Thursday, May 7, 2015

Majlis Pelancaran Novel Andai Itu Takdirnya 2

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...


Hari ini saya nak review tentang Majlis Pelancaran Novel Andai Itu Takdirnya 2 karya Siti Rosmizah. Majlis ini telah diadakan pada 25 April 2015 yang lalu bertempat di Dewan Kenanga Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan secara tertutup ini turut dihadiri oleh para penulis SR Publication, pihak media, pihak penaja seperti MPH dan Popular Bookstore, rakan-rakan dan keluarga terdekat SR serta bintang hati SR iaitu kami peminat-peminat setia novel-novel Siti Rosmizah.

Sebenarnya, ini adalah kali ke-3 saya menghadiri majlis pelancaran novel Siti Rosmizah. Kali pertama ialah novel Curi-Curi Cinta yang diadakan di Sunway Putra Hotel, yang kedua novel Cukup Derita Itu di Ballroom Seri Pacific Hotel dan inilah kali yang ke-3 untuk novel AIT 2 yang merupakan sambungan novel AIT terbitan Buku Prima.

Rasanya novel AIT memang tidak asing lagi di kalangan pembaca-pembaca semua. Kisah Aleya dan Syed Aizril merupakan sebuah kisah yang meruntun jiwa dan membuatkan ramai yang menangis. Dek kerana kuatnya penangan novel AIT, maka lahirlah kesinambungan kisah mereka dalam AIT2. Yang pasti novel ini lebih mencengkam jiwa dan membuatkan pembaca-pembaca semua merasa sakit dan terluka malah mungkin timbul perasaan benci terhadap Syed Aizril.


Majlis ini turut diserikan dengan pementasan babak-babak daripada novel AIT2 itu sendiri lakonan barisan pelakon-pelakon terkenal seperti Ezany, Aisyah Atan, Kalam dan lain-lain lagi. Malah yang paling menarik, ia turut diselang-selikan dengan nyanyian daripada Lan Kristal, Salma Mentor dan Akim. Lagu-lagu yang dipilih juga amat menarik, bertepatan dengan babak-babak yang dilakonkan.


Apatah lagi kemunculan Akim yang menyanyikan lagu berhantunya..."Mewangi"... memang semua terdiam terpaku mendengar suara serak-serak Akim.


Seperti biasa, kak Siti pasti akan memilih pembaca yang bertuah untuk turut sama melancarkan novel AIT2. Dan pada kali ini, mereka yang memakai t-shirt novel AIT2 layak untuk mendapat cabutan bertuah dan berpeluang melancarkan novel ini bersama-sama SR. Dua orang pembaca bertuah telah terpilih. Best kan... bukan sahaja dapat melancarkan novel bahkan juga dapat cenderahati istimewa daripada SR. Bertuah badan :)


Majlis ini diakhiri dengan sesi tandatangan dan bergambar mesra bersama Siti Rosmizah dan juga penulis-penulis SR yang lain. Semuanya tidak melepaskan peluang beramah-mesra dan bergambar kenangan dengan artis-artis yang hadir. Semuanya begitu friendly dan terasa dekat di hati. Sebab tu saya suka attend majlis tertutup begini, walaupun ada artis tetapi majlis berjalan dengan penuh kesederhanaan berlandaskan `respect each other' dan `professionalism' sentiasa ada. Yang pasti meriah tetap meriah.



Tahniah buat team SR Publication. Saya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk join majlis-majlis yang akan datang.

Terima kasih daun keladi,
InsyaAllah tahun hadapan kita jumpa lagi:)


~wit♥~

Monday, April 20, 2015

Jemputan Ke Majlis Pelancaran Novel AIT2

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Yeay...kad jemputan ke Majlis Pelancaran Novel Andai Itu Takdirnya 2 karya Siti Rosmizah dah pun sampai. Excited sangat-sangat nih.... memang suka sangat attend majlis yang dianjurkan oleh SR sebab majlis diorang memang sempoi, memang happening.

Seperti yang tertera di kad, majlis ini akan diadakan pada 25 April. Berapa hari jer lagi tu...pejam celik pejam celik dah pun hari sabtu. So kita jumpa di sana tau...

Pada sesiapa yang order novel AIT2, pihak D' Rauna Gallery akan cuba untuk mendapatkan tanda tangan SR. Kita akan cuba sehabis baik... sebab dah check jadual SR... memang jenuh la nak kejar sebab clash dengan penulis-penulis di booth lain. Tapi tak apa, tak dapat kejar hari ni saya kejar esok pulak. Hehe...yang penting cuba yang terbaik untuk fan-fan tersayang. Cewahh!!

