Thursday, May 26, 2016

Kelab Peminat Siti Rosmizah

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Sape kat sini peminat setia novelis Siti Rosmizah? Ha, ni nak cerita ni....

Buat pertama kalinya mesyuarat Kelab Peminat Siti Rosmizah telah diadakan di Hotel Sani Kuala Lumpur. Pertemuan yang kesekian kalinya bukan sahaja mengeratkan hubungan yang sedia terjalin bahkan turut membina persahabatan yang baru dalam kalangan peminat-peminat Siti Rosmizah. Ada di antaranya baru pertama kali bersua namun kemesraan bertaut dengan cepat.

KITA BAGAI KELUARGA.

Itulah tag line Kelab Peminat Siti Rosmizah. Sememangnya kami dan pihak SR Publication bagaikan satu keluarga.


HAVOC MEMANG HAVOC!

Havoc tak tau nak cerita. Macam-macam yang dibincangkan, macam-macam lawak jenaka yang keluar. Tapi semuanya memang best, sporting gila. Hope lepas ni apa yang dirancangkan memang menjadi la.

Tak sabar nak jumpa semua lagi!

Jemput tengok pic-pic ni :)











~wit♥~


Wednesday, May 25, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 4

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 1
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 2
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 3

Masih di PBAKL Maeps. Kat luar panas terik, kami kembali ke Dewan A dan terus menuju ke booth Popular. Kat sini ada slot Demo Masakan Bersama Chef Terkenal. Sebenarnya sambil jalan-jalan belek buku, kami akan singgah sini memberi sokongan dan belajar memasak daripada chef-chef terkenal ni. Bukan sahaja belajar resepi baru malah kami juga dapat merasa masakan tersebut.

Firstly, kami singgah untuk belajar memasak daripada Chef Fazalina Ismail yang  terkenal dengan gaya resepi makanan berkhasiat. Chef Fazalina ni dah keluar dengan buku resepi terbaru yang berjudul 101 Resipi Pengikat Kasih Keluarga. Ada pelbagai jenis resepi kat dalam buku ni.



Dan hari ni, Chef Fazalina nak berkongsi resepi yang amat mudah. Teruja pulak la kami nak belajar buat Nasi Ulam. Sebab ia menggunakan ulam-ulaman dan sayur-sayuran yang sememangnya berkhasiat untuk tubuh badan kita. Nak buat pun senang saja. Main gaul semua saja. Tak perlu masak. Guna nasi semalam, tak boleh guna nasi baru masak nanti tak jadi. Mula-mula blend cili macam buat sambal belacan tu. Lepas tu gaul sebati dengan nasi sekali dengan isi ikan goreng yang telah di buang tulang, Lepas tu masukkan segala jenis ulam-ulaman yang kita nak. Boleh pilih ulam apa yang kita suka. Pastu gaul dengan sebati. Jangan lupa masukkan garam secukupnya. Ha dah siap. Senang saja kan. Boleh buat juadah berbuka puasa. Kan...




Bukan Nasi Ulam saja, Chef Fazalina juga berkongsi resepi Kek buah kukus. Kek ni dah siap, sebab kat sini tak boleh masak. So beliau cuma berkongsi resepi dan cara-caranya sajala. Kami semua dapat rasa sorang sikit Nasi Ulam dan Kek Buah Kukus ni. Memang sedap.


Lepas habis demo daripada Chef Fazalina, jalan-jalan lagi sementara nak tunggu slot Dari Dapur Chef SelebritiChef Norzailina Nordin kot... mesti la nak pi tengok kan. Saya kan suka masakan Chef Lin, sedap macam mak-mak kita masak.


Kali ini Chef Lin nak berkongsi resepi Kerabu Nanas Lada Hitam yang dimuatkan dalam buku Masak Mini terbaru beliau. Memang senang sangat nak buat kerabu ni. Nampak tu, ada bawang, tomato, nanas, timun, isi ikan. Lada hitam jangan dilupa. Cepat dan sedap. Saya suka sangat, nanti ada masa memang nak try.



Chef Lin juga berkongsi resepi Nasi Khabsa Kambing. Nasi ni dah siap dimasak sebab kat sini tak boleh memasak cuma Chef Lin tunjukkan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara memasak saja lah. Nampak macam senang dan faham tapi bila balik saja habis semua lupa. Apa-apa pun nasi ni memang sedap. Makan lak dengan kerabu nanas lada hitam, memang sikit tak cukup. Hehe...



Chef Lin juga belanja kitaorang Puding Pandan ni. Memang sedap. Ala Chef kalau masak apa pun semua sedap. Betul!! Hehe...


