Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ha… mesti pelik kan kenapa tiba-tiba jer saya nak cerita pasal novel Andai Itu Takdirnya kan. Jeng jeng jeng…ni nak bagitahu ada satu berita menarik ni. Tara… dengan ini saya mempersembahkan novel Andai Itu Takdirnya 2…
Ha… surprise tak…? Surprise tak…? Mesti ada di antara you all yang tak tahu bahawa novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah ada sambungannya. Ya kan…? Novel yang diberi tajuk Andai Itu Takdirnya 2 bakal dilancarkan pada 25 April 2015 nanti sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 di PWTC. Wah… memang tak sabar sangat nak baca kesinambungan kisah Syed Adam Aizril dan Aleya.
Kalau nak tahu, saya sangat sukakan novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah. Ceritanya amat menyentuh kalbu, bisa merembeskan air mata. Tak pasti dah berapa kali baca novel ini, yang pastinya novel inilah yang menjadi pilihan pertama saya untuk direkomenkan kepada kawan-kawan andai ada yang bertanyakan novel apa yang best. Dan saya pasti ramai lagi pembaca novel dan peminat setia Siti Rosmizah turut melakukan benda yang sama.
Saya masih ingat lagi, novel ini saya beli sewaktu pesta buku kat USM…masa tu Syarikat Adam dari Taman Rozhan Bukit Mertajam yang buka booth kat sana. Masa nak beli novel tu, 2-3 kali juga saya tanya kat adik yang jaga booth tu… “betul ke novel ni best?” dan katanya memang best kak…
So saya pun belilah. Memang best giler. Semenjak itu saya tak pernah terlepas daripada memiliki novel-novel Siti Rosmizah yang seterusnya. Sebab tu bila saya dapat info tentang majlis pelancaran novel Andai Itu Takdirnya 2 yang bakal diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, saya terus hantar email untuk join majlis ini. Bukan apa, saya mahu menjadi antara orang yang terawal memiliki novel ini, beli sendiri dari kak Siti dan terus dapat tanda tangan kak Siti.
Jadi jangan cemburu tau. Kalau cemburu juga apa kata jom kita ramai-ramai memeriahkan majlis ini. Tempat amat terhad jadi siapa cepat dia dapat. Pada yang tak berkesempatan nak join majlis ini dan mahu novel ini beserta tandatangan kak Siti, macam biasa boleh hubungi pihak D’ Rauna Gallery di talian 018-4044132. InsyaAllah kita boleh tolong beli dan dapatkan tanda tangan kak Siti.
Okeylah, jom sama-sama kita menghitung hari untuk memeluk Andai Itu Takdirnya 2.
Jumpa lagi.
Adios.
~wit♥~
Selamat datang ke D'Rauna Gallery. Kami menawarkan pelbagai genre buku dan novel untuk penyewaan, tertakluk kepada terma & syarat. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi kami. ~Bacalah...kerana membaca itu anak kunci kepada Ilmu. Ilmu itu pula imam kepada segala amalan. Dan amalan itu akan membawa kepada taqwa. Allah s.w.t telah memilih kalimah iqra' untuk mentarbiah umat~ (dipetik daripada Majalah Solusi 18)
Tuesday, February 17, 2015
Monday, November 17, 2014
Bengkel Penulisan Novel Fiksyen
Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ya...berita baik untuk semua. Nak tahu tak...? Akhirnya setelah sekian lama, satu Bengkel Penulisan Novel Fiksyen akan diadakan di Kulim Kedah. Tempat tinggal saya la tu ^_^
Jadi, saya dengan suka citanya nak war-warkan kat sini. Maklumlah, selama ni saya pasti ramai yang bertanya bila nak buat bengkel penulisan kat Kulim ni. Asyik buat kat KL/Selangor nun saja. Jauh la pulak kalau nak join pun... betul tak..?
Bengkel ini akan dikendalikan oleh Cikpuan Nor Liana Omar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penerbitan. Bukan itu sahaja, Web Sutera, seorang penulis novel fiksyen sejarah dan buku motivasi juga akan berkongsi ilmu nanti. Jadi, bila dah ada peluang ni apa kata kita serbu ramai-ramai. Tempat hanya terhad untuk 30 orang peserta sahaja. Kena rebut cepat la.
