripada Cik SA kita. Kalau nak order daripada saya pun boleh, pm saya di no 0184044132. InsyaAllah cepat dan selamat. Lepas ni saya nak baca Salju Kyoto pula ♥♥♥

Tajuk: Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu
Penulis: Sara Aisha
Penerbit: Karya Seni

~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...