Okay, jam dah pun menunjukkan pukul 3:30pm. Berakhir sudah kunjungan sehari saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016. Walaupun kunjungan yang singkat namun ada momen-momen indah yang tetap diingati sampai bila-bila. 

Insyaallah, kita jumpa lagi di PBAKL 2017 nanti.

~wit♥~

Monday, May 16, 2016

Selamat Hari Guru 2016!

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

16 Mei 2016
SELAMAT HARI GURU
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Hari ini seluruh Malaysia menyambut Hari Guru sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua yang bergelar guru tak kira ibu bapa, pengasuh, guru tadika, guru sekolah, guru besar, pengetua, pensyarah, tutor, guru kafa, ustaz & ustazah, guru mengaji, guru tusyen, mentor, boss, ketua dan sesiapa sahaja yang mendidik kita. Harapan dan doa semoga setiap usaha murni ini mendapat pahala yang berlipat ganda daripada Allah s.w.t.

Sebagai ibu, bila tiba Hari Guru akan lahir suatu perasaan sayu di hati. Rasa amat berterima kasih kepada mereka yang mendidik anak-anak saya. Jasa dan pengorbanan yang bukan sedikit nilainya. Biarpun mereka diberi hadiah, ia hanyalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Hakikatnya, pengorbanan mereka tidak dapat dibalas dengan apa jua pun.


Terima kasih tak terhingga buat mereka yang mendidik anak bangsa. Harapan dan doa semoga mereka ini dikurniakan rahmat daripada Allah s.w.t dan sentiasa di dalam peliharaan dan lindungan-Nya.

Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu!


~wit♥~

Saturday, May 14, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 3

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 1
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 2

Saya bersama Bonde, Mas dan Fatin masih di Dewan A. Dah penat berjalan ke sana ke mari. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk kembali ke booth Karya Seni. Lepak dulu kat sana menghilangkan penat. Sebenarnya saya tumpang letak beg luggage saya kat booth Karya Seni ni. Susah la nak heret ke sana ke mari. Hehe..

Tengah-tengah lepak berjumpa pula dengan kak Rozi D' Bankers. Hah, apa lagi jom kita posing la ramai-ramai. Havoc la pulak jadinya.



Alkisahnya kat booth Karya Seni ni ada artis nak mai. Pelakon-pelakon drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu. Dah alang-alang lepak kat situ, kami pun ambil peluang bergambar berselfie bagai dengan diaorang la. Padahal tak berapa kenal pun. Jenuh nak ingat balik diaorang pegang watak apa sebab kat luar memang nampak lain sangat. Macam artis sangat! Hehe...



Dah puas berehat, kami pun meneruskan misi ke Dewan C pula. Kalau nak ke sana kena keluar dari Dewan A dan lalu kat bahagian Street Mall. Kat Street Mall ni ada jual macam-macam barang termasuk barang cenderahati dan aksesori. Kalau nak ukir nama kat gelang ke, keychain ke semua ada. Nak lukis potret dan karikatur pun boleh. Sempat juga melintasi ruangan Rehat & Baca. Ramai yang berehat dan membaca di situ. memang penuh.

Masuk ke Dewan C, ronda dari satu booth ke satu booth. Singgah beli komik Lawak Kampus kat kembar. Singgah juga kat booth Karangkraf tapi tak jumpa sesiapa pun. Kat Dewan C ni suasana lebih padat. Mungkin saiznya yang kecil sedikit jika nak dibandingkan dengan Dewan A. Orang memang ramai sebab tu rasa macam panas sikit.

Selain komik Lawak Kampus, saya memang tak beli buku lain dah kat sini. Sedar tak sedar sebenarnya saya dah beli dua belas buah novel dan tiga komik. Hamboihhh.... tak boleh nak tetap pendirian langsung. Hehe... tapi saya tengah kontrol la ni!! Haha... dah tu ronda jer la sambil cuci mata dan ambil gambar apa sikit.


 



Singgah sekejap sahaja kat sini. Lepas habis pusing semua booth kami berempat patah balik ke Dewan A sebab nak tengok Chef kita memasak.

Jumpa lagi nanti di Part 4.

~wit♥~

Thursday, May 12, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 2

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 1

Okay, jom kita sambung cerita pesta buku kita di Maeps. Kami berempat jalan-jalan lagi di Dewan A, kali ini terus menuju ke booth Kaki Novel sebab nak jumpa Suri Ryana. Sebelum jumpa Suri yang cantik jelita, saya cuci mata dulu kat booth Kaki Novel. Ada banyak promosi kat sini, novel-novel popular ada yang dijual dengan harga yang amat rendah.

Tapi saya sekadar cuci mata saja. Tadi kat Karya Seni dah beli lima buah, kat sini tak boleh beli banyak-banyak la. Beli yang mana tak sabar nak baca saja, yang lain kena tunggu. Hehe... Dan sudah tentulah saya akan beli hasil karya novelis kegemaran saya.

