Monday, April 15, 2013

10 days to go...Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....


Kurang dari 10 hari lagi akan bermulanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013 yang akan diadakan di Putra World Trade Centre Kuala Lumpur. So...macamana semua...? Dah ready ke...? Budget dah cukup...? hehehe...

Sememangnya event ini memang sesuatu yang dinantikan oleh pencinta-pencinta buku tegar....sebabnya ini adalah pesta buku antarabangsa...besar-besaran lak tu...melibatkan pelbagai penerbit kecil mahu pun besar dari seluruh pelusuk dunia.....so of course kita tak nak lepaskan peluang ni....Pihak D' Rauna Gallery pun tidak terkecuali join event ni since 6 years back....memang tak pernah missed...

Kat sini pelbagai genre buku ada...yang pelik2 dan tak pernah tengok sebelum ni pun ada...tu yang syok tu...tambahan pula kita berpeluang bertemu dengan penulis-penulis hebat...berborak dan bergambar mesra....inilah masanya kan....


Bukan tu saja...time ni lah kita nak memenangi pelbagai jenis hadiah...join contest....lucky draw....bersesak-sesak...berebut-rebut buku....fuhhh...memang meriah lah.....

D' Rauna Gallery dah siap list down novel+buku+majalah yang nak dibeli pada kali ini....memang kalau diikutkan list tu dah terlebih budget..tapi xpe...insyaAllah bila sampai masanya adalah rezeki untuk tu nanti....amin...amin. This round memang banyak program yang menanti...kira first day join tu memang full scheduled....nanti next entry D' Rauna akan update scheduled...manalah tau...boleh dijadikan info..kot2 ada yang terlepas pandang & nak join event tu....

So....jangan lupa tau...marilah beramai-ramai memeriahkan PBAKL 2013...anda pasti teruja....ciptakan seribu kenangan manis...for sure kita akan sentiasa menantikannya di tahun-tahun akan datang...

Jumpa anda di sana.....♥♥♥


~wit♥~



Tuesday, April 9, 2013

Koleksi Terbaik D' Rauna Gallery

Teks: D' Rauna Gallery

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....


Apa khabar semua? Semoga semuanya ceria dan bersemangat untuk meneroka novel dan buku-buku baru. Jangan lupa terus jenguk link-link di bawah untuk mendapatkan bahan bacaan yang terbaik untuk anda sekeluarga. Setiap buku terbaru akan dikemaskini terus ke link-link berkaitan. 

Happy view;-)

Novel Kreatif ~ http://draunagallery.blogspot.com/p/katalog.html

Novel Remaja ~ http://draunagallery.blogspot.com/p/novel-remaja.html

Novel Sastera ~ http://draunagallery.blogspot.com/p/novel-sastera_18.html

Karya Umum ~ http://draunagallery.blogspot.com/p/karya-umum.html

Siri Penyiasatan ~ http://draunagallery.blogspot.com/p/siri-penyiasatan.html



~wit♥~


Tuesday, March 26, 2013

#4 Perempuan Yang Paling Aku Cinta - Acik Lana

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Hari ni saya nak review novel PYPAC karya Acik Lana. Novel ni adalah novel ke-4 Acik Lana. Memang very exclusive and limited edition. Tak ada jual kat mana-mana kedai buku. Kalau nak, memang kena order direct kat Acik Lana.

Saya pun order masa diorang buka order yang second wave punya. Masa first buka order tu dah tau dah tapi sengaja tak nak order sebab ingat novel ni terbitan Kaki Novel. So boleh la beli kat mana-mana kedai buku. Rupa-rupanya tak...ha...nasib baik lagi....:)

Novel ni baru jer smpai...belum baca lagi...so x leh nak komen panjang-panjang. Tapi xpe, saya tak risau sangat sebab so far semua karya Acik Lana memang tak pernah menghampakan. Then kalau tengok kat facebook group Acik Lana : Luahan Otak Kecil...memang rata-ratanya memuji karya ni. So, xyah cakap banyaklah...memang best lah!


Ha...nak tau sinopsis...? Ok, saya dengan murah hatinya nak bagi sikit kat you all....sikit jer tau..kalau nak lelebih kena beli sendiri...itupun kalau masih ada stok :P  or boleh juga dapatkannya di D' Rauna Gallery;-)

SINOPSIS:

Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.

Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.

Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.

“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga

“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi

Ha...amacam...? Best tak...? Best kan...kan...kan...;)  


 Thank you Abang PosLaju...
 Aha...jeng..jeng..jeng....
Syoknya...dapat peluk K-Kim ketat-ketat...;-)
 
 
~wit♥~


Thursday, March 14, 2013

New Arrival March 2013

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Ini adalah koleksi terbaru D' Rauna Gallery....SIRI PENYIASATAN yang menjadi kegemaran saya sejak sekolah rendah lagi. Saya pasti ramai pembaca di luar sana yang turut meminati buku-buku sebegini especially Siri Anak-anak Hadi, Siri Salma, Siri 3 penyiasat, Siri 5 Sekawan, Siri Pelajar dan banyak lagi. Yang paling best ialah buku-buku misteri dari Alfred Hithock & Enid Blyton. Betul kan....:-)

So, apa tunggu lagi.....silakanlah:-) Yang pasti koleksi ini akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. InsyaAllah...



Untuk maklumat lanjut, sila jenguk link di bawah.


~wit♥~

Friday, March 8, 2013

Bengkel Penulisan Kreatif Alaf21

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Inilah yang ditunggu-tunggu. Berita baik buat pembaca semua! Penyertaan BENGKEL PENULISAN KREATIF ALAF 21 kini dibuka! Jangan lepaskan peluang anda, daftar sebelum 1 April 2013! =)

"If you don't like someone's story, write your own."
— Chinua Achebe

"One of the most frustrating arguments I’ve encountered is—If you hate it so much, stop bitching and write your own."
— Deepa D.

"If there's a book that you want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it."
— Toni Morrison

ps: sila rujuk poster untuk maklumat lanjut.    


~wit♥~


Thursday, March 7, 2013

#3 Cinta 24 Jam - Andrei Aksana

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....


Mari kita review novel dari seberang...Cinta 24 Jam oleh Andrei Aksana. D' Rauna Gallery baru sahaja habis baca novel ni...aduhhh...memang menarik. Gaya bahasanya amat puitis, pemeriannya sampai menusuk ke kalbu. Walaupun tidak setebal mana namun kita mendapat kepuasan apabila selesai membacanya. Tahniah Andrei Aksana.

Ceritanya romantis, tapi jujur. Bisa buat introspeksi yang bagus untuk para pekerja seni. --Irgi Fahrezi

Andrei paling tahu dan paling jago mengaduk perasaan orang dengan kalimat-kalimat puitis yang simpel tapi nggak cengeng. Bikin penasar...an karena ceritanya nggak pasaran, jadi nggak pengin berhenti ngebacanya. --Krisna Mukti

Beda tapi realistis. Ada yang bisa kita pelajari in a diferent way. Penyelipan puisi-puisinya indah sekali.
--Wulan GuritnoSee More

Jom dapatkannya di D' Rauna Gallery. Koleksi Novel Kreatif - NK148 (RM2).

~wit♥~

Wednesday, March 6, 2013

Koleksi Novel Remaja D' Rauna Gallery

Teks: D' Rauna Gallery

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....

Kepada adik-adik atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menyewa novel remaja dari D' Rauna Gallery bolehlah jenguk link di bawah. Senarai koleksi novel remaja khas buat pembaca tersayang. 

Happy view;-)

http://draunagallery.blogspot.com/p/novel-remaja.html

~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...