Thursday, October 15, 2015

Zurinah Hassan Dipilih Sasterawan Negara Ke-13.

Teks: D' Rauna Gallery
Sumber: www.bharian.com.my


Zurinah Hassan dipilih Sasterawan Negara ke-13


Sekalung Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr Zurinah Hassan diatas penerimaan Anugerah Sasterawan Negara Ke-13. Beliau merupakan Sasterawan Negara Wanita yang pertama.

TAHNIAH.


~wit♥~

Segmen: Jom Tambah Follower

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: jmbelog.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya nak join segmen Jom Tambah Follower. Hope lepas ni dapat kenal ramai kawan baru :)


KLIK BANNER UNTUK JOIN

~wit♥~

Thursday, July 16, 2015

Koleksi Khas Edisi Syawal 2015

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook dan Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...

Okey, seperti yang dijanjikan inilah dia sebahagian daripada koleksi majalah edisi bumper raya tahun ini. Ini cuma sebahagian sahaja sebab saya cuma share majalah yang saya beli sahaja. Mungkin ada lagi edisi bumper untuk majalah lain yang saya tak beli, jadi korang yang suka majalah yang saya tak beli tu... korang wajib beli yer XD

Amboi.... saya punya intro berbelit-belit kan. Hehe... Okeylah, jom kita tengok majalah apa yang best dan menjadi pilihan saya untuk tahun ini. Haha... macam lah tahun lepas beli majalah lain. Rasanya setiap tahun sama saja eh. :P



Edisi Khas Syawal 2015 Majalah Mingguan Wanita


Edisi Khas Syawal Majalah Keluarga


Edisi Khas Ramadan & Aidilfitri Majalah Harmoni


Edisi Bumper Majalah Nur


Edisi Bumper Majalah Rasa


Edisi Eksklusif Syawal Majalah Media Hiburan


Edisi Khas Salam Eid Ul Fitr Majalah Hijab Fesyen


Edisi Salam Aidilfitri 2015 Majalah URTV


Okey, jadi macamana semua? Nampak menarik sangat majalah-majalah ni kan. Jangan lupa dapatkannya di pasaran sekarang. Di samping ketupat dan rendang, kuih-muih aneka rasa, koleksi majalah hari raya juga boleh dijadikan santapan senggang buat tetamu yang berkunjung.

Salam Lebaran. Raikan lebaran dengan senyuman.


~wit♥~

Friday, July 3, 2015

Saya Suka Sangat Edisi Bumper Raya!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Salam Ramadan ya... hari ini dah 16 hari kita berpuasa. Alhamdulillah.... cepat juga ya...tup tup dah pun 16 hari. Dah ada yang sibuk-sibuk buat persiapan untuk berhari raya? Baju raya... kuih raya... hehe... mesti dah ada yang sibuk membeli-belah kan. Bagus juga prepare awal-awal... kalau lambat-lambat takut nanti kelam-kabut pula. Yang paling sedih kalau nak beli baju dan kasut tengok-tengok saiz dah habis...kan...kan...

Okaylah, nak cerita ni.... ada satu benda yang saya suka sangat kalau time nak raya. Ha... siapa tahu apa dia yang saya suka sangat tu...? Apa dia...? Apa dia...? Hehe... ya betul....

SAYA SUKA SANGAT KUMPUL MAJALAH EDISI BUMPER RAYA

Ini koleksi Edisi Raya 2014
Menarik kan statement saya tu! Setiap tahun saya mesti beli Edisi Bumper Majalah Seri Dewi & Keluarga, Majalah Harmoni, Majalah Hijabista, Majalah Nur, Majalah Mingguan Wanita, Majalah Nona, Majalah Rasa, dan yang paling saya suka time nak raya ni ialah Majalah Media Hiburan. Hehe... Kalau nak diikutkan memang la saya kureng sikit majalah cerita artis-artis ni... tapi kalau Edisi Bumper Raya punya saya mesti beli. Sebab.... saya suka tengok dan baca cerita artis-artis berhari raya, tengok foto keluarga....tengok anak-anak diorang... tengok baju kasut yang macam-macam fesyen tu... eh pendek kata memang saya sukalah!

