Thursday, July 4, 2013

Majlis Pelancaran Novel Terbaru Siti Rosmizah Curi-Curi Cinta

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Kali ini saya nak bercerita tentang Majlis Pelancaran Novel Terbaru Siti Rosmizah yang diadakan pada 27 April 2013 yang lalu di Grand Ballroom Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Hehe...majlis tu dah lama berlalu tapi D' Rauna baru nak share kat sini...almaklumlah...penat tak hilang lagi :P
Meriah memang meriah...seawal jam 8pagi kami dh terpacak kat sana...bukan apa...sape yang register awal leh dapat coupon lunch..ha...best apa...sape xnak makan free kan...heheh. Lepas register jer terus amik breakfast dlu...breakfast memang disediakan di ruang legar tu...mmg santai jer...sempat la jugak berkenalan dengan peminat2 SR yang lain...semuanya berpakaian warna merah...we all pun sama..almaklumlah..dh tema warna merah kan...hehe...tapi cantik apa..kan..kan..kan...
Majlis dihostkan oleh Sharifah Shahira...yang keletah dan bijak mengawal suasana...kelakar pun ya...hehehe...kira memang bestlah dia tu...kitaorang asyik ketawa jer ngan dia...Yang bestnya kat majlis tu....diaorang siap buat pementasan ala-ala teater muzikal untuk semua novel karya Siti Rosmizah...perghhh...memang tersangatlah bestnya...tambah-tambah lagi dilakonkan oleh pelakon-pelakon popular tanahair...ada Karl Shafek, Anne Abdullah, Mak Wan, Balkish, Intan Raihana dan ramai lagilah....ha.. pelajar2 ASWARA pun ada...memang berjaya mengharu-bluekan suasana...ada yang sampai nangis teresak-esak...memang tabiklah untuk Pengarah Seni kak Rozie Rashid...

Dalam majlis tu juga k.Siti telah membuat pengumuman tentang novel yang bakal ke layar perak...dahsyat kan k.siti kita ni...dah la lawyer, penulis, ni nak ada produksi sendiri lak...dasat...dasat...so cer teka novel apa yang terpilih...ha...betul tu...novel Takdir Itu Milik Aku...so sama-sama kita nantikan tau...
Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan Jamal Abdillah dan Salma Mentor...Jamal bawa medley lagu-lagu popularnya...dengan suaranya yang merdu...memang membuai perasaan...bergegar grand ballroom sunway putra hotel dengan suaranya. Salma Mentor pun tak kurang hebatnya...tau la kan suaranya yang tinggi tu...berdiri bulu roma...hehehe...tambah-tambah lagi dengan penampilannya yang ayu...memang admire lah...
Dan...part yang paling best skali bila ada special gift untuk peminat bertuah....lebih kurang lucky draw lah tapi hadiahnya satu jek...kira sorang jer la yang bertuah...huhuhu...so kitaorang suma kena check bawah kerusi masing-masing tengok ada apa2 tak...hehehe...sb ada bear besar dok kat bawah kerusi untuk peminat bertuah tu....heee....yang magicnya memang bertuah sungguh kakak tu...baiknya kaki dia sebab tak tersepak pun bear kat bawah kerusi tu...kira dia memang tak tahulah ada something kat bawah kerusi dia...best tau...dh la dpt bear..pastu siap dapat bunga lagi dari k.siti.....hai...kenapalah bukan saya yang jadi peminat bertuah tu kan....;)

Oklah...majlis pun dah berakhir...sebelum berpisah sempat jugaklah kitaorang bergambar dan beramah mesra dengan k.Siti dan juga barisan artis yang hadir..sesi pose mengepose tu part yang paling bestlah....abis suma artis yang ada kitaorang bergambar...yelah..bukan slalu leh jumpa artis kan...engko punnn...kasi can la skittt....heheh...

Dan tak lupa...sebelum balik sape-sape yang ada coupon tu leh lunch dulu...memang sedap-sedap food kat Sunway Putra Hotel tu...buffet lunch so memang boleh makan kenyang-kenyang....
Lastly, thank you very much untuk k.Siti Rosmizah...memang sentiasa menghargai peminat-peminatnya...semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki dan menghasilkan novel-novel yang lebih bermutu di masa akan datang. ♥ SR....

~wit♥~


Thursday, April 18, 2013

#5 Review Novel-Novel Siti Rosmizah

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....

