Selamat datang ke D'Rauna Gallery. Kami menawarkan pelbagai genre buku dan novel untuk penyewaan, tertakluk kepada terma & syarat. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi kami. ~Bacalah...kerana membaca itu anak kunci kepada Ilmu. Ilmu itu pula imam kepada segala amalan. Dan amalan itu akan membawa kepada taqwa. Allah s.w.t telah memilih kalimah iqra' untuk mentarbiah umat~
(dipetik daripada Majalah Solusi 18)
Sebuah antalogi cerpen dari Amal Hamsan, ( realifiksinisme.blogspot.com ). Pernah menulis di banyak blog lain sebelum ini, dan pernah terlibat dalam projek zine Koskenkorva.
Kadang-kadang, kau perlu jatuh dari puncak gunung yang menggeletek awan untuk sedarkan diri kau sendiri, apa yang selama ini kau panjat, apa yang selama ini kau cuba nak gapai. Banyak duri yang akan kau pijak, banyak batu yang akan terus kau tampung di bahu untuk setiap kali kaki kau melangkah. Semua ini, hanya untuk memperlihatkan apakah yang kau inginkan itu, sesuatu yang untuk kau perjuangkan atau tidak.
Dan setiap luka baru yang ditindan di atas parut luka-luka lama, sentiasa menceritakan sebuah cerita baru. Sebuah cerita pedih, dan hitam.
Aku terluka, hampir mati, namun aku masih cuba berdiri.
Pypac by aciklana ade lgi x ?
ReplyDeleteHai...sorry lambat reply.
DeleteNovel PYPAC ada untuk disewa. Sekitar kawasan kulim saja yer...
wah..bagus..boleh sewa novel
ReplyDeleteInsyaAllah boleh... jemput lah ke D'Rauna Gallery :)
DeleteNovel Nk156 itu mengenai apa ye?
ReplyDeleteNovel - Heroin
DeleteSebuah antalogi cerpen dari Amal Hamsan, ( realifiksinisme.blogspot.com ). Pernah menulis di banyak blog lain sebelum ini, dan pernah terlibat dalam projek zine Koskenkorva.