Boleh refer info di bawah untuk maklumat lanjut tentang bengkel ini
Kita jumpa di sana.

Tarikh : 14 Disember 2014
Hari : Ahad
Masa : 8:30am - 5pm
Lokasi : Hotel Seri Malaysia Kulim Kedah
Daftar segera! Hubungi Cik Adeelia - 0195054973
Kita jumpa di sana.
Friday, October 17, 2014
10 Tips Penjagaan Buku
Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hello pembaca semua...
Okay, hari ini saya ingin berkongsi tentang tips penjagaan buku. Tips ini memang menjadi amalan saya, yelah... kan buku saya banyak... dah tu pula saya kan buat sewa buku/pinjaman... jadi memang kena jaga betul-betul la. Baru boleh tahan lama... betul tak..? ;)
Mungkin tips yang saya nak kongsikan ini memang dah pun menjadi amalan pencinta-pencinta buku. Tapi saya tetap nak share juga... kalau ada yang lain nanti bolehlah kita berkongsi pandangan;)
Okay, jom kita tengok cara saya jaga buku saya.
1. BALUT BUKU - balut buku dengan kemas menggunakan plastik buku. Membalut buku dapat memelihara kulit buku daripada rosak terutamanya di bahagian tepi-tepinya. Ia juga dapat mengelakkan buku kita terutamanya bahagian muka buku daripada terkena debu dan apa sahaja kekotoran. Pemilihan plastik juga amat penting. Pilihlah plastik yang berkualiti dan tahan lama. Plastik yang nipis dan berkualiti rendah mudah koyak dan cepat bertindak balas terhadap haba. Jadi, pilihlah plastik yang tahan lama untuk menjimatkan kos dan masa. Tak perlulah nanti asyik kena tukar plastik saja.
2. ELAKKAN BUKU TERDEDAH KEPADA HABA PANAS - Elakkan daripada meletak buku di tepi tingkap atau tempat panas. Ini kerana ia boleh menyebabkan buku melengkung dan permukaannya tidak rata. Kadang-kala permukaan buku juga boleh kelihatan mengelembung dan plastiknya terkeluar. Bukan itu sahaja, buku yang terdedah lama kepada kepanasan juga boleh menyebabkan kertas menjadi kekuningan. Macam buku lama pula.
3. SIMPAN BUKU DI RAK BUKU - Sediakan rak buku untuk menyimpan semua buku-buku anda. Jangan biasakan dengan meletak buku di merata-rata kerana ia boleh menyebabkan buku terlipat dan rosak sekiranya anda lambat menyusunnya. Dengan adanya rak, kita boleh terus menyimpan buku yang baru dibeli. Rak buku bercermin lebih elok kerana ia boleh mengelakkan buku daripada cepat berhabuk dan berdebu. Tapi kalau kurang budget tu,macam saya la... guna rak biasa pun tak apa asalkan kita rajin mengelapnya.
4. ATUR BUKU SECARA MENEGAK - Buku seelok-eloknya disusun secara menegak atau dalam erti kata lain secara berdiri. Ini akan memudahkan kita mengambilnya. Kalau ada buku yang terlebih tinggi dan tak muat rak buku kalau nak susun secara berdiri, barulah disusun secara baring. tapi kalau boleh elakkanlah.
5. LETAK PENGHADANG BUKU - Jangan lupa letak penghadang buku tau sekiranya buku yang disusun belum penuh di rak. Ini sebenarnya untuk mengelakkan buku kita rosak sebab tanpa penghadang ia tidak dapat berdiri dengan baik. Lama-kelamaan buku kita boleh menjadi senget. Kan dah tak elok. Penghadang buku ni ada dijual di kedai buku, ada yang kecil dan ada yang besar. Pilihlah mengikut kesesuaian.
6. SUSUN BUKU MENGIKUT KATEGORI - Sebaik-baiknya, susun buku mengikut kategori masing-masing supaya mudah untuk mencarinya pada masa hadapan. Kalau bilangan buku kita sedikit mungkin ia tak menjadi masalah tapi bayangkan kalau buku kita banyak, pasti susah nak cari satu-satu buku tu kan. Jadi, susunlah sebelum kita kena susun dua tiga kali ;) Kalau nak susun pun boleh ikut kreativiti kita. Macam saya, saya susun buku mengikut kategori. Ada novel kreatif, novel remaja, novel kanak-kanak, bacaan umum, resepi, majalah dan lain-lain lagi. Jadi bila nak cari buku resepi ke, terus pergi ke rak buku resepi saja. Memang mudah kan!