Kali ini saya nak bercerita tentang novelis kesayangan saya....Siti Rosmizah...bukan apa...tetiba rasa teruja bila sampai kad jemputan untuk ke Majlis Perlancaran Novel Terbaru beliau pada 27 April ini di Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel The Mall.....terasa macam tak sabar nak dapatkan novel beliau yang ke-6 ni....tajuk pun masih menjadi teka-teki...sampai macam tu sekali la...dats why debarannya lain macam...hahaha....


Dulu...beliau bekerjasama dengan Buku Prima...ada dua novel ngan Buku prima tapi sekarang ni dah ada syarikat penerbitan sendiri...SR Publication....bukan sahaja terbitkan novel sendiri malah turut menerbitkan novel penulis2 lain.....hebat  kan..

Novel pertama beliau berjudul `Andai Itu Takdirnya' telah menjadi bestseller di seluruh kedai buku...telah diulang cetak berkali-kali....memang novel hit yang mengundang air mata...sedih sangat citer tu. Saya masih ingat lagi...novel ni sy beli masa pesta buku kat usm...bukan beli sebab tahu novel ni best tapi direkomenkan oleh adik yang jaga booth tu....lepas baca jer novel ni..memang tertunggu-tunggulah novel beliau yang seterusnya.....


Novel kedua beliau berjudul `Cinta Kau dan Aku'....novel ni memang best...citer tentang si gadis tomboy yang menjadi driver pada lelaki yang handsome....Novel ni juga dah pun kuar kat TV1...dibintangi oleh Sara Ali dan Fizz Fairus...kat tv tu ok lah tapi best lagi kalau baca versi novel...

Novel ke-3 ialah `Lafazkan Kalimah Cintamu'....novel ni pun best sangat...memang meruntun emosi pembaca...kira boleh tangkap leleh lah...Novel ke-4 pulak pada saya amat istimewa.....`7 hari Mencintaiku' suatu novel yang tebal tapi memang respek lah kat SR sebab menurut beliau, novel ni ditulis dalam masa yang singkat sahaja...kalau tak silap saya dalam masa 3 bulan...(**kalau x silap saya lah...sori eh kalau salah...SR tolong betulkan yer...hehe) Citer dia pun memang best...jodoh datang secara tiba-tiba dan akhirnya jodoh itulah yang sememangnya terbaik buat mereka....


Dan Novel ke-5 lak berjudul `Takdir Itu Milik Aku'.....novel ni ok la...boleh la...hehehe...cane nak komen eh...best tu memang la best tapi macam terlampau naif sangat la si Dian tu...then siksaan Si Zarif Adha tu macam tak berperikemanusiaan la...melampau sangat...dah terlangkau akal fikiran yang waras...hehehehe...pendapat saya ler...;)


Apa-apa pun tetap tak sabar nak dapatkan novel terbaru SR....27 April ni jer...dah x lama dah...hope novel kali ini mampu mengundang air mata....macam AIT or maybe lebih baik dari AIT.....sebab pada saya novel AIT is the best among the best...:)

Anyway, well done to Siti Rosmizah...will see you at Sunway Putra Hotel 27 April ni...InsyaAllah....

~wit♥~


New Arrival April 2013

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Ini adalah koleksi terbaru D' Rauna Gallery....So apa tunggu lagi.....silakanlah:-)




~wit♥~

Monday, April 15, 2013

10 days to go...Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....


Kurang dari 10 hari lagi akan bermulanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013 yang akan diadakan di Putra World Trade Centre Kuala Lumpur. So...macamana semua...? Dah ready ke...? Budget dah cukup...? hehehe...

Sememangnya event ini memang sesuatu yang dinantikan oleh pencinta-pencinta buku tegar....sebabnya ini adalah pesta buku antarabangsa...besar-besaran lak tu...melibatkan pelbagai penerbit kecil mahu pun besar dari seluruh pelusuk dunia.....so of course kita tak nak lepaskan peluang ni....Pihak D' Rauna Gallery pun tidak terkecuali join event ni since 6 years back....memang tak pernah missed...

Kat sini pelbagai genre buku ada...yang pelik2 dan tak pernah tengok sebelum ni pun ada...tu yang syok tu...tambahan pula kita berpeluang bertemu dengan penulis-penulis hebat...berborak dan bergambar mesra....inilah masanya kan....


