Foto: Koleksi Peribadi
Hello pembaca semua...
Hari ni saya nak review novel PYPAC karya Acik Lana. Novel ni adalah novel ke-4 Acik Lana. Memang very exclusive and limited edition. Tak ada jual kat mana-mana kedai buku. Kalau nak, memang kena order direct kat Acik Lana.
Saya pun order masa diorang buka order yang second wave punya. Masa first buka order tu dah tau dah tapi sengaja tak nak order sebab ingat novel ni terbitan Kaki Novel. So boleh la beli kat mana-mana kedai buku. Rupa-rupanya tak...ha...nasib baik lagi....:)
Novel ni baru jer smpai...belum baca lagi...so x leh nak komen panjang-panjang. Tapi xpe, saya tak risau sangat sebab so far semua karya Acik Lana memang tak pernah menghampakan. Then kalau tengok kat facebook group Acik Lana : Luahan Otak Kecil...memang rata-ratanya memuji karya ni. So, xyah cakap banyaklah...memang best lah!
Ha...nak tau sinopsis...? Ok, saya dengan murah hatinya nak bagi sikit kat you all....sikit jer tau..kalau nak lelebih kena beli sendiri...itupun kalau masih ada stok :P or boleh juga dapatkannya di D' Rauna Gallery;-)
SINOPSIS:
Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.
Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.
Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.
“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga
“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi
Ha...amacam...? Best tak...? Best kan...kan...kan...;)
Thank you Abang PosLaju...
Aha...jeng..jeng..jeng....
Syoknya...dapat peluk K-Kim ketat-ketat...;-)
~wit♥~