Tada... beli dua buah novel sahaja kat sini. Novel KLIK! Pengantin Musim Salju karya Suri Ryana dan Red Velvet karya Acik Lana. Acik tak hadir pbakl kali ini. Suri saja ada tapi no hal lah! Lain kali boleh jumpa Acik lagi. Kan...


Inilah novelis cantik jelita, Suri Ryana. Dah banyak kali dah jumpa, cantik dan indah budi bahasanya. Setiap tahun kalau pi pesta buku mesti nak jumpa Suri. :D


Lepas tu kita sambung jalan-jalan lagi. Singgah lagi dari satu booth ke satu booth, dari Dewan A1 ke Dewan A2 langsung ke Dewan A3. Masa ni dah dua tiga kali singgah booth Karangkraf tapi tak nampak kelibat sesiapa pun. Dok intai-intai juga Puan Sri Diah kita, bayang pun tak nampak. Novelis-novelis lain pun tak nampak. Tahun ni Karangkraf berada di tiga lokasi berbeza, mungkin saya di sini mereka di sana. Bila saya ke sana mereka pula ke sini. Tak ada rezeki...



Hajat di hati nak renew langganan majalah-majalah Karangkraf sebab setiap tahun memang saya tak pernah terlepas untuk renew kat pesta buku. Maklumlah, hadiah dia best-best. Tapi kali ni saya tengok bahagian langganan sunyi sahaja, staf yang setiap tahun berurusan dengan saya tu pun tak ada. Ada seorang saja staf kat situ, sempat juga berbual dengannya. Katanya tahun ini hadiah untuk langganan kurang kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Okay, tak apa. Tak ada rezeki saya nak bawa balik Microwave. Ahaks!

Namun beli tetap beli. Tapi tak borong banyak la. Beli mana yang memang dah set nak beli saja. Kali ni saya beli novel Kekasihku Jangan Marah karya Zan ZaridaHatiku Not For Sale karya Batiah HadiAkulah Si Jelita karya Syaida Ilmuna dan Antologi Aksi Bunohan hasil karya empat novelis hebat iaitu Lynn Dayana, Syaida Ilmuna, Laila Kamilia dan Izza Aripin.


Hajat di hati memang nak jumpa novelis Syaida Ilmuna dan Batiah Hadi kat sini tapi hanya dapat bertemu dengan kak Zan Zarida saja. Syaida memang saya tau dah, dia balik Penang tapi harap sangat dapat jumpa Batiah Hadi. Dulu masa Faris Love Layla baru nak berkenal-kenalan, tak sempat nak beramah mesra. Kali ni ingat nak bercerita panjang la. Tapi tak ada rezeki. Kalau nak diikutkan memang tak ada pun slot Batiah Hadi bertemu peminat hari ni....hehe...


Dalam masa sibuk belek - belek novel kat booth, we all sebenarnya dua tiga kali juga lepak kat booth Popular sambil tengok Chef-chef kita masak. Tapi nanti saya cerita di entri yang berikutnya ya. Rasanya nak cerita bab demo masakan ni boleh tahan panjang juga entrinya. So kita buat asing lah!

Masa semakin mencemburui, dah jam 2:30pm ni. Masih di Dewan A lagi. Kali ini kita terus menuju ke Booth SR Publication. Pertemuan wajib dengan novelis Siti Rosmizah yang baru sahaja keluar dengan novel terbaru berjudul Rindu Awak Separuh Nyawa. Fuhh, novel kak Siti memang tak sah kalau tak tebal macam ni.


Kalau dah jumpa kak Siti tu memang ada saja benda yang nak diceritakan. Seronok berbual dengan kak Siti, orangnya baik dan merendah diri.



Okay, cukup sampai di sini dulu. Nantikan sambungannya di Part 3.


 ~wit♥~

Wednesday, May 11, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 1

Teks : D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

[PBAKL MAEPS 2016]

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 telah pun melabuhkan tirainya pada 9 Mei yang lalu. Alhamdulillah, saya berpeluang juga untuk berkunjung ke sana. Walaupun hanya dapat menghabiskan masa sehari saja kat sana namun saya tetap happy. Kalau sebelum ni memang ronda pi balik-pi balik tapi kali ini atas sebab-sebab tertentu dapat pergi sehari saja. Tak apalah, yang penting ada juga kenangan di tahun pertama kita berkampung di Maeps ini.

