Foto: Facebook
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hello pembaca semua...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kembali lagi!
Bahang PBAKL 2016 semakin terasa. Hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum bermulanya pesta buku kali ke-35 yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pencinta-pencinta buku seluruh negara. Kali ini, buat pertama kalinya PBAKL akan berkampung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang terletak tidak jauh dari UPM Serdang.
PBAKL 2016 ini akan bermula pada 29 April 2016 (Jumaat) hingga 9 Mei 2016 (Isnin). Pastinya kali ini ia memberikan pengalaman yang cukup berbeza. Maklumlah, selama ini buat kat PWTC dan kita pun dah biasa dengan suasana kat sana. Kali ini buat kat MAEPS pula, sudah tentu sedikit sebanyak ada perbezaan apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah berkunjung ke MAEPS.
Namun ini bukan satu halangan. Kata orang, `hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Walau apa jua halangan, kalau dah minat tu pasti sampai juga. Kan! Kan! Lagipun pihak PBAKL telah menyediakan pelbagai kemudahan yanag sudah tentu akan memberi keselesaan kepada pengunjung.
Bukan itu sahaja, perkhidmatan shuttle bas ulang-alik juga akan disediakan di empat laluan utama iaitu Komuter KTM Serdang, LRT Bukit Jalil, ERL Putrajaya Sentral dan IOI City Mall. Semua bas dari setiap laluan akan beroperasi dari pukul 9:30 pagi hingga 9:30 malam setiap hari semasa hujung minggu dan dari pukul 9:30 pagi hingga pukul 8 malam semasa hari bekerja. Kekerapan bas adalah 15 - 20 minit.
Tambang minimum RM1 akan dikenakan untuk laluan tersebut. Namun, pengunjung yang menggunakan KTM, LRT dan ERL akan menaiki shuttle bas secara Percuma bagi setiap pembelian pakej tiket ke MAEPS semasa Pesta Buku berlangsung di kaunter stesen KTM, LRT & ERL yang terlibat. Bagi saya ini adalah satu usaha yang baik dan sudah pasti akan memudahkan kita untuk berkunjung ke PBAKL MAEPS ini. So tak ada alasan lagi kan. Mesti pi!!
InsyaAllah, jika tiada aral melintang saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ini. Okey, nantikan update seterusnya ya :)
~wit♥~
No comments:
Post a Comment