Tuesday, May 19, 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 Part 3

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Yeay... hari terakhir di PWTC. Cukuplah tiga hari berkampung di sini. Pagi-pagi selepas breakfast, saya siap kemas semua barang-barang. Pesta buku buka pukul 10 pagi. Jadi kemas dahulu apa yang patut, nanti lepas jenguk pesta buku boleh terus check out.

Macam biasa, pergi KL satu luggage sahaja tapi balik dah jadi empat. Memang masalah masa balik nanti. Jadi awal-awal lagi saya dah pass dua beg besar barang-barang hadiah daripada pihak Karangkraf kat kakak saya yang kebetulan datang teman saya kat hotel.

Okay, dah selesai kemas semua. Saya pergi PWTC dulu. Terus menuju ke Dewan Tun Razak Tingkat 4 sebab ada kawan last minute pesan beli novel AIT2. Lepas tu pergi Idea Kreatif Publication (IKP) kat Bilik Melaka pula, nak cari novel Selimut Malam karya Hani Fazuha. Novel ni limited edition, ramai pula yang bercakap tentang novel ni. Jadi saya pun belilah  satu.

Jam dah pun pukul 11am. Orang dah makin ramai, semakin sesak. Saya pun dah tak mau singgah mana-mana dah sebab kalau singgah mesti ada jer yang kena sambar;) Dah banyak membeli, yang tak plan nak beli pun dah terbeli. Hehe...Sebelum keluar dari PWTC, singgah Karangkraf dulu. Ucap selamat tinggal buat kawan-kawan kat sana. Akhbar Sinar Harian tidak dilupa. Wajib beli satu... nak baca tentang PBAKL semestinya.

Okaylah, berakhir sudah kunjungan saya ke PBAKL pada tahun ini. Suatu kenangan yang amat manis, yang memberi seribu satu kepuasan peribadi. InsyaAllah, kita pasti akan bertemu lagi. Oppss... sebelum itu just nak share sedikit buku dan novel yang dah beli dan terbeli kali ini :)


Jumpa lagi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 (22 April - 01 Mei 2016).

~wit♥~

Thursday, May 14, 2015

#8 Terima Kasih Cikgu - Norhayati Berahim

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...

Menjelang Hari Guru yang bakal disambut pada 16 Mei ini, pasti ramai di antara kita yang tercari-cari hadiah untuk diberikan kepada guru-guru. Jadi saya nak cadangkan kepada semua, apa kata kita hadiahkan buku/novel Terima Kasih Cikgu karya penulis terkenal Norhayati Berahim.



Buku ini amat sesuai dibaca bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga ibu bapa dan guru-guru. Kira buku ni perlu dibaca dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Saya kongsi sedikit sedutan daripada buku ini.


Semua yang mendengar ketawa. Begitu juga Rusdi yang tersipu-sipu malu mengetahui yang lelaki duduk di sebelah kirinya sebentar tadi adalah cikgu.
“Maaf, cikgu.”
“Hesy, tak payahlah panggil cikgu. Panggil pak cik. Kamu tak perlu ikut cakap Si Jimmy tu, sesuka hati dia saja nak panggil. Kadangkala panggil pak cik, kadang cikgu, kadang Mat, kadangkala Yatim. Pernah dia panggil pak cik, abang. Bila masa pak cik kahwin dengan adik dia, entah.”
Sekali lagi, semua yang mendengar guruan Cikgu Mat Yatim itu ketawa besar. Jimmy yang sedang menyuap bihun hampir tersedak mendengarnya.
“Hormatlah, Yatim. Aku panggil kau abang walau aku lebih tua daripada kau sebab aku tahu kau banyak ilmu daripada aku.”
“Ilmu apa yang aku ada?”
Tanya Cikgu Mat Yatim. Lebih separuh surau itu sudah dicat oleh mereka. Dia sangat puas hati. Bahkan kerja-kerja itu dilakukan dengan sangat berjaya sekali.
Kata Hasna, lepas cat kering nanti dia mahu menggantung langsir baharu. Langsir yang berbunga ros itu walau orang lain tidak pernah menggantungnya di surau, tetapi cantik dan kena dengan cat hijau surau itu.
“Banyak ilmu kau ada, ilmu dapat anak ramai. Aku anak dua orang saja, kau sampai tujuh.”
Kelakar Jimmy separuh mengusik. Riuh surau itu dengan suara-suara ceria dan gelak ketawa.
“Itu ilmu tak perlu dituntut. Itu bantai saja.”