Saya bertolak dari Penang seawal jam 6:50am dan tiba di KLIA2 pada pukul 7:50am. Dari KLIA2 terus ambil ERL ke Putrajaya Sentral. Tiba di sana kira-kira jam 8:50am. Masih awal memandangkan shuttle bas ke Maeps hanya akan beroperasi jam 9:30am. So saya pi breakfast dulu la. Tepat 9:30am, shuttle bas ke Maeps pun tiba. Bayaran hanya RM1, memang jimat sungguh. Bukan saya seorang sahaja, ada hampir 15 orang penumpang yang turut menaiki shuttle bas ini.

Perjalanan ke Maeps hanya mengambil masa selama 20 minit. Kami turun di kawasan parking. Perjalanan ke dewan pesta buku tak jauh pun tapi boleh tahan la kalau nak jalan kaki. Kena panjat bukit, naik tangga ke atas... aduh, tak sanggup saya! Nasib baik ada disediakan tram. Best juga naik tram... sempoi sangat. Hehe...

Tram ni terus hantar ke Dewan A. Sesampai sahaja di sana mata tu dah disajikan dengan kiosk-kiosk yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Wah, meriah betul Food Trail ni. Ramai sangat orang. Semua pun ambil kesempatan isi perut dulu sementara tunggu dewan dibuka. Ada macam-macam menu dijual. Ada nasi lemak, bihun sup, mee sup, kuayteow sup, nasi ayam, segala macam roti dan ban. Pendek kata macam-macamlah. Saya tumpang tengok saja sebab dah breakfast tadi :)

Sebaik saja pintu Dewan A dibuka, saya terus masuk. Singgah dari satu booth ke satu booth. Tapi awal-awal lagi mata saya dah terpaut kat Kedai Pink Ain Maisarah. Setiap tahun booth ni memang menampilkan dekorasi yang amat menarik dan ceria. Sesuai dengan buku-buku yang ada dan sudah pasti ramai la nanti adik-adik yang melekat kat sini. Saya pun tak melepaskan peluang ambil gambar kat sini. #BlinkTravel


Lepas tu kita sambung jalan-jalan. Tak kisah booth apa, semua pun singgah sambil belek-belek buku. Sebenarnya kunjungan saya pada kali ini dengan satu azam iaitu tak mahu membazir. Saya target untuk beli 10 buah buku sahaja. So jom kita tengok siapa yang kena! :)

Jalan punya jalan tersinggahlah di Booth Karya Seni. Masuk jer pintu utama tu dah nampak kelibat novelis kesayangan saya, Sara Aisha. Memandangkan masih awal lagi, belum ada sesiapa yang beratur untuk mendapatkan tandatangan beliau jadi, saya ambil peluang tu untuk bergambar dengannya dulu la. Semua novel beliau saya dah beli termasuk novel terbaru berjudul Salju Kyoto. So masa untuk berposing saja lah! Sara Aisha ni kecil molek orangnya, tapi ideanya besar. Muka ada iras-iras kawan saya, Intan.


Lepas tu baru saya pi belek buku-buku terbaru terbitan Karya Seni dan Penulisan2u. Fuhhh.... banyak sungguh novel baru, mata tu dah haru-biru jadinya. Banyak sangat sampai tak tahu nak beli yang mana. Ingat..... 10 buah sahaja. Jangan nak mengada!! Haha!!!




Pilih punya pilih akhirnya saya beli novel-novel ni. Hanya lima buah sahaja, iaitu Assalamualaikum Cinta karya Zura AsyfarIzinkan Aku Jadi Sayapmu karya Lily Haslina NasirAngin Cinta karya Aliesha KiranaVVIP Di Hatiku karya Fatin Hassan, dan Tidak Pernah Sesal karya Umie Nadzimah. Cepat- cepat pi bayar kat kaunter sementara tak ramai lagi pengunjung.


Lagipun saya nak terus beratur untuk mendapatkan tandatangan novelis Zura Asyfar dan novelis baru Fatin Hassan. Nanti lambat-lambat ramai pula. Zura Asyfar memang dah kenal lama dengan karyanya Sebenarnya Saya Isteri Dia manakala Fatin Hassan pula baru nak berkenal-kenalan. :D



Tetapi tiba-tiba.... bila saya pusing belakang jer... eh eh, Bonde dengan Mas la. Memang rezeki sungguh jumpa diaorang kat booth Karya Seni ni. Bonde memang dah tahu dia nak datang pesta buku tapi Mas tak sihat katanya. Tengok-tengok Mas pun ada sekali. Hehe... Lepas tu apa lagi, kita pun posing dulu la. 


Okay, dah tengahari ya. Perut dah dah berkeroncong ni. Saya berempat dengan Bonde, Mas dan Fatin keluar dari dewan ke Food Trail untuk makan tengahari. Pengunjung makin ramai, memang penuh meja kat Food Trail tu. Okay, kami makan dulu. Nanti kita jumpa lagi di Part 2.


~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...