Friday, April 29, 2016

Promosi Menarik PBAKL 2016

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.

Hari ni mesti dah ramai yang berpesta buku kan! Syoknya.... tak sabar betul saya nak pi. Tapi tak pe, sebelum kita ke pesta buku apa kata kita tengok dulu promosi-promosi menarik yang ditawarkan untuk anda sepanjang pesta buku ini berlangsung. Ada banyak buku-buku dan novel terbaru yang bakal menemui anda di PBAKL MAEPS ini. Ada banyak promosi yang best-best tau. Semua booth pun ada diskaun dan pakej yang berbaloi-baloi.

Inilah promosi yang ditawarkan di booth Grup Buku Karangkraf; Alaf21, Buku Prima dan Karya Bestari. Diskaun istimewa sehingga 80% tu....


  

 






Ini pula pakej promosi dan buku terbaru daripada Karya Seni dan Penulisan2u. Banyak novel best-best ni. Beli jangan tak beli !!






Novel-novel dari Idea Kreatif pun nampak menarik ni. Nak beli tak? Hehe...






Penerbitan Fajar Fakeer pun ada banyak pomosi menarik. Kalau beli kat pesta buku kita boleh jimat banyak ni.... Bijak... bijak...!




Ini pula pakej promosi daripada pelbagai penerbit buku. Suhan Publication pun ada. Kalau nak jumpa Dato Rosyam Noor, jom lah kita ke MAEPS. Penerbitan Love Novel pun bagi diskaun menarik ni. Kalau tak beli memang rugi.



 





 


 
Okay, dah cukup banyak ni. Walau bagaimanapun, ini cuma sebahagian sahaja, ada banyak lagi pakej-pakej menarik daripada penerbit-penerbit lain. Kalau nak tahu lebih banyak lagi, jangan lupa singgah di Facebook mereka untuk mendapatkan info-info terkini.

So apa tunggu lagi. Meh la kita berpesta.

Selamat Berpesta Buku!

~wit♥~

Thursday, April 28, 2016

Jadual Kehadiran Penulis PBAKL 2016

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Tak habis lagi update pasal Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 yang akan berlangsung pada 29 April hingga 9 Mei 2016. Kali ini jom kita tengok jadual kehadiran penulis pula. Dengan adanya info ni senang untuk kita merancang jadual kita pula. Ye tak :)

#JadualKehadiranPenulis

ALAF21 & BUKU PRIMA


KAKI NOVEL


SR PUBLICATION

 KARYA SENI


IDEA KREATIF

 

KARTUNIS ANA MUSLIM


Inilah sedikit sebanyak jadual kehadiran penulis untuk rujukan uolls semua. Lepas ni boleh buat sedikit catatan dan rancanglah masa anda sebaiknya. Semoga uolls dapat jumpa penulis-penulis kesayangan dan bergambar mesra.

Selamat berpesta buku.


~wit♥~

Lokasi Booth Penerbit Buku Popular PBAKL 2016

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016 semakin terasa kehangatannya. Kurang dari 24 jam sahaja lagi kita akan bersatu di MAEPS. Dah ready ke uolls? Dah tahu ke kat mana nak cari buku-buku idaman dan berjumpa dengan penulis-penulis kesayangan? Kalau tak tahu kat mana booth diaorang susah juga tu. Takut nanti masa terbuang dengan cari booth sahaja.


Okay tak apa, ni saya nak kongsikan serba sedikit info tentang lokasi-lokasi penerbit buku kat PBAKL ni. Semoga info-info ni berguna untuk kita semua. Saya suka kumpul info macam ni sebab senang nanti saya nak rujuk. Hanya di hujung jari saja. Cewahh!!


Okay, jom kita tengok senarai di bawah.



1. Grup Buku Karangkraf (Alaf21, Buku Prima, Karya Bestari, Kumpulan Media Karangkraf)
Hall A
A1 ( A1058 - A1067)
A2 (A2099 - A2108)
A3 (A3081)
Hall C
C1084 - C1088
C1090 - C1094


2. SR Publication - Dewan A2, No A2171 & A2172. Diskaun hebat disediakan dengan harga serendah RM10


3. Penerbitan Karya Seni - Hall A1 Booth A1001




4. Kaki Novel - Hall A3 A3109 - A3118 & A3036 - A3044



5. NB Kara - Hall A2 Booth A2185




6. Penerbitan Idea Kreatif - Hall A1 Booth A1033 - A1037A




7. Penerbitan Love Novel - Hall A Booth A2174 & A2175


8. PTS - Hall C




9. Ana Muslim - Hall C




10. Al Fateh Alami Sdn Bhd - Booth A3008 Dewan A3



11. Galeri Ilmu - Dewan C




12. Suhan Publication -




13. Telaga Biru - Hall C : C1153 - C1172



14. Kualiti Books - Hall A2177 - A2180 & Hall C1107 & C1108



15. October, BESQ Publication, Pink, Kaseh Aries Publication, Layar Pena, Syah & Shah, Prolog Media - Dewan A3 Booth A3001 - A3004


16. Dubookpress - Hall A Booth A3089 - A3098


17. Ujana Buku - Hall A2 A2069 - A2088

18. Penerbitan Fajar Pakeer - Hall A3 Booth A3063 - A3068

19. Penerbitan Pelangi - Hall A2 

20. Gallery Book - Hall C Booth C1143 - C1145 & C1150

Okay, diharap info ini sedikit sebanyak membantu uolls untuk cari booth kesukaan. Kalau still tak jumpa juga, jangan risau... boleh minta tolong kat adik-adik Duta Buku yang pasti ada di mana-mana. Jangan malu bertanya, nanti sesat jalan. Hehe...