Ha, best kan. Walaupun sedikit sahaja, tapi saya suka dengan gaya bahasa yang digunakan. Setiap ayat yang digunakan adalah ayat yang baik-baik dan penuh dengan ilmu. Bak kata penulis buku ini,


Seorang guru bukan kerjanya menghias kelas sahaja..
Tetapi seorang guru cuba membantu anak anak muridnya menjadi baik..
Seorang guru sentiasa memberi makanan dijiwa anak anak muridnya..
Seorang guru tidak pernah berkata "asyik asyik nak suruh cikgu.."
Bahkan Cikgu Mat Yatim guru yang sentiasa menerima apa sahaja masalah murid untuk dibantu kerana dia menganggap itu pahala buatnya..
(sumber: Facebook NB Kara)

Jadi, kepada sesiapa yang ingin memiliki buku ini bolehlah beli terus daripada pihak NB Kara. Hadiahkan Guru anak-anak anda untuk menghargai segala jasa dan penat lelah mereka mendidik anak-anak kita.

PM di NB Kara Sdn. Bhd.
RM23/26 postage percuma.
Bayaran boleh dibuat melalui Maybank Norhayati Berahim 164267408855.

Sekian dahulu untuk kali ini. Jumpa lagi.


~wit♥~

Monday, May 11, 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 Part 2

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

26 April 2015.

Hari kedua di PWTC, jam baru menunjukkan pukul 10am. Keadaan masih lengang... terasa bebas memilih buku. Saya terus ke booth Kaki Novel. Semestinya nak cari novel Chandelier karya Acik Lana dan Kimchi Untuk Awak karya Suri Ryana. Dapat jer dua novel tu terus pergi ke booth Karya Seni pula. Booth Karya Seni belum buka, ramai yang dah beratur di depan pintu masuk. Okay la... saya pun beratur sekali la... kalau nanti datang balik mesti lagi ramai.


Memandangkan ramai sangat orang yang nak serbu Karya Seni, saya pun memang dah berkira-kira nak ambil novel dan terus bayar, terus keluar. Memang tak sanggup la nak bersesak-sesak macam tu. Tahun ni booth Karya Seni dan Penulisan2u memang hangat. Penangan artis-artis terkenal la tu... ramai artis yang ada kat booth tu... tu yang sesak. Adoi la...


Jadi tak nak fikir panjang dah, saya memang dah set nak beli kombo Mei & Jun. Kira nanti masuk jer pintu tu terus capai semua novel yang nak dan terus pi bayar. Wahh... bunyi macam sistematik sangat kan tapi buka jer pintu tu...mak aiii... semua pun serbu. Semua pun nak beli novel yang sama... Tapi saya kan kecik jer so memang boleh menyelit-nyelit la. Siap minta tolong orang di depan tu ambilkan novel untuk saya. Hehe... pandai kan! Dapat jer semua novel terus pi bayar dan terus keluar.

Sebenarnya sebahagian daripada novel-novel tu tak masuk dalam senarai nak beli pun. Tapi malas la nak bersesak-sesak lama kat dalam tu. Jadi beli jer yang kombo tu. Lagipun harga dia boleh tahan menarik juga ;) Dapat 8 novel tau... semua novel terbaru... kira okay la kan...


Sebaik sahaja keluar dari bilik tu, terus pergi bilik sebelah dulu sebab ada novelis kat situ. Masa tu memang lengang giler la.. mungkin masih ramai yang dok sibuk pilih novel kat bilik sebelah kan. Macam ni baru best jumpa novelis... boleh borak-borak dengan amannya. Nak bernafas pun senang :) Sempat la jumpa novelis Sara Aisya, Ameera Amir dan Hessa Widad. Ni first time jumpa diorang... dan first time juga beli novel diorang...