Bukan tu saja...time ni lah kita nak memenangi pelbagai jenis hadiah...join contest....lucky draw....bersesak-sesak...berebut-rebut buku....fuhhh...memang meriah lah.....

D' Rauna Gallery dah siap list down novel+buku+majalah yang nak dibeli pada kali ini....memang kalau diikutkan list tu dah terlebih budget..tapi xpe...insyaAllah bila sampai masanya adalah rezeki untuk tu nanti....amin...amin. This round memang banyak program yang menanti...kira first day join tu memang full scheduled....nanti next entry D' Rauna akan update scheduled...manalah tau...boleh dijadikan info..kot2 ada yang terlepas pandang & nak join event tu....

So....jangan lupa tau...marilah beramai-ramai memeriahkan PBAKL 2013...anda pasti teruja....ciptakan seribu kenangan manis...for sure kita akan sentiasa menantikannya di tahun-tahun akan datang...

Jumpa anda di sana.....♥♥♥


~wit♥~



Tuesday, April 9, 2013

Koleksi Terbaik D' Rauna Gallery

Teks: D' Rauna Gallery

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua....


Apa khabar semua? Semoga semuanya ceria dan bersemangat untuk meneroka novel dan buku-buku baru. Jangan lupa terus jenguk link-link di bawah untuk mendapatkan bahan bacaan yang terbaik untuk anda sekeluarga. Setiap buku terbaru akan dikemaskini terus ke link-link berkaitan. 

Happy view;-)

Novel Kreatif ~ http://draunagallery.blogspot.com/p/katalog.html

Novel Remaja ~ http://draunagallery.blogspot.com/p/novel-remaja.html

Novel Sastera ~ http://draunagallery.blogspot.com/p/novel-sastera_18.html

Karya Umum ~ http://draunagallery.blogspot.com/p/karya-umum.html

Siri Penyiasatan ~ http://draunagallery.blogspot.com/p/siri-penyiasatan.html



~wit♥~


Tuesday, March 26, 2013

#4 Perempuan Yang Paling Aku Cinta - Acik Lana

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Hari ni saya nak review novel PYPAC karya Acik Lana. Novel ni adalah novel ke-4 Acik Lana. Memang very exclusive and limited edition. Tak ada jual kat mana-mana kedai buku. Kalau nak, memang kena order direct kat Acik Lana.

Saya pun order masa diorang buka order yang second wave punya. Masa first buka order tu dah tau dah tapi sengaja tak nak order sebab ingat novel ni terbitan Kaki Novel. So boleh la beli kat mana-mana kedai buku. Rupa-rupanya tak...ha...nasib baik lagi....:)

Novel ni baru jer smpai...belum baca lagi...so x leh nak komen panjang-panjang. Tapi xpe, saya tak risau sangat sebab so far semua karya Acik Lana memang tak pernah menghampakan. Then kalau tengok kat facebook group Acik Lana : Luahan Otak Kecil...memang rata-ratanya memuji karya ni. So, xyah cakap banyaklah...memang best lah!


Ha...nak tau sinopsis...? Ok, saya dengan murah hatinya nak bagi sikit kat you all....sikit jer tau..kalau nak lelebih kena beli sendiri...itupun kalau masih ada stok :P  or boleh juga dapatkannya di D' Rauna Gallery;-)

SINOPSIS:

Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.

Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.

Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.

“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga

“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi

Ha...amacam...? Best tak...? Best kan...kan...kan...;)  


 Thank you Abang PosLaju...
 Aha...jeng..jeng..jeng....
Syoknya...dapat peluk K-Kim ketat-ketat...;-)
 
 
~wit♥~


Thursday, March 14, 2013

New Arrival March 2013

Teks: D' Rauna Gallery
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello pembaca semua...

Ini adalah koleksi terbaru D' Rauna Gallery....SIRI PENYIASATAN yang menjadi kegemaran saya sejak sekolah rendah lagi. Saya pasti ramai pembaca di luar sana yang turut meminati buku-buku sebegini especially Siri Anak-anak Hadi, Siri Salma, Siri 3 penyiasat, Siri 5 Sekawan, Siri Pelajar dan banyak lagi. Yang paling best ialah buku-buku misteri dari Alfred Hithock & Enid Blyton. Betul kan....:-)

So, apa tunggu lagi.....silakanlah:-) Yang pasti koleksi ini akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. InsyaAllah...



Untuk maklumat lanjut, sila jenguk link di bawah.


~wit♥~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...