Kalau uolls nak tahu...best tau Edisi Bumper Raya ni... dah la tebal, ada macam-macam cerita... paling saya suka tengok pelbagai jenis koleksi fesyen hari raya daripada jenama-jenama fesyen yang semua orang tahu memang meletup-letup sekarang ni. Bukan nak beli baju tu pun, just suka belek-belek dan cari idea untuk buat baju sendiri. Yang mana rasa berkenan dan mampu milik tu, boleh la beli kan... yang mahal tahap retis tahap jutawan tu kita cuci mata sajalah. Tapi tak salah kalau kita ambil idea untuk fesyen diri sendiri. Kan...kan...kan... 

Bukan itu saja, koleksi resepi pun banyak. Semua majalah ada segmen resepi. Bukan Majalah Rasa saja tau... jadi banyak lah koleksi resepi yang boleh kita cuba. Tapi saya tak cuba pun lagi la... hehe... simpan dulu... mana tahu nanti bila dah jadi Super Suri bekerja dari rumah mesti ada banyak masa untuk mencuba pelbagai resepi kan... Masa tu memang berguna sangatlah koleksi resepi-resepi ni ;)

Okay, nanti saya akan update koleksi majalah-majalah Edisi Bumper Raya 2015 yang saya dah beli. Dah ada yang beli dah pun, tapi ada juga yang belum beli.

Stay tune yea...

Selamat Berpuasa.

Kurangkan Juadah Lebihkan Ibadah.

~wit♥~



Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadan Al Mubarak 1436H

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Marhaban Ya Ramadan :)

Alhamdulillah... Ramadan datang lagi. Esok seluruh umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia. Pastinya Ramadan yang ditunggu-tunggu ini disambut dengan penuh kesyukuran dan dipenuhi dengan segala bentuk amalan yang pastinya akan memberi ganjaran pahala yang besar.


Jadi di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap. Segala kekurangan itu datangnya daripada diri saya sendiri.

Di sini saya kongsikan doa niat puasa dan doa berbuka puasa. Boleh niat sebulan juga kalau mahu... Memang mudah sahaja kan :D


Okeylah, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan ini mendapat barakah dari-Nya. Ameen...

Selamat Berpuasa.

 ~wit♥~

Tuesday, May 19, 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 Part 3

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Yeay... hari terakhir di PWTC. Cukuplah tiga hari berkampung di sini. Pagi-pagi selepas breakfast, saya siap kemas semua barang-barang. Pesta buku buka pukul 10 pagi. Jadi kemas dahulu apa yang patut, nanti lepas jenguk pesta buku boleh terus check out.

Macam biasa, pergi KL satu luggage sahaja tapi balik dah jadi empat. Memang masalah masa balik nanti. Jadi awal-awal lagi saya dah pass dua beg besar barang-barang hadiah daripada pihak Karangkraf kat kakak saya yang kebetulan datang teman saya kat hotel.

Okay, dah selesai kemas semua. Saya pergi PWTC dulu. Terus menuju ke Dewan Tun Razak Tingkat 4 sebab ada kawan last minute pesan beli novel AIT2. Lepas tu pergi Idea Kreatif Publication (IKP) kat Bilik Melaka pula, nak cari novel Selimut Malam karya Hani Fazuha. Novel ni limited edition, ramai pula yang bercakap tentang novel ni. Jadi saya pun belilah  satu.

Jam dah pun pukul 11am. Orang dah makin ramai, semakin sesak. Saya pun dah tak mau singgah mana-mana dah sebab kalau singgah mesti ada jer yang kena sambar;) Dah banyak membeli, yang tak plan nak beli pun dah terbeli. Hehe...Sebelum keluar dari PWTC, singgah Karangkraf dulu. Ucap selamat tinggal buat kawan-kawan kat sana. Akhbar Sinar Harian tidak dilupa. Wajib beli satu... nak baca tentang PBAKL semestinya.