7. LETAK LABEL PADA BUKU - Label ni maksud saya letak nombor siri pada buku. Ini juga bertujuan untuk memudahkan kita mencari sesuatu buku itu. Bila dah letak nombor siri tu, buatlah satu senarai buku-buku tersebut menggunakan Ms. Excel dengan memuatkan segala maklumat berkaitan buku tersebut. Contohnya, nombor siri, judul buku, pengarang, penerbit dan sebagainya. Bila nak cari buku, cuma check no siri dan terus pergi ambil di rak yang sepatutnya. Namun harus diingat, bila dah letak label tu... susun pun kena ikut label lah. Then only it will works. Okay.
8. JANGAN LIPAT BUKU KETIKA MEMBACA - Sesetengah orang suka melipat buku ketika membaca. Ini adalah amalan yang tidak baik untuk buku. Kalau nak baca buku, bukalah betul-betul permukaannya tu. Lagi satu bila berhenti membaca, gunalah penanda buku. Jangan suka lipat mukasurat buku untuk menandanya ataupun meletak sebentar buku dengan membiarkannya terbuka menghadap lantai. Ini juga boleh menyebabkan binding buku menjadi rosak. Silap-silap boleh lekang pula.
9. AWASI SERANGGA PEROSAK - Pastikan rumah sentiasa bersih dan bebas daripada serangga perosak seperti tikus, lipas, cicak dan anai-anai. Sekiranya rumah kita ada serangga tersebut, pastikan kita sentiasa menjaga rak buku kita dengan mengelapnya setiap hari. Kalau terlebih rajin, lap buku-buku kita satu-persatu.
10. SAYANGI BUKU KITA - Ini adalah tips yang amat penting. Sayangi buku anda... bila dah sayang pasti kita akan menjaganya dengan sebaik-baiknya ^_^
~wit♥~
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hello pembaca semua...
Okay, hari ini saya ingin berkongsi tentang tips penjagaan buku. Tips ini memang menjadi amalan saya, yelah... kan buku saya banyak... dah tu pula saya kan buat sewa buku/pinjaman... jadi memang kena jaga betul-betul la. Baru boleh tahan lama... betul tak..? ;)
Mungkin tips yang saya nak kongsikan ini memang dah pun menjadi amalan pencinta-pencinta buku. Tapi saya tetap nak share juga... kalau ada yang lain nanti bolehlah kita berkongsi pandangan;)
Okay, jom kita tengok cara saya jaga buku saya.
1. BALUT BUKU - balut buku dengan kemas menggunakan plastik buku. Membalut buku dapat memelihara kulit buku daripada rosak terutamanya di bahagian tepi-tepinya. Ia juga dapat mengelakkan buku kita terutamanya bahagian muka buku daripada terkena debu dan apa sahaja kekotoran. Pemilihan plastik juga amat penting. Pilihlah plastik yang berkualiti dan tahan lama. Plastik yang nipis dan berkualiti rendah mudah koyak dan cepat bertindak balas terhadap haba. Jadi, pilihlah plastik yang tahan lama untuk menjimatkan kos dan masa. Tak perlulah nanti asyik kena tukar plastik saja.
2. ELAKKAN BUKU TERDEDAH KEPADA HABA PANAS - Elakkan daripada meletak buku di tepi tingkap atau tempat panas. Ini kerana ia boleh menyebabkan buku melengkung dan permukaannya tidak rata. Kadang-kala permukaan buku juga boleh kelihatan mengelembung dan plastiknya terkeluar. Bukan itu sahaja, buku yang terdedah lama kepada kepanasan juga boleh menyebabkan kertas menjadi kekuningan. Macam buku lama pula.
