Tuesday, March 29, 2016

#11 Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu - Sara Aisha

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...


[CHAN RAK TER...AKU CINTA KAMU]

Yeay... finally saya dah baca novel ni! Ini adalah novel pertama Sara Aisha yang saya baca. Kenapa pilih novel ni dulu? Sebab... novel ni novel thriller... karya thriller memang mampu menarik saya sampai sanggup berjaga malam. Kalau novel cintan-cintun tu dia boleh hold lagi. Dan sebab yang paling utama adalah kerana novel Salju Kyoto. Khabarnya watak Karn-Dian muncul dalam Salju Kyoto. Jadi sebelum baca Salju Kyoto saya nak berkenalan dengan Karn-Dian ni dulu.

Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu merupakan karya kedua Sara Aisha yang terhasil pada tahun 2013. Saya habiskan pembacaan untuk novel ni dalam masa dua hari saja. Lebih tepat lagi dua malam sebab malam baru ada masa belek novel. Novel ini mengisahkan tentang Dian Damia yang terjerumus ke dalam situasi yang bahaya secara tidak sengaja yang akhirnya menyebabkan dia terikat dengan Karn Klaharn Ekoran itu macam-macam tragedi berlaku kepada Dian yang sudah pasti semuanya ada kaitan dengan Karn.

Siapa Karn Klaharn ni?

Karn Klaharn adalah pewaris kepada sebuah keluarga bangsawan dan bakal mewarisi segala harta milik keturunan Thanasukolwit. Okay chopp... masa baca novel ni saya memang tak tau sebut nama depa yang panjang dan tergeliat lidah tu. Yang pendek-pendek ja tau sebut. Dan yang paling kelakarnya saya tak mampu nak sebut nama penuh Karn dengan lancar. Haha...Okay sambung... Karn ni ada musuh iaitu Sakda. Kira segala musibah yang melanda Dian ni memang berpunca daripada Sakda ni la. Sebab dia memang nak hapuskan Karn. Dah takdir Dian bertemu Karn dan takdir juga yang mengheret Dian ke kancah musuh dalam selimut ni.

Latar novel ini semestinyalah di negara Thailand. Sebab tu gambar kat atas tu saya snap sekali dengan gelas dari Thailand. Konon nak ambik mood Siam. Heheh~ Tempat tinggal Karn diceritakan begitu indah, tenang dan damai sampai saya terfikir wujud ke tempat ni. Siripon Resort tu semua memang ada ke kat Thailand tu. Kalau ada jom kita pi! Hahah~ Lepas tu saya perasan penulis memberikan pemerian yang terperinci tentang latar sesuatu tempat tu. Kira cerita habis-habis sampai kita boleh bayangkan tempat tu macamana. Contohnya tentang bagaimana penulis memerikan tentang Hatyai. Senang cerita sape yang nak pi Hatyai boleh baca novel ni untuk dapat maklumat tentang Hatyai. Macam novel travelog pula. Betul... tak tipu!!

Secara keseluruhannya saya memang suka dengan novel ni. Plotnya mungkin bergerak sedikit perlahan pada mulanya tapi naluri ingin tahu kesudahan novel ini tetap kuat. So dia tetap menarik kita untuk terus membaca. Naluri saya berkata penulis juga menggunakan teknik ambil jalan selamat dalam menghasilkan karya ini. Ini teknik rekaan saya kot, sebab rasanya dalam sudut kesusasteraan kreatif tak ada teknik ni. Hehe... sebab apa saya kata macam tu? Saya rasa penulis seolah-olah menggambarkan sesuatu secara sederhana, malu-malu dan berhati-hati. Kadang-kadang saya rasa tak puas... nak lagi... kalau sakit biar sakit betul-betul... kalau jahat biar jahat habis tapi penulis baik hati sedikit dalam karya ini.

Namun ada babak-babak yang membuatkan saya tersenyum sendiri. Contohnya babak antara Karn dan Krissada. Dialog antara mereka tu buat saya senyum meleret.

" Siapa dia sebenarnya pada kamu, Karn?"
" Dan siapa pula Dian Damia pada Krissada?"

Biasa la selalu kalau baca novel thriller, saya nanti akan assume itu ini. Masuk bab 55 macam tu, saya mula meneka yang Sakda tu maybe Uncle Sukrit. Pastu dok rasa yang Krissada tu sebenarnya jahat, eh sat rasa dia tu baik pula. Ha macam-macamlah... Walaupun at last kita tau Sakda tu bukan Uncle Sukrit tapi seronok sebenarnya bila kita juga turut bermain dengan emosi. Sebab ia akan menarik kita untuk terus baca dan baca sampai habis.

Oleh sebab saya suka, saya bagi 4/5* untuk novel ni. Okay, jom kita baca sinopsis Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu.

[SINOPSIS]

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata. Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”

Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.

Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.

“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia

Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!

“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn

Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?

“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

[Sumber: http://watashinosara.blogspot.my/]

Okay uolls, jangan lupa dapatkan novel ini di kedai buku ya. Atau order terus daripada Cik SA kita. Kalau nak order daripada saya pun boleh, pm saya di no 0184044132. InsyaAllah cepat dan selamat. Lepas ni saya nak baca Salju Kyoto pula ♥♥♥

Tajuk: Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu
Penulis: Sara Aisha
Penerbit: Karya Seni

~wit♥~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...