 Jam pun dah menunjukkan pukul 11:15am. Nak pergi jumpa Acik Lana kejap... so patah balik pi Gerai Mawar (Kaki Novel). Masa sampai tu dah ada sembilan orang beratur, so saya yang ke-10. Sekali tengok kat depan tu...oh Bonda dan Masitah rupanya... Geng-geng yang lain pun rasa macam kenal, memang pernah tengok sebelum ni. So apa lagi... kita posing dulu la sementara nak tunggu Acik Lana sampai...


Yeay... Acik Lana in da house ^_^ Setiap tahun jumpa Acik Lana... kadang-kadang setahun dua kali jumpa... dating kat Seksyen 7 Shah Alam... memang tempat favourite betul Hailam Kopitiam kat Seksyen 7 tu... Acik macam biasa la... ramah-tamah. Siap tanya lagi okay tak Acik pakai tudung... "eh, mestila okay Acik...." Alhamdulillah...


Lepas jumpa Acik, saya pi Karangkraf pula. Haha... mesti ramai yang hairan kan kenapa saya suka ulang-alik pi Karangkraf.. hehe... kemarin jumpa orang lain... hari ni nak jumpa orang lain pula. Ramai tau kawan kat Karangkraf tu... aktiviti pun banyak. Semua best-best... Saya jumpa ramai novelis dan juga editor Alaf21 serta Buku Prima. Damya Hanna, Aisya Sofea, Hasrudi Jawawi, Nuroll Shazlinda Hairul, Zan Zarida, Eka Farhana, Ruby Aksah pun ada... happy betul saya ><



 





Okay, saya pun dah penat. Tangan pun dah penuh menjinjing plastik-plastik berisi buku. Kita balik hotel dulu... kena rehat juga sebab nanti nak jalan lagi. Opss... baru teringat nak pergi beli nasi lemak. Beli dua bungkus nasi lemak, bawa balik lunch kat bilik ^_^

Petang tu dalam pukul 3pm baru saya pergi balik PWTC. Sebenarnya dah rasa malas dah nak pi, badan tak sihat macam tu la... tapi hati tu asyik teringat kat Suri Ryana jer. Dok tengok jam... tik tok tik tok..last-last pergi juga la. Nanti menyesal pulak... ingat senang ke Suri nak turun mai dari Korea nun... masa tu tawakal jer la.Kalau sempat jumpa okay la... masa pun ada 30 minit jer lagi. Kalau ikut jadual Suri ada sampai pukul 3:30pm jer. Tapi dah memang rezeki kan... dapat juga jumpa dia. Makin cantik la Suri...


Lepas tu barulah saya meneroka dari satu booth ke satu booth, dari Gerai Mawar ke Dewan Tun Hussein Onn. Singgah Love Novel Publication beli novel S.A.M.U.R.A.I dan Jodoh Sebelah Pintu karya Dekna Lee. Hajat di hati nak beli novel Hantu Punya Boss tapi dah habis daa...

Lepas tu jalan-jalan lagi... naik ke level 4. Mula-mula singgah Perbadanan Kota Buku dulu. Rehat-rehat melepaskan lelah. Ramai sungguh orang yang lepak kat situ. Kecil besar semua ada. Bukan setakat lepak, malah ramai yang mengambil peluang baca buku kat situ. Ada banyak bahan bacaan yang disediakan. Memang tempat tu menjadi tumpuan ramai.

Setelah puas berehat, saya pun terus menuju ke Dewan Tun Razak. Masuk jer pintu tu terus nampak booth Dubook Press. Rasanya ini kali pertama Dubook Press join PBAKL. Sebelum ni tak pernah nampak pun. Singgah lama juga la belek-belek buku. Sebelum ni kan tak pernah dengar pasal buku-buku Dubook Press, sebab tu rasa teruja sikit. Buku-buku dia macam pelik-pelik sikit, tengok cogankata dia saja sudah la... LIAR & ANGKUH... Memang sekarang ni dah jadi trend buku-buku sebegini menguasai pasaran. Memang ramai la peminat diorang, ramai sangat yang beli.



