Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...
Hari ini saya nak review tentang Majlis Pelancaran Novel Andai Itu Takdirnya 2 karya Siti Rosmizah. Majlis ini telah diadakan pada 25 April 2015 yang lalu bertempat di Dewan Kenanga Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan secara tertutup ini turut dihadiri oleh para penulis SR Publication, pihak media, pihak penaja seperti MPH dan Popular Bookstore, rakan-rakan dan keluarga terdekat SR serta bintang hati SR iaitu kami peminat-peminat setia novel-novel Siti Rosmizah.
Sebenarnya, ini adalah kali ke-3 saya menghadiri majlis pelancaran novel Siti Rosmizah. Kali pertama ialah novel Curi-Curi Cinta yang diadakan di Sunway Putra Hotel, yang kedua novel Cukup Derita Itu di Ballroom Seri Pacific Hotel dan inilah kali yang ke-3 untuk novel AIT 2 yang merupakan sambungan novel AIT terbitan Buku Prima.
Rasanya novel AIT memang tidak asing lagi di kalangan pembaca-pembaca semua. Kisah Aleya dan Syed Aizril merupakan sebuah kisah yang meruntun jiwa dan membuatkan ramai yang menangis. Dek kerana kuatnya penangan novel AIT, maka lahirlah kesinambungan kisah mereka dalam AIT2. Yang pasti novel ini lebih mencengkam jiwa dan membuatkan pembaca-pembaca semua merasa sakit dan terluka malah mungkin timbul perasaan benci terhadap Syed Aizril.
Apatah lagi kemunculan Akim yang menyanyikan lagu berhantunya..."Mewangi"... memang semua terdiam terpaku mendengar suara serak-serak Akim.
Seperti biasa, kak Siti pasti akan memilih pembaca yang bertuah untuk turut sama melancarkan novel AIT2. Dan pada kali ini, mereka yang memakai t-shirt novel AIT2 layak untuk mendapat cabutan bertuah dan berpeluang melancarkan novel ini bersama-sama SR. Dua orang pembaca bertuah telah terpilih. Best kan... bukan sahaja dapat melancarkan novel bahkan juga dapat cenderahati istimewa daripada SR. Bertuah badan :)
Majlis ini diakhiri dengan sesi tandatangan dan bergambar mesra bersama Siti Rosmizah dan juga penulis-penulis SR yang lain. Semuanya tidak melepaskan peluang beramah-mesra dan bergambar kenangan dengan artis-artis yang hadir. Semuanya begitu friendly dan terasa dekat di hati. Sebab tu saya suka attend majlis tertutup begini, walaupun ada artis tetapi majlis berjalan dengan penuh kesederhanaan berlandaskan `respect each other' dan `professionalism' sentiasa ada. Yang pasti meriah tetap meriah.
Tahniah buat team SR Publication. Saya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk join majlis-majlis yang akan datang.
Terima kasih daun keladi,
InsyaAllah tahun hadapan kita jumpa lagi:)
~wit♥~
No comments:
Post a Comment