Okey, sebelum kita peluk AIT2 apa kata kita belek cover novel ni dulu puas-puas.



~wit♥~

Friday, April 17, 2015

Info Menarik PBAKL 2015

Teks : D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Seperti yang dijanjikan inilah dia sebahagian daripada info-info menarik tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 yang sempat saya kumpul untuk anda semua. Nak tahu lebih lanjut rujuk sahaja pada gambar-gambar di bawah. Semestinya memang terbaik kebaboom.... Siapa tak join memang rugi habis!!

Baru jer cakap bahangnya kurang terasa, tengok-tengok sekarang ni panas berapi membara hingga membuatkan saya tak sabar-sabar tunggu 24 April ni :)

Saya pasti uolls kat luar sana pun macam tu juga kan...kan...kan...

Okeylah, biar gambar sahaja yang berbicara.










Ini cuma sebahagian sahaja tau.... Kalau nak tau lagi apa yang menarik ada kat PBAKL kali ini, teruskan cari info kat laman-laman sosial hokeeh. Ada banyak lagi yang pastinya boleh membuatkan mata anda terbeliak, mulut anda ternganga. Hehehe...

Okeylah, selamat berpesta buku di PWTC. Jumpa anda di sana!!

~wit♥~

10 Novel Dan Buku Pilihan PBAKL 2015

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Hari ni saya nak berkongsi 10 novel dan buku umum pilihan saya untuk dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 nanti. Semuanya novel-novel terbaru karya novelis-novelis terkenal tanah air. Buku pun buku terbaru. Mungkin ada yang tanya kenapa 10 sahaja, tidak 20 atau 30? Hehe...10 cukuplah kot. Yang penting kita beli. Itu menunjukkan sokongan kita kepada novelis-novelis kesayangan dan juga sokongan kita kepada industri buku.

Semua buku-buku ni panas dari kilang tau :)

1. ANDAI ITU TAKDIRNYA 2 - SITI ROSMIZAH


Penerbit - SR Publication
Harga - RM36.00
2. CHANDELIER - ACIK LANA

Penerbit - Kaki Novel
Harga - RM32.00
3. KIMCHI UNTUK AWAK - SURI RYANA

Penerbit - Kaki Novel
Harga - RM29.00
4. JANGAN BIAR DIA MASUK - A. DARWISY

Penerbit - Buku Prima
Harga - RM31.00
5. GILA TAK RINDU - MURNI AQILA

Penerbit - Alaf21
Harga - RM30.00
6. ULAM KASIH SAMBAL CINTA - NORZAILINA NORDIN

Penerbit - Alaf21
Harga - RM27.00
7. ANTOLOGI CINTA SAYANG - AISYA SOFEA, ANIS AYUNI, ALEYA ANEESA & ROZITA ABD. WAHAB

Penerbit - Alaf21
Harga - RM29.00
8. UNTUNGLAH AWAK MENTUA SAYANG - NORHAYATI BERAHIM


Penerbit - NB Kara
9. HIKAYAT CALAQISYA - HAZWAN FAIZ

Penerbit - Dubook Press
Harga - RM25.00
10. BICARA INI UNTUK MURABBI - M. AMIRO SAFWAN M. KAMIL

Penerbit - Karya Bestari
Harga - RM28.00
Okey, selamat membeli dan selamat membaca ^_^


~wit♥~

Wednesday, April 15, 2015

PBAKL 2015

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Pesta Buku PWTC 09 hari lagi!

Jangan lupa datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 yang akan bermula pada 24 April 2015 hingga 03 Mei 2015 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur. Datang beramai-ramai memeriahkannya kerana terdapat beratus-ratus booth dari pelbagai penerbit dalam dan luar negara serta terdapat pelbagai aktiviti yang amat menarik disediakan oleh pihak penganjur untuk semua pengunjung.