Saya pun memang nak singgah booth ni sebab nak beli buku Hikayat Calaqisya. Dan kebetulan ada yang order buku Amran Fans. Memang tak pernah dengar pun pasal buku ni, sebab tu menyinggah lama. Tengok gelagat orang-orang dekat booth ni sambil berfikir. Kenapa la diorang suka sangat buku-buku indie. Tu belum tengok buku-buku Fixi lagi...Lejen Press lagi... waduh-waduh...


Lepas tu singgah booth Lejen Press pula. Bukan apa, ada kawan order buku Lelaki Dari Entah Mana Mana karya Nami Cob Nobbler. Jadi kena pi beli la.... Sebelum ni saya ada juga beli buku Fixi dan Lejen Press ni. Ada Awek Chuck Taylor, Lelaki Eksisential, Heroin dan ada lagi la dua tiga buku yang saya beli. Dah 2 tahun beli tapi sampai sekarang belum baca lagi. Plastik pun tak buka lagi. Hehe...

Lepas tu pi booth NB Kara pula. Dah lama tak jumpa kak Norhayati Berahim. Sampaikan k.yati pun dah tak cam saya... selalu nampak jer dari jauh dah jerit nama. Ok la... lain sikit kan... makin comey kan... hahahaha~


Okay, penat memang tersangat penat. Sebelum balik beli akhbar Sinar Harian dulu. Cukup dah meronda untuk hari ini, malam ni memang tak mau pi PWTC dah sebab malam ni nak tengok bola. Liga Super Malaysia 2015 Kelantan bertemu Selangor; The Red Warrior vs The Red Giant.

Esok ada lagi satu hari kat PWTC. Kita jumpa esok!


~wit♥~

Saturday, May 9, 2015

POPULAR - BH Anugerah Pilihan Pembaca 2015

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...



Baca untuk Undi,
Undi untuk Menang!

Anugerah Pilihan Pembaca 2015 kembali lagi. Siapa yang akan memenanginya? Pilihan adalah di tangan anda. Jika anda mahu penulis kesayangan anda dan buku kesukaan anda menang, apa tunggu lagi. Jom lah kita undi.

Mudah sahaja!

Log masuk ke http://bookfest.popular.com.my/anugerahpilihanpembaca dan undi tiga buku kegemaran anda dalam kategori fiksyen dan bukan fiksyen untuk mereka memenangi POPULAR - BH Anugerah Pilihan Pembaca 2015.

Undi anda akan membantu mereka menang!


Hadiah yang menarik turut menanti anda. 100 pengundi yang bertuah akan membawa pulang RM50 POPULAR voucher dan kad keahlian POPULAR selama satu tahun. Best kan!


Jadi jangan lupa undi tau!! 


 ~wit♥~

Friday, May 8, 2015

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 Part 1

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 telah pun melabuhkan tirainya. Terima kasih kerana memberikan saya kenangan yang cukup indah. Macam biasa, saya join pada hujung minggu pertama pesta buku. Kalau diikutkan memang plan nak pergi masa cuti Hari Pekerja tapi memandangkan saya akan menghadiri Majlis Pelancaran Novel Siti Rosmizah di Seri Pacific Hotel pada 25 April jadi saya tukar plan la. Pergi awal dan terpaksa ambil cuti satu hari (sebab Isnin baru saya balik) kalau join masa Hari Pekerja... selamat cuti saya :) Jumaat 24 April tu, lepas habis kerja saya terus pergi KL. Naik flight sebab tu cepat. Sampai PWTC dalam pukul 11:30pm. Tak buat apa dah... terus tidur.

25 APRIL 2015.

Pagi tu, seawal jam 9am saya dah keluar untuk menghadiri majlis Siti Rosmizah. Dengan perut lapar semalam dinner McD saja kat airport... saya dah berangan-angan nanti breakfast nak makan banyak-banyak kat majlis tu nanti.