3. SIMPAN BUKU DI RAK BUKU - Sediakan rak buku untuk menyimpan semua buku-buku anda. Jangan biasakan dengan meletak buku di merata-rata kerana ia boleh menyebabkan buku terlipat dan rosak sekiranya anda lambat menyusunnya. Dengan adanya rak, kita boleh terus menyimpan buku yang baru dibeli. Rak buku bercermin lebih elok kerana ia boleh mengelakkan buku daripada cepat berhabuk dan berdebu. Tapi kalau kurang budget tu,
4. ATUR BUKU SECARA MENEGAK - Buku seelok-eloknya disusun secara menegak atau dalam erti kata lain secara berdiri. Ini akan memudahkan kita mengambilnya. Kalau ada buku yang terlebih tinggi dan tak muat rak buku kalau nak susun secara berdiri, barulah disusun secara baring. tapi kalau boleh elakkanlah.
5. LETAK PENGHADANG BUKU - Jangan lupa letak penghadang buku tau sekiranya buku yang disusun belum penuh di rak. Ini sebenarnya untuk mengelakkan buku kita rosak sebab tanpa penghadang ia tidak dapat berdiri dengan baik. Lama-kelamaan buku kita boleh menjadi senget. Kan dah tak elok. Penghadang buku ni ada dijual di kedai buku, ada yang kecil dan ada yang besar. Pilihlah mengikut kesesuaian.
6. SUSUN BUKU MENGIKUT KATEGORI - Sebaik-baiknya, susun buku mengikut kategori masing-masing supaya mudah untuk mencarinya pada masa hadapan. Kalau bilangan buku kita sedikit mungkin ia tak menjadi masalah tapi bayangkan kalau buku kita banyak, pasti susah nak cari satu-satu buku tu kan. Jadi, susunlah sebelum kita kena susun dua tiga kali ;) Kalau nak susun pun boleh ikut kreativiti kita. Macam saya, saya susun buku mengikut kategori. Ada novel kreatif, novel remaja, novel kanak-kanak, bacaan umum, resepi, majalah dan lain-lain lagi. Jadi bila nak cari buku resepi ke, terus pergi ke rak buku resepi saja. Memang mudah kan!
7. LETAK LABEL PADA BUKU - Label ni maksud saya letak nombor siri pada buku. Ini juga bertujuan untuk memudahkan kita mencari sesuatu buku itu. Bila dah letak nombor siri tu, buatlah satu senarai buku-buku tersebut menggunakan Ms. Excel dengan memuatkan segala maklumat berkaitan buku tersebut. Contohnya, nombor siri, judul buku, pengarang, penerbit dan sebagainya. Bila nak cari buku, cuma check no siri dan terus pergi ambil di rak yang sepatutnya. Namun harus diingat, bila dah letak label tu... susun pun kena ikut label lah. Then only it will works. Okay.
8. JANGAN LIPAT BUKU KETIKA MEMBACA - Sesetengah orang suka melipat buku ketika membaca. Ini adalah amalan yang tidak baik untuk buku. Kalau nak baca buku, bukalah betul-betul permukaannya tu. Lagi satu bila berhenti membaca, gunalah penanda buku. Jangan suka lipat mukasurat buku untuk menandanya ataupun meletak sebentar buku dengan membiarkannya terbuka menghadap lantai. Ini juga boleh menyebabkan binding buku menjadi rosak. Silap-silap boleh lekang pula.
9. AWASI SERANGGA PEROSAK - Pastikan rumah sentiasa bersih dan bebas daripada serangga perosak seperti tikus, lipas, cicak dan anai-anai. Sekiranya rumah kita ada serangga tersebut, pastikan kita sentiasa menjaga rak buku kita dengan mengelapnya setiap hari. Kalau terlebih rajin, lap buku-buku kita satu-persatu.
10. SAYANGI BUKU KITA - Ini adalah tips yang amat penting. Sayangi buku anda... bila dah sayang pasti kita akan menjaganya dengan sebaik-baiknya ^_^
~wit♥~
Monday, August 25, 2014
New Arrival April - Julai 2014
Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...
Ini adalah koleksi majalah yang ada dalam simpanan kami dari bulan April hingga Julai 2014. Macam biasa, majalah-majalah ini ada yang dilanggan tiap-tiap bulan dan ada yang beli dari kedai buku. Kalau nak baca atau nak sewa, boleh singgah ke D' Rauna Gallery. Okey ^_^

KOLEKSI APRIL 2014
KOLEKSI MEI 2014
KOLEKSI JUN 2014
KOLEKSI JULAI 2014
Ini pula koleksi terbaru Novel Kreatif. Ha... jangan telan air liur yer tengok novel-novel ni semua. Kalau nak baca jenguk-jenguklah kami di D' Rauna Gallery. Hokeh...!