Sekiranya anda tersesat atau tidak dapat mencari booth, bolehlah rujuk kepada pelan yang biasanya dipaparkan pada setiap level. Anda boleh juga bertanya kepada Duta Buku yang telah dilantik oleh pihak penganjur untuk membantu memberi tunjuk arah ke lokasi booth yang ingin ditujui. Yang penting, jangan malu bertanya kerana yang pastinya anda akan dilayan dengan senyuman mesra.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang pihak D' Rauna Gallery juga tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke PBAKL kali ini. Nantikan update daripada kami ya :)

Okey, jumpa di sana ^_^

~wit♥~

Tuesday, February 17, 2015

Novel Andai Itu Takdirnya 2 ~ Siti Rosmizah

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ha… mesti pelik kan kenapa tiba-tiba jer saya nak cerita pasal novel Andai Itu Takdirnya kan. Jeng jeng jeng…ni nak bagitahu ada satu berita menarik ni. Tara… dengan ini saya mempersembahkan novel Andai Itu Takdirnya 2…

Ha… surprise tak…? Surprise tak…? Mesti ada di antara you all yang tak tahu bahawa novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah ada sambungannya. Ya kan…? Novel yang diberi tajuk Andai Itu Takdirnya 2 bakal dilancarkan pada 25 April 2015 nanti sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 di PWTC. Wah… memang tak sabar sangat nak baca kesinambungan kisah Syed Adam Aizril dan Aleya.

Kalau nak tahu, saya sangat sukakan novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah. Ceritanya amat menyentuh kalbu, bisa merembeskan air mata. Tak pasti dah berapa kali baca novel ini, yang pastinya novel inilah yang menjadi pilihan pertama saya untuk direkomenkan kepada kawan-kawan andai ada yang bertanyakan novel apa yang best. Dan saya pasti ramai lagi pembaca novel dan peminat setia Siti Rosmizah turut melakukan benda yang sama.

Saya masih ingat lagi, novel ini saya beli sewaktu pesta buku kat USM…masa tu Syarikat Adam dari Taman Rozhan Bukit Mertajam yang buka booth kat sana. Masa nak beli novel tu, 2-3 kali juga saya tanya kat adik yang jaga booth tu… “betul ke novel ni best?” dan katanya memang best kak…

So saya pun belilah. Memang best giler. Semenjak itu saya tak pernah terlepas daripada memiliki novel-novel Siti Rosmizah yang seterusnya. Sebab tu bila saya dapat info tentang majlis pelancaran novel Andai Itu Takdirnya 2 yang bakal diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, saya terus hantar email untuk join majlis ini. Bukan apa, saya mahu menjadi antara orang yang terawal memiliki novel ini, beli sendiri dari kak Siti dan terus dapat tanda tangan kak Siti.

Jadi jangan cemburu tau. Kalau cemburu juga apa kata jom kita ramai-ramai memeriahkan majlis ini. Tempat amat terhad jadi siapa cepat dia dapat. Pada yang tak berkesempatan nak join majlis ini dan mahu novel ini beserta tandatangan kak Siti, macam biasa boleh hubungi pihak D’ Rauna Gallery di talian 018-4044132. InsyaAllah kita boleh tolong beli dan dapatkan tanda tangan kak Siti.

Okeylah, jom sama-sama kita menghitung hari untuk memeluk Andai Itu Takdirnya 2.

Jumpa lagi.

Adios.

~wit♥~

Monday, November 17, 2014

Bengkel Penulisan Novel Fiksyen

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ya...berita baik untuk semua. Nak tahu tak...? Akhirnya setelah sekian lama, satu Bengkel Penulisan Novel Fiksyen akan diadakan di Kulim Kedah. Tempat tinggal saya la tu ^_^

Jadi, saya dengan suka citanya nak war-warkan kat sini. Maklumlah, selama ni saya pasti ramai yang bertanya bila nak buat bengkel penulisan kat Kulim ni. Asyik buat kat KL/Selangor nun saja. Jauh la pulak kalau nak join pun... betul tak..?

Bengkel ini akan dikendalikan oleh Cikpuan Nor Liana Omar yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penerbitan. Bukan itu sahaja, Web Sutera, seorang penulis novel fiksyen sejarah dan buku motivasi juga akan berkongsi ilmu nanti. Jadi, bila dah ada peluang ni apa kata kita serbu ramai-ramai. Tempat hanya terhad untuk 30 orang peserta sahaja. Kena rebut cepat la.

Boleh refer info di bawah untuk maklumat lanjut tentang bengkel ini

Bengkel Penulisan Novel Fiksyen

Tarikh : 14 Disember 2014
Hari : Ahad
Masa : 8:30am - 5pm
Lokasi : Hotel Seri Malaysia Kulim Kedah

Daftar segera! Hubungi Cik Adeelia - 0195054973


Kita jumpa di sana.


~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...