Tapi alamak... hampanya rasa hati. No breakfast provided. Hmmm...okay...:( Tinggallah saya dalam kelaparan. Ala... saya tak tahu...kalau saya tahu awal-awal lagi saya dah makan... Majlis SR berakhir dalam pukul 1pm++. Mula-mula ingat nak pi makan dulu tapi tiba-tiba pula teringat nak jumpa novelis Rozita Abd Wahab dan Chef Lin kat Pavilion Karangkraf. Diorang ada sampai pukul 2pm saje. Kena pi juga sebab dah pesan kat Rozita suruh tunggu. Jadi tak pi makan dulu la... terus pi sana. Beli novel apa yang patut dan terus jumpa diorang dulu.




Masa pilih-pilih novel terjumpa dengan novelis Moon aka Murni Aqila yang super duper vogue. Terus bergambar dulu ngan dia. Moon ni baik orangnya... teringat dulu pertama kali jumpa pun dah boleh berbual mesra macam kenal dah bertahun-tahun lamanya. Pastu jumpa novelis A. Darwisy pula. Yang ni jangan kata la, memang super duper stailo. Novelis terhangat di pasaran sebab novel terbaru Nua, Jangan Biar Dia Masuk memang meletup-letup. Letak jer hilang, susun baru jer habis ranap. Hahaha... memang terbaik la Bro...



 


Pastu baru teringat yang saya memang teringin sangat nak jumpa dengan Lynn Dayana. Sebelum ni dah pernah jumpa tapi lama dah, dalam empat tahun lepas kot. Memang lama sangat kan... tapi hari tu terlupa nak cari dia... dah tengok kat meja penulis dia tak ada... so terlupa terus la. Dah la perut lapar...

Masa tu jangan cakap la... memang dah lemah kaki, tangan dan lutut. Lapar kan.. Tapi memandangkan tangan dah penat menjinjing buku+novel yang boleh tahan beratnya tu, jadi kita balik hotel dulu. Simpan semua barang pastu terus pi balik PWTC. Macam biasa nak cari nasi lemak tapi sekali lagi hampa sebab nasi lemak dah habis daa... Naik kat level 3 pi makan bihun sup. Jadilah... sedap pun sedap :)

Lepas makan terus balik bilik rehatkan diri. Petang dalam pukul 6pm baru saya pergi balik ke PWTC. Tu pun pi Pavilion Karangkraf juga. Kira hari ni baru pi jenguk Karangkraf saja la. Tempat lain tak ronda lagi. Kali ni saya pi jumpa adik kat bahagian langganan pula. Setiap tahun jumpa dia, kalau pi Karnival Karangkraf pun jumpa dia juga. Senang berurusan dengan dia. Tapi lupa pula nak tanya nama. Hehe... kenal dah lama... berbual mesra tapi nama tak tahu. Okay tak apa, lain kali saya tanya nama dia ;)

Best tau renew langganan majalah kat pesta buku sebab dapat banyak hadiah. Hoho... suka tahap gaban... Eh ada ka pepatah macam tu? Apa-apa jer lah yer... Saya langgan majalah SDK, Nur, Hijabista dan Libur. Pastu boleh pilih hadiah apa nak. Bab ni saya paling suka... tapi sedih juga sebab hajat di hati nak ambil microwave tapi memandangkan saya naik flight, susah la pula nak bawa balik nanti. Jadi saya pilih barang-barang lain la. Tengok kat bawah ni... best kan hadiah dia. Jangan jeles tau...


Jalan-jalan lagi terjumpa pula dengan novelis Weeda Airiza. Borak-borak  dulu ngan dia... gossip-gossip apa yang patut. Weeda ni pun friendly macam bonda dia... memang baik dan rendah diri. Novel terbaru beliau berjudul Jual Beli Cinta. Siapa yang belum beli, kena beli tau :)




Pastu balik hotel dulu. Dalam pukul 8pm baru saya pi balik sebab nak tunggu cabutan untuk Karangkraf Pemurah Giler. Tapi nama saya tak naik pun... tak ada rezeki... tak apalah :) Sebenarnya saya demam, badan macam lemah sikit. Sebab itulah saya pergi PWTC sekejap-sekejap sahaja. Sekejap kat sana, sekejap balik bilik hotel. Nasib baik hotel sebelah PWTC jer :)

Malam tu lepas makan malam (lewat juga makan dalam pukul 11:30pm) saya terus tidur. Esok plan nak ronda PWTC sebaik sahaja pintu dibuka. Awal pun tak awal la... dalam pukul 10am :)

Okey, sekian cerita untuk hari ini. Jumpa esok!