Okey, silalah cuci mata yer ^_^
Adios.
Wednesday, July 30, 2014
Salam Eid Mubarak Syawal 1435H.
Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
Salam Eid Mubarak Minal Aidin Wal Faizin
Salam Lebaran
Selamat beraya...○♥○
Kami di D' Rauna Gallery mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh umat Islam yang menyambut hari raya, teristimewa sekali kepada fans D' Rauna Gallery. Jangan lupa bermaaf-maafan sesama kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang jauh kita dekatkan, yang renggang kita rapatkan. Semoga kita semua bergembira di hari raya.
Dalam kita bergembira, D' Rauna Gallery tidak lupa menyediakan bahan bacaan untuk para tetamu. Majalah edisi khas Syawal penyeri hari raya. Bacalah walau di mana sahaja kita berada.

Thursday, July 17, 2014
Kasih Yang Kudamba Bab 4 - As Samsudin
Sumber: http://iammasitahsamsudin.blogspot.com
[BAB 4]
Emylia meninggalkan tempat kerjanya sebaik sahaja waktu bekerja tamat. Bungkusan hadiah Zakuan turut dibawanya, disorok di dalam beg kertas berisi baju tebalnya. Emylia tersenyum sepanjang perjalanan. Dia merasa tidak sabar untuk mengetahui isi bungkusan tersebut. Sebaik sahaja sampai di banglo tiga tingkat milik ayahnya, dia terus mengunci diri di dalam bilik.
Emylia membuka bungkusan tersebut. Kotak comel itu dibeleknya. “Hmm, comelnya kotak ni. Jangan-jangan hadiah untuk kekasih hati. Cincin kot...“ Emylia mengomel sendiri. “Emylia, berdosa tau apa yang kamu buat ni.” Tiba-tiba hatinya berbisik. Pergerakan tangan Emylia terhenti. Dia termenung seketika, memberi ruang pada akalnya untuk berfikir. “Ala, aku bukan nak curi pun. Pinjam sekejap saja. Esok lusa aku letak balik la. Saja nak ajar sikit si Zakuan tu.” Emylia tetap nekad dengan tindakannya.
Dia terus membuka kotak tersebut. Hatinya terpegun melihat loket emas yang tersimpan di dalamnya. “Cantiknya loket ni. Ukirannya unik sekali. Tak pernah pula aku tengok ukiran sebegini di mana-mana kedai emas. Pasti rekaan sendiri. Eh, apa pula ni?” Emylia menarik sekeping kad kecil yang terselit di dalam bungkusan tersebut. Kad apa pula ni. Emylia menjadi semakin tertarik untuk mengetahuinya. Eh, ada sajaklah. Emylia semakin teruja.
Ibu...Biar seribu kepayahan mendatangBiar sejuta ujian silih bertandangTiada apa yang mampu menghalangKau tetap menghayun langkahmu seorang
Ibu...Dalam senyummu kau sembunyikan lelahmuDalam keceriaanmu kau sorokkan dukamuDalam tidurmu kau mimpikan azammuDalam langkahmu kau temukan harapan baru
Ibu...Bukan intan permata yang kau harapkanBukan wang berjuta yang kau idamkanBukan juga mengharap namamu dijulangTapi kejayaan yang bakal anakmu genggam
Ibu...Kaulah ratu syurga hatikuPenawar segala kesedihan di kalbuKan kusayang dirimu selaluHingga ke akhir detik nafasku
Ibu...Di hari yang penuh bermakna iniKupanjatkan doa setulus hatiDengan limpahan kasih sejatiSemoga Dia sentiasa merahmati
Selamat Hari Lahir Ibu...Kan ku ada untukmu selalu...
Emylia ternganga. Sajak ni... aku kenal sajak ni. Ini sajak Redza. Macamana pula sajak Redza boleh ada dengan Zakuan? Emylia terpinga-pinga. Denyut nadinya bergerak laju. Aduh... apa dah jadi ni. Zakuan...? Redza...? Apa kaitan antara mereka berdua? Adik-beradik? Ish... kalau adik-beradik pun takkanlah mereka harus berkongsi sajak yang sama. Atau... Zakuan dan Redza adalah orang yang sama?