Selamat berpesta ya!

~wit♥~

Wednesday, April 27, 2016

Bahang PBAKL 2016

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi!


Bahang PBAKL 2016 semakin terasa. Hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum bermulanya pesta buku kali ke-35 yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pencinta-pencinta buku seluruh negara. Kali ini, buat pertama kalinya PBAKL akan berkampung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang terletak tidak jauh dari UPM Serdang.



PBAKL 2016 ini akan bermula pada 29 April 2016 (Jumaat) hingga 9 Mei 2016 (Isnin). Pastinya kali ini ia memberikan pengalaman yang cukup berbeza. Maklumlah, selama ini buat kat PWTC dan kita pun dah biasa dengan suasana kat sana. Kali ini buat kat MAEPS pula, sudah tentu sedikit sebanyak ada perbezaan apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah berkunjung ke MAEPS.

Namun ini bukan satu halangan. Kata orang, `hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Walau apa jua halangan, kalau dah minat tu pasti sampai juga. Kan! Kan! Lagipun pihak PBAKL telah menyediakan pelbagai kemudahan yanag sudah tentu akan memberi keselesaan kepada pengunjung.



Bukan itu sahaja, perkhidmatan shuttle bas ulang-alik juga akan disediakan di empat laluan utama iaitu Komuter KTM Serdang, LRT Bukit Jalil, ERL Putrajaya Sentral dan IOI City Mall. Semua bas dari setiap laluan akan beroperasi dari pukul 9:30 pagi hingga 9:30 malam setiap hari semasa hujung minggu dan dari pukul 9:30 pagi hingga pukul 8 malam semasa hari bekerja. Kekerapan bas adalah 15 - 20 minit.

Tambang minimum RM1 akan dikenakan untuk laluan tersebut. Namun, pengunjung yang menggunakan KTM, LRT dan ERL akan menaiki shuttle bas secara Percuma bagi setiap pembelian pakej tiket ke MAEPS semasa Pesta Buku berlangsung di kaunter stesen KTM, LRT & ERL yang terlibat. Bagi saya ini adalah satu usaha yang baik dan sudah pasti akan memudahkan kita untuk berkunjung ke PBAKL MAEPS ini. So tak ada alasan lagi kan. Mesti pi!!




Sebelum kita ke Pesta Buku, saya pasti uolls semua sudah membuat persiapan yang sewajarnya. Dah tengok jadual kehadiran penulis, senarai buku terbaru yang akan dilancarkan dan apakah program-program menarik yang akan berlangsung di pentas utama sepanjang pesta buku kali ini. Dan yang paling penting sekali, pastinya kita sudah pun mendapat informasi tentang pakej-pakej diskaun yang menarik yang ditawarkan oleh semua penerbit buku yang terlibat.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ini. Okey, nantikan update seterusnya ya :)

~wit♥~

Tuesday, April 26, 2016

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
[25 April 2016]
[11:00 - 11:10AM]
[JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT]

 

Pada pukul 11 pagi hari Isnin lepas, program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah dilancarkan. Melalui program ini, kita dipohon untuk berhenti sebentar dari melakukan apa jua pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit.

Program ini bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit. Ia juga sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Untuk info lanjut boleh baca di link ini.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jom-baca-bersama-untuk-10-minit-1.511873

Okay, nak cerita apa yang saya baca. 10 minit saja kan jadi saya saya pilih untuk baca Kompilasi Cerpen Tiga Wanita Yang Aku Cinta karya Monalita Mansor.




Saya berjaya menghabiskan pembacaan cerpen Kekal yang pernah disiarkan di dalam Majalah Jelita tahun 1995. Cukup-cukup ja masa 10 minit baca cerpen tu. Nanti saya buat review ya. Apapun, saya happy sebab dapat join program ni:)


~wit♥~

Thursday, April 14, 2016

Misi Memburu Novel Sara Aisha [4] - Jodoh Itu Milik Kita, Cereka Cinta & Salju Kyoto

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...



Kali ni saya beli terus daripada Sara Aisha. Beli kombo tiga buah novel iaitu Jodoh Itu Milik KitaCereka Cinta dan novel terbaru iaitu Salju Kyoto. Macam tulah bila dah addict dengan sesuatu x-factor, terus grab semua karya penulis tu tanpa perlu check sana sini nak tau best ka dak.


Yang pastinya semua ini disebabkan oleh penangan AK dalam Salju Kyoto. Ah, AK... entah bila boleh dating dengan dia. Memang hati dah tak tahan tapi sabar sat noo.... Bila dah betul-betul free sure dating ngan AK dulu! Dok target AK saja.

Apa? Alasan banyak? Hahah~ Sorry la weyy... ceq memang busy tak hingat. Tak dak masa nak belek novel lagi. Tengok movie boleh la sebab baring sambil tengok jaa... tangan dok diam tak buat apa. Kira tu consider berehat. Kalau baca novel nak kena pegang novel tu, ceq dah penat... malam nak rest saja tak mau buat apa dah. Ekekeke....

Whatever!

Okaylah, misi dah berakhir dengan jayanya. Hope dapat juga cari ruang untuk khatam semuanya. Kepada fan-fan semua, kalau nak nikmati hasil karya Sara Aisha silalah ke D' Rauna Gallery tau.

Okay, semoga bertemu lagi.

~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...