Friday, March 1, 2013

Super Hot Item!!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Berikutan permintaan yang amat menggalakkan sejak akhir-akhir ini, pihak D' Rauna Gallery telah berbesar hati mengemaskini kadar sewa untuk novel-novel terpilih.

Jom kita pakat review ramai-ramai...



p/s : kadar sewa baru di FB akan diupdate soon. Tunggu!!

~wit♥~

Thursday, February 21, 2013

New Arrival Jan - Feb 2013

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Ini adalah koleksi terbaru Novel Kreatif di D' Rauna Gallery....ada yang dah lama beli tapi baru berkesempatan nak publish kat sini.

So apa tunggu lagi.....silakanlah:-)


~wit♥~

Novel Indonesia vs Novel Malaysia

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Ari tu masa pegi bercuti ke Medan, Indonesia sempat singgah di Medan Mall...menjenguk kedai buku Gramedia. Gramedia ni macam Popular Bookstore kita. Di sini terdapat banyak buku-buku terjemahan ke bahasa Indonesia. Masa tu siap ada jualan murah lagi. Cer tengok foto di bawah…berlonggok2 buku tapi campur2 la…kena pandai2 cari la buku yang best…



So apa lagi...D' Rauna Gallery pun boronglah beberapa buah buku khas buat pembaca-pembaca yang setia.....cer tengok di bawah ni...macam best kan;-)



Novel Habibie & Ainun dan Cinta Suci Zahrana memang karya yang popular kat sana. Nak tahu cerita di sebalik novel-novel ni...ermmm..sebenarnya of course la kita tak tahu novel apa yang best kan...Jadi, saya pun dengan rendah dirinya tegurlah sorang adik ni...tanya dia novel apa yang best...saya dari Malaysia..enggak tahu mau beli nobel apa..hikhik..Jadi..dia pun merekomenkan novel-novel ini...katanya bagus bangat....;-)



Yang ni pulak terbeli sebab....ermmm.....malaih nak baca dalam Bahasa Inggeris...dah jumpa yang Melayunya so belilah...walaupun lam bahasa Indonesia....enggak apa2....janji faham...hikhik....



Koleksi novel Lord Of The Rings ni pun sama gak. Lam bahasa Indonesia....boleh gitu....xkisahlah kan...yang penting kita faham citer tu....



Yang ni pulak novel2 lama...yang berlonggok-longgok tu...tengok cam best jer...tu yang beli...lagipun murah jer...ada less 40% lagi....



So, kalau ada sesiapa yang berminat untuk menyewa novel-novel ini….silakanlah…jangan malu-malu tau…

~wit♥~

Thursday, February 14, 2013

Koleksi Novel Kreatif D' Rauna Gallery

Teks: D' Rauna Gallery

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa novel dari D' Rauna Gallery bolehlah jenguk link di bawah. Senarai koleksi novel kreatif khas buat pembaca tersayang. 

Happy view;-)

http://draunagallery.blogspot.com/p/katalog.html


~wit♥~

Wednesday, February 1, 2012

#2 Sepi Tanpa Cinta - Damya Hanna

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Foto: Hello pembaca semua...

Buku Pilihan Minggu Ini menampilkan novel Sepi Tanpa Cinta karya Damya Hanna.

NO SIRI : NK40
TAJUK : SEPI TANPA CINTA
PENULIS : Damya Hanna
HARGA : RM2
HALAMAN : 496

SINOPSIS: Haziqah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!



~wit♥~

Thursday, January 26, 2012

#1 Jauh - Aisya Sofea

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Buku Pilihan Minggu Ini menampilkan novel Jauh karya Aisya Sofea.

NO SIRI : NK54
TAJUK : JAUH
PENULIS : Aisya Sofea
HARGA : RM2
HALAMAN : 254

SINOPSIS: Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.



~wit♥~

Friday, January 20, 2012

Karnival Karangkraf 2012

Teks: D' Rauna Gallery

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Karnival Karangkraf datang lagi...bertempat di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf pada 27 - 29 Januari 2012 jam 9.00 pagi - 9.00 malam..kali ini lebih besar...lebih gempak:-))

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda. Temui juga penulis-penulis hebat kesayangan anda.
Jangan lupa, datang beramai-ramai memeriahkannya:-)


~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...