Emylia memicit-micit dahinya, kepalanya terasa sakit berdenyut-denyut. Akal warasnya tidak dapat berfikir dengan betul. Dia merebahkan tubuhnya ke katil. Tiba-tiba dia terkenangkan perbualannya dengan Redza seminggu yang lalu.
Awak buat apa tu?
Saya tengah tulis sajak ni. Untuk ibu saya... kan tak lama lagi hari lahir dia, jadi saya ingat nak hadiahkan sajaklah untuk dia. Mesti dia suka.
Eh, awak nak tulis sajak? Awak pandai ke...? Nanti jadi syair pula...
Eh, awak jangan pandang saya sebelah mata tau. Saya ni ada banyak bakat terpendam. Awak saja yang tak tahu!
Oh, ye ke. Cuba awak baca sikit saya nak dengar :D
Kenapa awak ketawa? Sekejap yer... saya send kat awak. Ha... jangan nangis pulak nanti...
Eh, kenapa pula saya nak nangis? Tak kuasalah :D
Yalah, kan sajak saya ni terbaik. Boleh menyentuh kalbu;)
Yalah, yalah. Cepatlah hantar, tak sabar dah ni nak nangis :D
Hantar dah... ha macamana? Terharu tak?
Wah, tak sangka betul awak pandai tulis sajak. Mesti awak sayang sangat kan kat ibu awak kan. Tak sabar saya nak jumpa dia. Harap-harap dia pun boleh sayang saya macam dia sayang kat awak. Saya tahu ibu awak mesti sayang saya.....
Awak jangan risau ya. Saya pasti ibu saya akan menyayangi awak, mengasihi awak dengan sepenuh hatinya, mencurahkan kasih yang awak damba-dambakan itu. Saya yakin... awak jangan risau yer...♥
Emylia tersedar dari khayalannya. Terasa ada air hangat meleleh di pipi. Cepat-cepat dikesat air mata itu. Namun semakin dikesat semakin laju ia mengalir. Emylia menangis teresak-esak. Dia teringatkan Redza, terasa amat rindu pada lelaki itu. Lelaki yang telah berjaya menakluk hatinya dengan kasih sayangnya yang menggunung. Biarpun mereka tidak pernah bertemu muka namun dia yakin akan ketulusan hati lelaki itu. Redza sering bercerita tentang ibunya, sehinggakan hatinya terasa amat dekat dengan wanita itu. Kasih sayang mereka turut meresap jauh ke lubuk hatinya.
“Macamana kalau hadiah ini memang untuk ibu Redza? Dan Zakuan... jangan-jangan Zakuan hanya tolong ambilkan untuknya.” Argh, Emylia buntu. Benar-benar buntu. Pelbagai persoalan bermain di benaknya.
“Andai betullah hadiah ini kepunyaan Redza, pasti Redza kecewa dengan dirinya. Dan kalau ibunya tahu, pasti dia tidak dapat menerimaku.” Emylia menangis teresak-esak. Dia merasa amat sedih pabila mengenangkan kasih seorang ibu yang amat dia dambakan akan hilang berlalu sekelip mata...tidak mungkin akan hadir untuk dirinya.
“Ibu... ibu....” Emylia memejamkan matanya. Rapat.
BERSAMBUNG...
Wednesday, July 16, 2014
Memoir PBAKL 2014 - Part 2
Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...
Okey, pengembaraan diteruskan untuk hari ke-2. Seawal jam 9 pagi saya sudah pun berada di PWTC, keseorangan sebab ceq Miza dah balik. Tapi no hal sebab bila dah ada lam PWTC tu, kita bagaikan terpisah dari dunia luar. Dunia buku sudah cukup memberi satu kehidupan. Tak caya...? Ha... kalau dok lam PWTC tu, kalau kat luar hujan lebat, kilat sabung-menyabung dan guruh berdentam-dentum pun tak sedar. Tahu!! Hehe....
Okey, pertama sekali saya mengembara ke tingkat atas. Dari satu tingkat ke satu tingkat, dari satu booth ke satu booth. Walaupun masih awal namun setiap booth penuh dengan pengunjung. Masing-masing datang awal. Tapi still masih boleh berjalan sambil mendepangkan tangan. Hehe... faham ke idok...? Kira semua booth saya lalu sambil mencuci mata, yang mana bekenan saya akan berhenti belek buku. Tapi oleh kerana banyak sangat jalan/lorong, kadang-kadang lalu jalan yang sama dua tiga kali. Last-last sesat...last-last cari booth NB Kara pun xjumpa. Adoi la...