~wit♥~

Thursday, May 7, 2015

Majlis Pelancaran Novel Andai Itu Takdirnya 2

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hello pembaca semua...


Hari ini saya nak review tentang Majlis Pelancaran Novel Andai Itu Takdirnya 2 karya Siti Rosmizah. Majlis ini telah diadakan pada 25 April 2015 yang lalu bertempat di Dewan Kenanga Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Majlis yang diadakan secara tertutup ini turut dihadiri oleh para penulis SR Publication, pihak media, pihak penaja seperti MPH dan Popular Bookstore, rakan-rakan dan keluarga terdekat SR serta bintang hati SR iaitu kami peminat-peminat setia novel-novel Siti Rosmizah.

Sebenarnya, ini adalah kali ke-3 saya menghadiri majlis pelancaran novel Siti Rosmizah. Kali pertama ialah novel Curi-Curi Cinta yang diadakan di Sunway Putra Hotel, yang kedua novel Cukup Derita Itu di Ballroom Seri Pacific Hotel dan inilah kali yang ke-3 untuk novel AIT 2 yang merupakan sambungan novel AIT terbitan Buku Prima.

Rasanya novel AIT memang tidak asing lagi di kalangan pembaca-pembaca semua. Kisah Aleya dan Syed Aizril merupakan sebuah kisah yang meruntun jiwa dan membuatkan ramai yang menangis. Dek kerana kuatnya penangan novel AIT, maka lahirlah kesinambungan kisah mereka dalam AIT2. Yang pasti novel ini lebih mencengkam jiwa dan membuatkan pembaca-pembaca semua merasa sakit dan terluka malah mungkin timbul perasaan benci terhadap Syed Aizril.


Majlis ini turut diserikan dengan pementasan babak-babak daripada novel AIT2 itu sendiri lakonan barisan pelakon-pelakon terkenal seperti Ezany, Aisyah Atan, Kalam dan lain-lain lagi. Malah yang paling menarik, ia turut diselang-selikan dengan nyanyian daripada Lan Kristal, Salma Mentor dan Akim. Lagu-lagu yang dipilih juga amat menarik, bertepatan dengan babak-babak yang dilakonkan.


Apatah lagi kemunculan Akim yang menyanyikan lagu berhantunya..."Mewangi"... memang semua terdiam terpaku mendengar suara serak-serak Akim.


Seperti biasa, kak Siti pasti akan memilih pembaca yang bertuah untuk turut sama melancarkan novel AIT2. Dan pada kali ini, mereka yang memakai t-shirt novel AIT2 layak untuk mendapat cabutan bertuah dan berpeluang melancarkan novel ini bersama-sama SR. Dua orang pembaca bertuah telah terpilih. Best kan... bukan sahaja dapat melancarkan novel bahkan juga dapat cenderahati istimewa daripada SR. Bertuah badan :)


Majlis ini diakhiri dengan sesi tandatangan dan bergambar mesra bersama Siti Rosmizah dan juga penulis-penulis SR yang lain. Semuanya tidak melepaskan peluang beramah-mesra dan bergambar kenangan dengan artis-artis yang hadir. Semuanya begitu friendly dan terasa dekat di hati. Sebab tu saya suka attend majlis tertutup begini, walaupun ada artis tetapi majlis berjalan dengan penuh kesederhanaan berlandaskan `respect each other' dan `professionalism' sentiasa ada. Yang pasti meriah tetap meriah.



Tahniah buat team SR Publication. Saya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk join majlis-majlis yang akan datang.

Terima kasih daun keladi,
InsyaAllah tahun hadapan kita jumpa lagi:)


~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...