Okaylah, berakhir sudah kunjungan saya ke PBAKL pada tahun ini. Suatu kenangan yang amat manis, yang memberi seribu satu kepuasan peribadi. InsyaAllah, kita pasti akan bertemu lagi. Oppss... sebelum itu just nak share sedikit buku dan novel yang dah beli dan terbeli kali ini :)


Jumpa lagi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 (22 April - 01 Mei 2016).

~wit♥~

Thursday, May 14, 2015

#8 Terima Kasih Cikgu - Norhayati Berahim

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...

Menjelang Hari Guru yang bakal disambut pada 16 Mei ini, pasti ramai di antara kita yang tercari-cari hadiah untuk diberikan kepada guru-guru. Jadi saya nak cadangkan kepada semua, apa kata kita hadiahkan buku/novel Terima Kasih Cikgu karya penulis terkenal Norhayati Berahim.



Buku ini amat sesuai dibaca bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga ibu bapa dan guru-guru. Kira buku ni perlu dibaca dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Saya kongsi sedikit sedutan daripada buku ini.


Semua yang mendengar ketawa. Begitu juga Rusdi yang tersipu-sipu malu mengetahui yang lelaki duduk di sebelah kirinya sebentar tadi adalah cikgu.
“Maaf, cikgu.”
“Hesy, tak payahlah panggil cikgu. Panggil pak cik. Kamu tak perlu ikut cakap Si Jimmy tu, sesuka hati dia saja nak panggil. Kadangkala panggil pak cik, kadang cikgu, kadang Mat, kadangkala Yatim. Pernah dia panggil pak cik, abang. Bila masa pak cik kahwin dengan adik dia, entah.”
Sekali lagi, semua yang mendengar guruan Cikgu Mat Yatim itu ketawa besar. Jimmy yang sedang menyuap bihun hampir tersedak mendengarnya.
“Hormatlah, Yatim. Aku panggil kau abang walau aku lebih tua daripada kau sebab aku tahu kau banyak ilmu daripada aku.”
“Ilmu apa yang aku ada?”
Tanya Cikgu Mat Yatim. Lebih separuh surau itu sudah dicat oleh mereka. Dia sangat puas hati. Bahkan kerja-kerja itu dilakukan dengan sangat berjaya sekali.
Kata Hasna, lepas cat kering nanti dia mahu menggantung langsir baharu. Langsir yang berbunga ros itu walau orang lain tidak pernah menggantungnya di surau, tetapi cantik dan kena dengan cat hijau surau itu.
“Banyak ilmu kau ada, ilmu dapat anak ramai. Aku anak dua orang saja, kau sampai tujuh.”
Kelakar Jimmy separuh mengusik. Riuh surau itu dengan suara-suara ceria dan gelak ketawa.
“Itu ilmu tak perlu dituntut. Itu bantai saja.”

Ha, best kan. Walaupun sedikit sahaja, tapi saya suka dengan gaya bahasa yang digunakan. Setiap ayat yang digunakan adalah ayat yang baik-baik dan penuh dengan ilmu. Bak kata penulis buku ini,


Seorang guru bukan kerjanya menghias kelas sahaja..
Tetapi seorang guru cuba membantu anak anak muridnya menjadi baik..
Seorang guru sentiasa memberi makanan dijiwa anak anak muridnya..
Seorang guru tidak pernah berkata "asyik asyik nak suruh cikgu.."
Bahkan Cikgu Mat Yatim guru yang sentiasa menerima apa sahaja masalah murid untuk dibantu kerana dia menganggap itu pahala buatnya..
(sumber: Facebook NB Kara)

Jadi, kepada sesiapa yang ingin memiliki buku ini bolehlah beli terus daripada pihak NB Kara. Hadiahkan Guru anak-anak anda untuk menghargai segala jasa dan penat lelah mereka mendidik anak-anak kita.

PM di NB Kara Sdn. Bhd.
RM23/26 postage percuma.
Bayaran boleh dibuat melalui Maybank Norhayati Berahim 164267408855.

Sekian dahulu untuk kali ini. Jumpa lagi.


~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...