Tapi saya sempat jugalah jumpa novelis Fauziah Ashari yang popular dengan novel Ombak Rindu tu. Tetap maintain macam dulu, kecil molek orangnya. Dan sempat grab novel beliau yang bertajuk Dan Sepi Pun Berlalu. Novel ni actually sambungan novel Pergilah Sepi terbitan Alaf21. Dah lama keluar tapi saya baru nak beli. Ala, kira okey la tu kan....
Pastu jalan-jalan lagi, singgah pula di booth Karya Seni. Tahun ni booth Karya Seni meriah sangat. Dah la besar pastu set dia dihiasi indah. Siap boleh tengok wayang lagi. Masa tu ditayangkan sedutan filem Suami Aku Ustaz, adaptasi daripada novel Suami Aku Ustaz la. Lakonan mantap Nora Danish dan Adi Putra. Kira saya pun lepak sekali la kat situ sambil menonton. Memang rileks jer. Gambar kat bawah ni bukan skrin besar yang saya cerita tu tau, yang ni just untuk posing saja.
Okey, dah habis pusing kat booth Karya Seni saya pun tengok jam dah cukup masa untuk bertemu dengan Acik Lana. So saya pun bergegas ke booth Kaki Novel. Cepat2 cari novel terbaru Acik Lana berjudul Akadku Yang Terakhir dan juga novel Rose Harissa iaitu Guy Next Door. Masa ni ada orang dah start beratur tao untuk ambil tandatangan mereka. Jadi saya pun beratur sekalilah. Kira dapat kat barisan 10 yang pertama gak la. Best sangat jumpa Acik, ni dah kali kedua jumpa. Macam biasa Acik memang friendly. Siap dapat button badge mulut merah lagi :) Dengan Rose Harissa pula first time jumpa tapi dia memang best!
Kalau nak tahu, KN bagi diskaun best sangat untuk semua novel. Ya la, novel KN kan mahal jadi masa inilah kita boleh beli lebih sikit. Ada novel tu saya beli RM10 ja satu. Memang berbaloi sangat.
Lepas tu saya terus pecut ke booth Kumpulan Media Karangkraf. Kemarin dah pergi tapi belum shopping habis lagi, renew langganan dan beli novel yang tertentu jer dulu (novel yang nak amik tandatangan penulis). So hari ini baru nak shopping betul-betul. Tapi macam biasa, ari ni pun ada sesi bertemu penulis. Jadi kena beli novel penulis tu dulu baru leh serbu diaorang. Memandangkan sesi tu baru bermula jadi masa banyak lagi. Boleh belek2 buku dengan tenang. Aiseh... actually tak tenang mana pun. Orang punya la ramai sampai penin dah kepala den. Hmmm...
Masa tengah round2 tu ternampak novelis A. Darwisy. Nampak macam dia dah nak balik. So apa lagi, cepat2 la tahan dia. Kali ni dia keluar dengan novel terbaru berjudul Kala Senja Dia Datang bersama beberapa penulis lain. Saya belum beli sebab tak berapa minat genre seram nih. Tapi novel Pudina Cinta dah beli tau. Dan sempat jugalah jumpa novelis Hasrudi Jawawi, memang teringin sangat nak jumpa dia sebab dah tersuka sejak baca novel dia yang bertajuk Cucur Bawang Kopi O. Memang kelakar habis. Pastu jumpa RAM kejap. RAM ni dah selalu jumpa. Hehe..
Oleh sebab ramai sangat orang, saya pun dah pening kepala. Rasa dah berpusing2. Jadi saya nak balik hotel dulu. Nanti petang saya datang balik sebab dah janji nak jumpa my fren aka penolong editor majalah Nur. Bukan itu jer, ada banyak lagi event yang best petang nanti kat booth Karangkraf.
Sebelum balik kita layan dulu perut yang dah berlagu riang ria. Menu macam biasa la, nasi lemak yang saya suka tu. Dua bungkus baru cukup tau. Tapau jer sebab nak makan kat hotel. Okey, kita balik dulu. Jumpa lagi di Part 3.

Subscribe to:
Posts (Atom)